Sunday, July 26, 2015

Fobia nak kahwin

Orang duk bercerita hal raya, aku citer hal kawen pulak. Barulah rare.
Cerita raya kita hold dulu. Internet kurang memberangsangkan, tak boleh connect kat laptop. Ni update pakai phone, tablet jelah.

Sekarang ni kalau bukak fb, baca isu kat blog ke banyaak sangat cerita pasal rumahtangga. Macam macam. Kahwen 6 bulan cerai, suami kawen lain lah. Masa bulan puasa haritu pun banyak kisah yang diviralkan. Yang kita rasa mengaibkan, memalukan. Aku malas nak komen time tu. Sebab kita fikir itu takdir hidup, apa yang berlaku sebebarnya kita xtahu. Kita hanya tengok, baca, dengar cerita yang secebis cuma. Hal sebenarnya,hakikatnya hanya tuan empunya diri tahu. Siapalah kita nak judge orang. Rumahtangga orang. Siapa betul siapa salah biarkan Allah yang menilai. Apa apa yang berlaku sebenarnya bukan Allah nak suruh kita nilai pada orang tu, tapi nak kita reflect pada diri sendiri. Tengok diri sendiri dulu, ambil pelajaran, muhasabah. Itu ujian untuk mereka, juga ujian untuk kita. Ujian nak tengok takat mana mulut,jari jemari kita ni boleh bermuhasabah dan tahan dari duk mengata orang, menilai cerita orang tanpa pengetahuan yang sebenar.

Tadi scroll fb, ada tengok ada satu printscreen tu yang suami dia kawen lain. Dan yang amazing  bila isteri dia tahu, siap ucap tahniah lagi. Howww.. masyaAllah. Dan suami tu pun still cakap sayang, rindu semua..macam sweet. Tapi kenapa boleh kahwen lain ya??
takdir dan jodoh la namanya kan.
ada lelaki yang memang x berniat langsung nak kawen lain. Tapi terjadi jugak.
perempuan pun mesti tak pernah terfikir yang suami dia akan kawen lain. Masa mula2 kenal, baru2 kawen semuanya indah.
Suami sayanggg gila2, ketat2 kat kita. No way la akan berlaku curang tu.
Tapi..tapi..tapiii... akhirnya tadaaaa!!! Dapat madu.
itu kes bermadu, yang mungkin suami still baik dan b/jawab.
yang terus buang kita? Kaki pukul, gantung x bertali. Banyak.
whyy???? Salah siapa.
salah suami sebab miang? Salah isteri sebab tak pandai jaga suami??
Susah sangat untuk kita predict benda mcm ni.
untuk judge lagi2 lah susah. Siapa kita kn?
Segala ini dinamakan takdir Dia.
tapi adakah salah Dia?
tentulah tidak. Kejadian Allah itu adalah yang sebaik2nya.
tapi Allah jadikan juga takdir itu dengan usaha kita.
usahalah sebaiknya untuk menjaga semuanya dengan baik.
jangan undang masalah dalam hidup kita.
tapi kalau dah terjadi juga, tak mampu kita nak putar masa.
ada hikmah. Pasti ada.
tapi kita manusia biasa, hati biasa.
Susah atau lambat nak menerima kenyataan yang perit tu.
tapi satu hari nanti kita akan faham kenapa dan kenapa.

macam aku ni la, bujang dara sunti lagi. Haha..
Melihat macam2 krisi rumahtangga sekarang buatkan rasa takut nak kawen, fobia ke apa..
takut mimpi x seindah realiti.
kalau terjadi pada aku boleh ke hadapi?
Tapi nauzubillah. Nak baik2 sahaja.
jauh disudut hati sebenarnya, krisis2 rumahtangga ni banyak bagi kesan bagi yang belum kawen.
terutamanya yang jenis susah nak terima lelaki, dah ada kisah silam ke apa.
rasa takut.
aku sendiri la kan.. terfikir, kalau macam ni gayanya baik xpayah kawen. Tak payah nak risau dengan sgala masalah.
hidup ssndiri, jag mak ayah, kerja sudah.
Cuma tak adil untuk kita menidakkan fitrah.
hope yang baik baik sahaja.
Dia lebih mengetahui.

Dulu aku berangan nak kawen lewat, xlah lewat sangat tapi around 28 tahun keatas sebab nak buat banyak benda. Nak kerja best, smbung master at least sebelum kawen tu, beli kereta, p mekah dulu, yang penting nak travel all around the world.
tapi day by day, makin matang fikir. Aku nak tunggu buat  benda tu semua atas dasar apa?? Which is bagusss Cita2 tu.
kalau sesaje semata nak kejar dunia tak ada guna.
bukan cerita pasal yang orang jodohnya lambat. Xpe, biarkan dia.
itu yang Allah bagi untuk dia.
Jangan pulak duk mengata orang yang tak kawen and pergi travel banyak2, belajar tinggi sangat.
sebab jodoh dorang lambat then Allah ganti kegembiraan tu dengan perkara lain. Tanya dorang pun nak kawen jugak.
tapi kes yang sesaje melambatkan, menidakkan jodoh.

apa2 mohon yang terbaik untuk semua.
doakan aku tak fobia nak kawen.hahaha..
macam kan nak kawen dh kan gaya bercerita ni.
mana tahu..jodoh. kuasa Dia. Rahsia Dia.
tiba2 dapat jemputan husna kawen bulan depan, hujung tahun, awal tahun depan ke..haha..
mohon aminkan ya kawan2. Walauuuu calonya samar2 nampak antara tidak. Kahkahkahhh....

2 comments:

johar tantowi said...

salam kenal untuk semuanya, kami agen pusat herbal indonesia menyediakan produk herbal berkualitas tinggi yang mampu mengatasi benjolan dibawah dagu , benjolan di pundak , benjolan dibawah rahang , nyeri sendi bahu kanan

Nabihah Arrose said...

amin :-)

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..