Monday, December 22, 2014

kesayangan sentiasa

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum.
Sedikit kekok..lama tak menaip untuk blog. Dah berapa bulan dah ni tinggal blog kesayangan. Walaupun lama tak up entry baru, tetap jenguk and ingat sentiasa.. tiba2 ayat berubah menjadi skema..haha..

Sebenarnya terfikir-fikir jugak la, apa benda yang sibuk sangat sampai susah nak update blog walaupun 1 entry sebulan kan.. sebab banyak sangat cerita nak kongsi.. luahan perasaan yang ingin di bebelkan disini.. mungkin  salah satunya sebab ada instagram, senang..up satu gambar,status..done. tapi,sebenarnya blog tetap best untuk aku yang suka taip panjang2 dan banyak cerita ni. Lepas ni nak cuba la…update selalu macam dulu2. Rindu blogging.. blogwalking..lama dah tak baca blog2 kawan2.. yang aku still baca and follow sampai sekarang, satu je.. blog kak D.. yang lain tak sempat.. blog ni pun nak buat renovation nanti..
Blogging ni..bagi aku sangat best.. aku suka menulis. Tak kisah orang tak baca cerita kita. Tapi bila kita tulis,kita rasa lega.. memang tak semua akan di ceritakan, tapi rasa best bila berkongsi walaupun sedikit.. hilang tekanan ada jugak.. 

Sekarang tengah study week, tapi assignment belum siap..haha.. nooo,bukan kes last minute punya kerja..tapi memang assgmant tu dibagi last minute..and agak tough.. aku redha je.. dah penat dah dengan subjek ni. Cuba buat sebaik mungkin yang mana termampu.. harap Allah bagi yang terbaik.. doakan aku kawan2 sekalian.. moga dapat flying score untuk sem ni.. amin!!

till then.. :-)

Friday, July 4, 2014

8.20

Bila start je ramadhan perkara yang selalu jadi isu ialah solat SUNAT Terawih. Tak kira la dari segi bilangan rakaat, hukum dan sebagainya.

1st.. Solat sunat terawih ni maksud dia ialah berehat-rehat, relax. That's why la kita buat 2-2-2-2.. berhenti,salam setiap 2 salam. untuk berehat. tak perlu gopoh2. dan ianya SUNAT. perkara sunat elok dilakukan. nak2 bulan ramadhan ni, segala amalan baik yang kita lakukan diganda dua. tambah lagi solat terawih ada bulan ramadhan je. dikhususkan pada bulan yang mulia ni. rugi la kan kalau tak berusaha nak kejar. NAMUN begitu, perkara sunat ialah sunat. tidak wajib. dan tidak boleh kita nak mewajibkan!!! jangan la salah faham pulak kata aku tak rekemen untuk solat terawih pulak. benda baik kan kenapa nak tolak. tapi kena fahami betol2.. itu sunat. ramai yang tiba-tiba bulan ramadhan terlebih alim pulak. Alhamdulillah, berubah kearah kebaikan itu lebih baik. tapi bila asyik menjatuhkan orang lain tak kena jugak. mentang-mentang dia pergi terawih,buat 20 rakaat terus kondem orang yang tak pergi. tak salah saling memperingati, tapi biar la kena. tengok dulu, situasi orang tu. dia ada hal ke, ada halangan ke, dia buat dekat rumah ke sebab nak jaga mulut, hati, iman. Yes, solat berjemaah lebih baik, pahal 27 kali ganda. tapi ada yang takut,risau dia tak mampu nak jaga hati. ada yang duk sakit hati sebab imam baca surah panjang sangat ke. dia tak mampu, xmampu nak khusyuk, iman xberapa kuat untuk sekat dari mengata,mengumpat dalam hati tu. lebih baik lah solat seorang diri untuk elakkan kemudharatan yang lebih besar tu. benda ada option kan..tapi dalam option tu,ada yang terbaik! kita perlu pilih yang mana terbaik, tapi jangan kondem yang pilih option lain. mereka ada sebab! Rasulullah tak mewajibkan solat terawih ni di masjid. Baginda sendiri kadang-kadang solat jemaah dekat masjid, kadang solat sendiri dekat rumah. kenapa? sebab nak tunjukkan, yang solat terawih ni bukan just kena buat dekat masjid berjemaah. apa-apa pun pilih la yang terbaik kan. alah, kita ni kat rajin takat mana sangat la nak buat sorang-sorang. pergi jelah masjid,jemaah. andai ada sebab2 tertentu tak apalah. no need to bertelingkah tentang perkara ni.

Solat terawih jugak tak ada limit waktu tertentu. memang la start lepas isyak, tapi tidak ditetapkan hanya boleh buat sampai pukul 10 malam ke, pukul10.30 ke. no.. lepas isyak hinggalah sebelum subuh. and dah tentu boleh berhenti2 sebab nama pun terawih, solat berehat2. contoh, lepas isyak tu buat 8 rakaat kat masjid. balik rumah, boleh sambung lagi nak tambah 4 rakaat ke. pastu bangun pukul 4pagi tu, rasa nak sambung lagi solat terawih nak cukupkan 20 rakaat. boleh je! tak semestinya nak buat 20 rakaat tu kena habiskan dari lepas isyak non stop. nak kejar kuantiti,waktu sampai solat tak ada kualiti.

Persoalan bilangan rakaat pun selalu jadi masalah. paling kurang 8 rakaat dan max tiada. jadi, start 8 rakaat tu dan keatas semuanya boleh. jangan nak tunjuk hebat semua, membid'ahkan orang yang solat 20 rakaat, mengutuk orang yang solat 8 rakaat. Rasulullah buat 8 rakaat, Saidina Usman buat 40 rakaat, kadang2 60, Saidina Umar buat 20 rakaat. Rasulullah walaupun buat 8 rakaat, tapi tahu tak berapa lama Nabi buat solat tu. panjangnya setiap satu rakaat tu Rasulullah baca 3 juzu'. Subhanallah. pokok pangkalnya kualiti solat tu, and niat kerana Allah untuk dapat rahmat dariNya. jangan nak bergaduh terutamanya soal khilaf.

Apa-apa pun, selamat menyambut bulan yang mulia ni, Ramadhan Kareem. semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah. jom upgrade diri sesama. naikkan level sama-sama ke tahap lebih tinggi. jangan duk upgrade level game ja kan(mengata diri sendiri). dan yang penting saling berkasih sayang, tunaikan yang wajib, lakukan yang sunat. jangan bergaduh. Raikan perbezaan, syukuri persamaa. (pinjang ayat Ustazah Fatimah Syarha). Allahuakbar.

Monday, June 23, 2014

dia anak syurga

kecoh rasanya pasal anak istimewa yang dikatakan dikurung, tak diberi makan oleh ibunya sampai tinggal kerangka tu.

First, kita cuba untuk berbaik sangka. yelah kan seorang ibu takkan x sayangkan anak. itu fitrah,lumrah dan normal. yang jadi kes buang anak, dera anak, bunuh anak, rogol anak, tu semua di luar tabi'e sebagai manusia, lari dari fitrah. tak tahu lah nak menggelarkan mereka ni apa. tapi bila tengok keadaan adik Firdaus tu, ya Allah! kenapa sampai macam tu. tinggal kerangka!! tinggal di tempat yang tak terurus,kotor. diri dia lagi la tidak terurus. baju dah reput. sangat tak faham. baca kenyataan ibunya katanya sibuk, tak sempat nak uruskan, nak anak tu berdikari. alasan yang sangat tak dapat diterima. baik dia cakap "saya terlupa selama ni saya ada anak lagi sorang, terlupa saya kurung dalam bilik tu" yes,aku macam lebih terima kalau dia bagi alasan macam tu. tapi alasan tak sempat, faktor kemiskinan, memang rasa tak mampu nak dicerna oleh otak and akal aku yang tak seberapa ni. tak tahu la kot2 otak yang IQ tinggi macam mana pula penerimaannya. sebab tengok keadaan maknya terurus pulak, cantik, ada gaya. tahap paling miskin aku tengok kat Malaysia ni pun tak ada yang sampai tinggal rangka macam tu. aku rasa aku ni orang yang sangat berfikiran positif and aku cuba untuk berbaik sangka dalam setiap perkara. cuba baik sangka, mungkin keadaan adik Firdaus tu sampai tinggal rangka adalah disebabkan penyakit dia ke. mak dia dah bagi makan cukup. aku boleh berbaik sangka macam tu. tapi bila tengok keadaan dia tu. baju dah tinggal secarik, tempat bilik yang kotor. nampak sangat tidak dipedulikan!! sibuk macam mana pun seorang ibu tu, takkan sikit pun tak ada masa nak uruskan anak tu. even 1 jam sehari? 1 jam dalam seminggu? 1 jam dalam sebulan??? untuk bersihkan bilik, mandikan budak tu. Allahuakbar! tak tercapai akal nak pikir. kenapa sanggup buat macam tu?? aku tak berani nak cakap, dia tak sayangkan anak dia tu. walau sekelumit? takkan tak ada. kita boleh kata dia juga tertekan, mungkin masalah dengan ex husband, tertekan dapat anak istimewa, kesempitan hidup dan lain-lain masalah. tapi..tapi dan tapi lagi kalau perkara macam ni tak sepatutnya berlaku. memang tak patut. miskin??banyak alternatif lain. kerajaan sediakan bantuan untuk orang miskin, OKU. Allah, apa2 pun kita kembalika kepada Allah. siapa kita nak menghukum,menuduh. walaupun ada bukti didepan mata. setiap orang melakukan kesilapan. mungkin ini juga sebagai teguran untuk kita semua. untuk kita membuka mata,hati melihat ada orang dalam kesusahan dikala kita bergembira. kita serahkan kepadaNya yang Maha Mengetahui.

Second, nak ulas pasal orang istimewa ni. secara genaral, bukan untuk ditujukan pada ibu adik Firdaus tu semaa2. OKU. Orang Kelainan Upaya. Anak Syurga. dapat anak yang istimewa ni dah ditentukan Allah. Dia bagi pada ibubapa2 tersebut bukan untuk menganiayai. ada sebab dan hikmah. siapa nak anak yang mungkin dilihat tak sempurna dimata manusia ni kan? tapi sebenarnya sempurna, bersih di sisi Allah. mungkin sukar nak terima esp masa awal2 kelahiran tu. tapi redha dan yakin dengan ketentuan Allah tu penting. terima dengan positif, sekarang banyak cara,terapi,kaedah pengajaran yang tersedia untuk anak-anak istimewa ni. kalau betul sayangkan mereka,cuba sebaik mungkin untuk bantu mereka. at least untuk menguruska kehidupan yang asas-asas. Allah nak bagi pahala lebih tu. yang lebih penting, terima mereka dan ingat mereka ni anak syurga. saham akhirat. anak ni yang akan mendoakan dan tunggu di syurga. bersusah sedikit di dunia, tapi senang di akhirat yang abadi. aku tak berani juga nak cakap lebih2 sebab tak melalui. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. memang tak nak kan. kita nak anak-anak yang sempurna, sihat. boleh meneruskan kehidupan dengan normal, boleh jaga kita di hari tua. tapi Allah lebih Mengetahui yang mana terbaik untuk kita. mungkin satu ujian atau satu hadiah. teringat ada sorang lecture cakap "dekat dunia yang sementara ni awak boleh la ketawa, menghina sepuasnya orang gila, orang yang istimewa ni, tapi kat akhirat nanti mereka pula yang ketawa tengok awak.terkial2 nak menuju ke syurga. sedangkan mereka sepantas kilat, tanpa hisab masuk ke syurga yang kekal abadi. Allahurabbi. hebat percaturan dia. moga2 kita juga tergolong dalam golongan ahli syurga.

Thursday, June 5, 2014

BOSS in PERLIS



8/5/2014. kami ke Perlis. atas sebab final assigment untuk subjek Evaluasi dan Pemantauan Sosial je. sampai ke Perlis pergi pantau. alasan je kan. padahal sambil2 tu nak jalan2 jugak. setiap sem kena ada jalan2 ni. kitaorg bertolak 8hb malam tu. 




tak pasti singgah masjid mana, tapi kat Kedah. sampai dalam pukul5.30. mandi, solat da bersiap terus. untuk ke destinasi yang pertama.



Kami ke UPP. Unit Pencegahan Penyeludupan. UPP ni dibawahnya termasuk sekali Kastam, PDRM. tugasnya adalah untuk handle kes2 penyelupan ni. penyeludupan barang ke, orang ke. kes2 pendatang asing semua tu. ada taklimat la pasal benda ni dan dapat sedikit info. berguna! mana tahu nanti kena kerja bahagian ni. and kami dibawa untuk lihat pendatang dari Rohingya. kesian sangat tengok keadaan mereka.ya, mereka masuk tanpa permit. tapi mereka perlukan perlindungan. mereka masuk ke Malaysia semata2 untuk mendapatkan perlindungan. betapa susahnya. moga dijauhkan negara kita jadi macam tu. tapi kami tak dibenarkan sama sekali ambil gambar. serius kesian tengok mereka. pegawai Upp tu cakap, nak kerja situ hati kena cekal. dia cakap ingat dorang ni kerja asyik tangkap orang je, tangkap pendatang, biar duduk ramai-ramai kat situ, pastu dihantar balik dan sebagainya je, ingat pekerja2 tu tak sedih ke,tak hiba ke. tapi sebab tugas, kena buat jugak. kalau aku la kan. memang tak sanggup, lepas je..pergila dikau, tinggal di bumi Malaysia ni,cari kerja dan duduk elok2. tapi ofkos la tak boleh buat macam tu. kena pikir pelbagai kesan.


lepas kat UPP, lunch, sang lelaki pergi masjid solat jumaat. perempuan rehat2 jap dekat homestay. kami stay dekat Arau. lepas tu secara santai2 ada aktiviti kat kampung tu. macam biasa la kan, gotong royong, lepak2, belajar budaya kampung kat sana. memang betol2 mencabar la. jalan kaki keliling kampung almost 20minit kot dengan cahaya matahari yang sangat terik. but it's ok la,pengalaman. kita ambil yang baik2 je.

ni baru betol2 mati katak

cantik pemandangan. walaupun tak ada padi.buka musim dia kot. tapi still..cantik






keletihan yang amat balik tu. dahlah malam sebelum atas bas tak boleh tidur. aku memang susah dan tak boleh nak tidur atas bas kalau pergi berjalan jauh2. setakat naik bas dari KT nak balik Besut tu tak de hal sejam lebih je. kalau perjalanan jauh memang susah. aku suka tengok pemandangan, tempat baru. nak tidur rasa sayang. even ualang alik dari KT-Besut-KT ni pun, time dekat penarik, ada pantai elok2 je tidur aku bangun semata2 nak nak tengok pantai walaupun tiap2 mnggu tengok. second reason tak boleh tidur kalau berjalan jauh sebab aku gayat.haha.. gayat atas bas kot dan kerisauan tu tinggi. rasa nak duduk sebelah driver je,nak tengok depan,apa yang berlaku. risau takut apa2 berlaku.

untuk dinner malam tu keluar makan tak tahu kat mana. ikut je orang bawak sebab penat sangat, tapi lapar sangat jugak. kami ber6 masuk kedai thai.


BEFORE
AFTER
balik terus tidur tak ingat dunia. akhirat insyaAllah ingat.hehe..
next day, hari ni lebih fresh dan santai. ni aktviti jalan2.

 kami ke Gua Kelam. my 1st time. okey la.. cantik tempat dia.. atas tu ada secret garden. atas lagi tak tahu la ada apa..













lepas tu ke padang besar. shopping2..



and bertolak balik!!! sampai KT around pukul2.. and tidoooo...zzzz..

Wednesday, May 7, 2014

..and I choose to ignore

Because....

Weak people revenge..
strong people forgive..
intelligent people ignore..

yes..because I'm intelligent.

Macam letih je nak layan benda2 yang remeh temeh.
banyak lagi benda yang nak kena pikir, buat..
boleh tak kita sama2 matangkan diri.
Act like matured one..be rational...think before act..
can we just ignore benda2 yang boleh di ignore kan..
ada problem? Ok..just talk to me.. be professional. ?
not like a coward...

tu just mukadimmah...
Ada seorang hamba Allah ni..
Tak tahu la.. macam dah kenal perangai dia..
Tapi tak mampu nak memahami..
I don't think we have problem between us..
Biasa la..misunderstanding,  penat, nak marah pun ada.
Sepatutnya aku yang marah..memang sangat geram masa tu..
aku mengaku, temper aku sangat tinggi..
tp alhamdulillah Allah kurniakan kesabaran yang tinggi jugak,,
tapi I just need to silent mode myself..
kalau aku nak marah, sakit hati, aku senyap.. bimbang takut bila buka mulut keluar benda2 yang tak sepatutnya.. sedangkan kita nak menjaga. Tak nak gaduh2..
just bagi masa untuk diri masing2, bertafakur jap..muhasabah..
let it go semua... forgive..try to understand..setiap orang ada perangai..
think positif and relax.. just continue khidupan mcam biasa.

but..jadi problem bila someone act macam budak tadika..
bila dia tahu dia salah..tapi takut nak ungkapkan.
and cuba putar belit keadaan.. siap mengungkit cerita lalu..
cerita balik apa yang dia tak puas hati nga aku selamani..
eh selama ni kata okey..xde masalah.. terima segala kekuarangan..
Tak pikir apa2 pun..tak ambik tahu hal orang pun.. kalau aku moody pun tak oisah..
kalau aku snyap duk layan drama sorang2 pun tak pe, hormat privacymasing2..
tetiba bila ada kes mengungkit, semua benda yang aku buat tak suka pulak..
I orang sastera..faham sangat ayat tu..
mencari salah aku walaupun zaman purba dulu demi menutup salah dia..
seolah2 nak cakap "salah aku tu xde apa jika nak di banding kan denganapa yang kau buatselama ni,.aku makan hati sorang".. kira kau je makan hati.. aku? Hati, pedal, hempedu semua telan.. tak luahkan bukan sebab jenis pendam, pastu duk membengkak dalam hati ti..tapi aku jenis yang take easy je.just small matter.. ssakit hati jap, pastu reda..ok.. kita ingat, tapi tak simpan dalam hati. Bak kata mak aku "jangan simpan kat perut".. means, jangan simpan la..buang je. Buat sakit.. jadi dendam.. so, lepaskan.

tapi budak ni...jenis depan cakap lain, belakang lain, tepi lain..
boleh ubah2 cerita, pendirian ikut mood,,
segalanya simpan kat ati.. nampak sangat ada yang tak settle mga hati dia..
tak clear...hidup sentiasa nak berprasangka..menuduh and heret cerita2..
yang mana cerita2 tu boleh tamat takat tu je..tapi sampai ke minggu depan, tahun depan bawak..

and that's why I choose to IGNORE! Her love letter, err love sms yang panjang berjela2 tu meluahkan perasaan tu tak ada terkesan walaupun sikit pun.. just ignore.. tak reply apa2 pun.. and just talk casually dengan dia macam tak ada apa berlakh, tak ada effect pun..
even rasa tersentap tak puas hati dengan tuduhan2 tu, it's ok la kan.. ignore2.. tunggu masa yang sesuai till we talk like an adult..sekarang tengah busy..
and I think, I choose to ignore is the best decision.. and me too also a ignorant person..hahaha.. don't ask me rubbish questions because I will never reply you.. except
for some people yang I boleh go and back with them.. family and my bffs2.. ok la tamat bebelan arini.. oh, lecture ak ada bagitahu membebel juga merupakan salah satu kawalan sosial,,. :-) ★♡♥☆

Sunday, May 4, 2014

birthday boy

My boy birthday... 28/4
he's our precious..our treasure..and maybe he's also our pride..
love him very much..
my only one brother... little brother who's actually "big" one.. haha..
surrounding by 5 girls..err maybe woman.. 1 mom and 4 sisters..1 dad..
how you feel dik? No pressure kan?hahaaa...
btw happy birthday dik.. we still care of you like macam budak kecik although now u r 13 y.old..
Every time his birthday,  the kakak4 yang terlebih excited..
prepared cake, present, makan2, party..
tapi sekarang,boleh nampak dah.. dia malu2 untuk potong cake... bajet macho la tu. padahal masa kecik dulu req kek ben10, upin ipin, bola and macam2 lagi setiap kali birthday dia..and memang tercapai semua tu..
this year tak ada permintaan..kami kakak4 yang sediakan,tempah kek. pilih kek padang bola, matang sikit. dia ni gila bola!
okey la..next year kita celebrate di stadium tengok football match sambil makan ayam goreng jelah erk..

cool gila kek. birthday aku nanti nak tempah bentuk ala2 princess gitu


malu2

dengan Siti Dewi






Bonus




budak kenit ni.. siti dewi. no..no..bukan nama dia..tapi kami sesaje panggil siti dewi. biasa akan panggil panggilan tu untuk budak yang hyper, banyak ragam tapi menghiburkan hati. rasanya tak perkenalkan lagi budak ni kat blog. kat instagram bersepah gambar dia..hehee.. my beloved cousin. Nur Wafirah.. memang lucu budak ni. nak cerita tak habis hari ni.kena buat entry khas untuk dia.. ok bai,till then


Tuesday, April 8, 2014

Idea..!!!

yes..i need idea now..

wah..otak sekarang kena bergerak laju-laju. cari,gali, analisis..!! sometime datang, sometime pulak kelaut. next week present, not normal present...kena ada kekreatifan disitu since untuk subjek latihan dan pembangunan. we just need to imagine that we are "trainer", or pekerja. so?? otak beku kot.. biasa banyak berkhayal and mencurah-curah idea. idea tu datang,tapi ada yang tak kena and nak laksanakan adalah terbatas memandang waktu hanya 1 jam. macam stress pun ada pikir. yang lagi membuatkan kami stress, pressure ialah sebab kami group ke8. 7 group sebelum ni memang hebat-hebat.. dan idea tu sebenarnya semua dorang dah ambik.. so,kami yang ke8 ni apa je yang tinggal?? semua konsep dah di ambik..game2 yang bersesuaian pun dah di ambil.. huhu..

seriously..i respect mana2 yang kerja bahagian reka bentuk, or mereka2 apa saja. reka/rancang program, iklan, produk, buat cover majalah sekali pun. kami macam dah melaluinya. 8 orang duduk semeja...macam meeting. tapi solusi masih kabur-kabur..huh.

cerita pasal idea ni.. siapa suka tengok iklan? sebenarnya sekarang dah jarang aku tengok tv. tengok time balik rumah..tu pun sekejap je. and kebanyakannya time iklan adalah waktu ke dapur.. tambah stock makanan..haha..okey back to the topic. pasal idea dan iklan. agak-agak macam mana dorang boleh keluarkan idea tu and menghasilkan iklan yang kadang2 tak tercapai akal kita nak pikir. padahal iklan tu simple je.. tu pun semua nak promot dorang punya produk la kan. ambil contoh, aku suka iklan anmum. wah, memang cerdik!!!! agaknya yang reka iklan tu memang minum susu anmum kot. very creative and agak touching jugak bila tengok budak tu kecik2 dah pandai. diaorang nak relate kan kepada susu anmum. hanya dengan iklan macam tu maka berduyung2 la ibu2 pergi beli susu anmum untuk bagi anak dorang pandai macam budak dalam iklan tu. nampak tak permainananya di situ..segalanya tentang psikologi and strategi. memang tidak dinafikan susu tu bagus. tapi kalau iklan dia x sebagus and tak secerdik produk tak ada jugak yang tertarik. kalau produk bagus tu ok la.. yang sakit hati bila iklan tu kita tengok terus yakin 100%.. sampai waktu beli produk..tak ada la best sangat..kebanyakan barangan kosmetik. "cerah dalam masa 3hari"...pakai 3tahun pun xcerah2 jugak.. kesimpulannya, iklan tu memang memainkan peranan yang sangaattt besar!!! tapi kalau boleh biarlah seiring..jangan hanya indah khabar dari rupa..

cerita pasal iklan jugak..how dengan iklan2 yang agak..hmmm.memalukan?? kebanyakan iklan pasal tuala wanita..macam2 brand yang ada. ada yang elok.tapi ada yang bila kita tengok erkk..macam berbahang je muka nak2 kalau ada lelaki sekali tengok. tak perlu la kot nak expose. tapi dalam masa yang sama aku pun duk terpikir2 jugak macam mana nak hasilkan iklan untuk produk2 macam ni (like tuala wanita, penjagaan bahagian intim wanita, and segalanya yang berkaitan dengan hal2 keintiman)?? macam2 mana pun mereka memerlukan. not mereka, tapi KITA memerlukan.. tq kepada mereka yang buat penyelidikan, keluarkan produk untuk keselesaan or kesihatan kita.. and mereka perlu iklankan!!! dalam bahasa lain perlu bagitahu!! kalau tak kita tak tahu.. ooo,ada rupanya pad herba yang boleh hilangkan sengugut, ada rupanya produk yang boleh hilangkan kegatalan and etc.. takkan la pengeluar2 ni nak pergi ketuk rumah korang satu2 kan untuk promot. tv,radio,majalah adalah medium yang terbaik!! so how nak keluarkan iklan yang agak proper tapi maksud,fungsi produk tu dapat dijelaskan dengan baik?? huhu... anyone nak tajuk as tajuk tesis?? oh,nak pikir tajuk tesis pun pening skrang ni.. aku ada beberapa tajuk.yang mana memang tajuk tu dalam lama terpendam and minat nak kaji. tapi belum buat research yang betul2 and tak pasti lepas tak tajuk tu..huhu..len kali la cerita pasal tesis tu..


Friday, March 28, 2014

MH370

Assalamulaikum..

tak sempat nak tulis entry pasal MH370.. tulis-tulis sikit, save dalam draft. sibuk? tak pasti sibuk kot mana.. tapi banyak benda yang berlaku..

2 hari sebelum MH370 hilang, sibuk dekat hospital, datuk sedara masuk hospital.. 6/3/2014, khamis malam kat hospital.. stay up kat kecemasan sampai pukul2 pagi. believe or not, dalam 1 lebih aku mampu nak keluar dari hospital tu ke seven eleven untuk beli roti. ditemani lah, tapi adik yang umur13tahun.. huhu.. takut? rasa lah jugak.. tapi ketakutan tu takut pada manusia. ya, manusia yang jahat..huhu.. tapi alhamdulillah tak ada apa.. and 2 hari berkampung kat hospital..

8/3/2014 tu.. sebelum siap2 nak pergi hospital lagi dapat tahu berita pasal MH370 ni.. mula2 tengok macam tak terasa sangat.. yalah, duk agak macam kapal terbang terhempas macam pernah terjadi sebelum2 ni. malam tu balik barulah tengok berita balik and tahu tak jumpa2 lagi.. misteri kan?? start rasa misteri dan perasaan nak tahu makin membuak-buak.. esoknya Ahad, stay depan tv sampai tengahari untuk tengok berita.. makin terasa. it's BIG issue.. misteri, and never happend before.. tapi petang tu balik U.. tersekat la sikit. tak boleh tengok tv. harapkan internet saja..tapi aku kurang percaya dengan internet2 ni. banyak yang palsu dan edit2.

kemudian timbul la banyak spekulasi2 dari keyboard warrior ni kan.. macam2 andaian. terdetik rasa, diaorang ni tak pikir ke sebelum menulis? pikir perasaan keluarga mangsa.. keselamatan negara.. and ada yang cuba kaitkan dengan politik.seolah-olah mengeruhkan lagi keadaan. boleh tak kalau kita ketepi seketika perbedaan ideologi tu. ni perkara yang lebih penting lagi.

and.. terstop sekejap ikuti berita ni dari 12hb tu..sebab datuk meninggal..huhu.. ada aku ceritakan dalam entry sebelum ni. :-( .

bila keadaan dah stabil semua.. start follow bila DS Najib cakap yang misi pencarian beralih ke Laut Hindi. sampailah 24/3, sad,bad news.. bila PM umum yang MH370 terhenti di Laut Hindi.. 24hb tu aku balik.. kawan baik bertunang. petang balik rumah sewa semula. keletihan..tengok2 kat watsap kata PM nak umum sesuatu malam tu. tapi aku tak mampu tunggu.. kecundang awal. letih..huhu.. bangun pagi esok tu, cepat-cepat bukak radio. ya Allah, serius bila dengan perkataan "ended in Hindi Ocean".. sebak datang tiba2, and i cried.. ya, aku memang super duper sensitif.. 18hari menunggu.. aku berharap, menanti.. menanti sesuatu yang positif untuk didengari.. mujur selasa tu kelas start pukul9. ada masa nak bertafakur,nak bertenang.. tak tahu nak cakap, tapi sedih sangat. mungkin belum sampai tahap empati, kesedihan keluarga yang menunggu tu dapat dirasai.. tapi, i'm still hoping.. DS Najib said "ended".. not "crashed" "died".. huhuhu..

apa2 pun bila kita ikut logik akal.. memang la kan. boleh kata semua dah tak ada. sekarang dah 21 hari. macam mana diaorg survey? tak ada tempat landing and etc.. tapi,adakah kita lupa..satu kuasa yang tak akan siapa dapat tanding,lawan. ALLAH..Dia mampu buat apa saja. akal kita,manusia tak mampu nak pikir sesuatu yang diluar jangkaan, aqal manusia terbatas.even kau pangkat prof paling tinggi ke. tak akan mampu!!! ilmu manusia ni takat mana je nak dibandingkan dengan ilmu Allah. secebis pun tak dapat. akal kena tunduk pada wahyu!

tapi kita faham..manusia yang mengkaji jugak buat rumusan berpandukan ilmu,teori2 tertentu..berfaktakan kepada sunnatuallah.. contoh, awan gelap,hitam..secara adatnya, dan pasti itu tanda nak hujan jap lagi.. tapi dengan kekuasaan Allah boleh tak kalau dia tahan awan tu jangan hujan?? yes,sangat boleh. same case dengan MH370 tu.. no,bukan aku menidakkan. kita just terima and redha. tapi kadang2 nak fikir pelbagai kemungkinan..selagi bukti tak ada di depan mata. selagi bangkai pesawat tu xdijumpai..

tak lupa.. doa untuk team2 yang meneruskan misi pencarian ni. moga Allah redha,rahmati kamu semua untuk yang beragama islam. untuk non-muslim, moga hidayah Allah milikmu. untuk family mangsa-mangsa, semoga diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.. yang beragama islam pasti dan kena redha dengan ketentuaNya. Allah tak akan uji pada orang yang tak mampu nak hadapi. Allah pilih anda-anda semua sebab dia tahu anda mampu. walaupun rasa tak mampu, tak kuat.. tapi sebenarnya boleh..mampu!!! Allahurabbi..besar pahala untuk orang bersabar.untuk para pemimpin tertinggi.tekanan yang besar mereka hadapi.. banyak benda yang nak kena fikir, uruskan. keselamatan negara no1..ingat diaorang semua goyang kaki je ke.. jangan terlalu nak menghentam sedangkan kita tak rasa bagaimana rasa berada di posisi mereka. moga diberi kekuatan.. Allah, tunjukkan jalan yang Engkau redhai. moga kami semua sentiasa berada dalam rahmat dan redhaMu.. amin.

tersimpan beribu, berjuta hikmah daripada setiap kejadian yang berlaku. cari, selami, lihat dengan mata hati, aqal dan iman apakah sebenarnya yang Allah nak tunjuk. no bias.. buang jauh-jauh perbezaan yang kita miliki. fahaman politik, kenegerian, bangsa atau apa2 saja. renung, fikir sejenak.. tidak perlu nak menunding jari.. mencari dosa orang lain dengan menyalahkan berlakunya setiap perkara ni disebabkan dosa2 orang2 tertentu.. siapa kita? Tuhankah? adakah kita tak ada dosa? yakin ke tak ada?? tepuk dada tanya iman.. sama-sama bersatu! as saudara se-islam yang terutamnya. mungkin kita terfitnah.. di dunia akhir zaman ni.. Allahuakbar..Allahurabbi.. selamatkan kami..rahmati kami..redhai kami.. kekalkan kami dalam agamamu, dalam iman, islam hingga ke akhir hayat kami.
Amin..amin..amin..


note:
persoalan yang bermain di benak pikiran, terlintas di hati ialah, andai benar MH370 berpatah balik dan ke laut Hindi..and "ended" there.. soalannya, kenapa ianya berpatah balik???
kita terima banyak andaian2..teori2 yang diberikan..banyak yang aku baca.. tapi tak berani nak komen apa2. mungkin yang menulis tu dari cendiakawan2..orang cerdik pandai. tapi kita perlukan "bukti".. !! just wait and see.. moga dipermudahkan.. kita ada tempat pergantungan abadi.ALLAH!! teruskan usaha dan doa.. Allah with us..!

Tuesday, March 18, 2014

Bless

Allah bless us.. amin.

Kebelakangan ni banyak benda yang berlaku.
It's just happened..
Yes, terjadi dengan perbuatan manusia.
Tapi ramai yang lupa pasal "takdir".. fate..
Tapi adakah kita boleh salahkan takdir?
No...itu dari Allah.  Apa yang Dia aturkan sangat terbaik..
Dia Maha Mengetahui. Dia tahu yanh terbaik untuk kita.
Tersimpan beribu berjuta hikmah yang kita tak tahu disebalik kejadian.
Yakin and percaya pada ketentuanNya.

13/3/2014.. i lost my grandfather. we called him "tok ayah"..
he's taxi driver..
Allahuakbar!!!! terkejut.. it's like tiba-tiba je..
tadi ada.. sekarang tak ada.. kuasaNya!
tercatat kematiannya sejak 40hari kejadian..
dimana Allah tetapkan ajal,jodoh, takdir hidupnya..
dengan ASBAB kematian melalui kemalangan..
12/3, dia balik dari masjid lepas isyak..
accident masa nak lintas masuk ke rumah..dia naik motor..
yang rempuh dari hadapan pun motor..tak ada lampu..
pendarahan teruk sangat...
kita bukan nak mencari salah siapa..
ini memang takdirNya.. dari siapa? DIA yang Maha Berkuasa..
kemalangan tu as penyebab saja.. Dia boleh matikan hambaNya dengan pelbagai cara... dah tertulis..
sedih? ya..sangat-sangat sedih.. tapi siapa kita nak meratapi? nak menafikan? semua milikNya.. Dia berhak nak ambil balik bila-bila masa dia nak. semua yang kita miliki hanya pinjaman.. Al-Fatihah untuk arwah tok ayah.

Allah..hebat sangat kuasaNya.. janjiNya pasti.,tak perlu diragui..
tidak dilewatkan sesaat atau dicepatkan sesaat.
Maha Suci Allah, Tuhan yang memiliki setiap sesuatu, dan kepadaNya kamu semua dikembalikan...



Thursday, February 20, 2014

C.I.N.T.A


Cinta..kepada Allah
Cinta..kepada Rasulullah
Cinta..kepada ibu ayah

Cinta.. itu satu fitrah
Cinta..membuatkan tidak tentu arah
Cinta..bukan beerti sepenuhnya diri diserah
Cinta..perlukah kita pasrah

Cinta..boleh jadi membahagiakan
Cinta..boleh jadi menyakitkan
Cinta..boleh jadi menggembirakan
Cinta..boleh jadi mengecewakan

Cinta..yang indah
Cinta..yang hati menadah
Cinta.. yang gundah
Cinta..yang membawa padah

----

Wah..wah..berpuisi pulak.. 
Sebenarnya dah tak boleh sambung tu..
Tak ada idea..tak jumpa rima dah untuk akhir ayat..
Todaiii we’ll talk about CINTA.. cehh,macam ada pengalaman..
Memang ada pengalaman pun..
Pengalaman mencintai??? Ada..banyak..sangat2..
Pengalaman dicintai??? Ehh,ada jugakk.. ingat tak ada ke..
Dicintai siapa?? For sure I know my parents love me so much..
My family.. and my friends.. itu pun cinta kan??
Allah and Rasulullah? I hope so.. moga kita semua dalam rahmat, cinta dan kasih sayang Allah dunia akhirat. amin.. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Peyayang..  Rasulullah yang cintanya pada umat sehingga ke akhir hayat baginda.. moga2 kita tergolong dalam golongan yang mencintai Allah dan Rasulullah sentiasa..

Persoalan cinta ni memang tak boleh lari dari cinta kepada manusia..
Jatuh cinta..tu perkara biasa. Fitrah.. kita suka kepada sesuatu..fitrah..
Hati tak boleh nak stop dari tersuka or “ter”cinta..
ya..tak boleh stop. tapi boleh control..
ikut hati memang habis la.. 



but..
“I believe in destiny”
thanks.. ^__^





Monday, February 17, 2014

strength

kekuatan tu sangat penting..
esp bila dilanda masalah,ujian,dugaan dan seumpama dengannya.
memang sangat-sangat memerlukan kekuatan itu.
untuk bangkit semula.. untuk meneruskan kehidupan.. untuk cuba lagi dan lagi.

biasa kita dengar dari kawan-kawan yang tengah dilanda masalah,ujian..
macam mana aku nak teruskan hidup?
aku tak kuat lagi..
doakan aku kuat..
berat sangat ujian..tak mampu nak hadapi..
mana nk cari kekuatan tu?

akhir-akhir ni memang ramai yang meluahkan perasaan.
dari kawan2 yang terpilih Allah turunkan ujian untuk dia.
dugaan untuk menduga kesabaran..
pengalaman getir untuk mematangkan diri..
ujian untuk menguji keimanan..

semua orang ada masalah.
tinggal saja cara masing-masing nak handle.
me too.. hari-hari ada saja "new experience"..
yang tetibe je datang, boleh downkan semangat, mood..
sampai rasa tak nak buat apa-apa..nak tidur je.
maybe secara zahir orang nampak macam happy.
bergelak ketawa..senyum..act like usually.
tapi dalam hati sape boleh teka?
kecuali yang soul nya kuat denganku..
kita boleh cakap, relax je,buat tak tahu..
tapi yang tanggung sape?
for me, kalau serabut2 sangat memang akan luah..
to my bffs.. (with Allah ofkos la kan.)
and cara paling best, balik kg..duk rumah.
tanpa cakap apa2 pun hati tenang tengok mak ayah,fam..
betul la, dengan tengok wajah mak ayah kita boleh pahala..

thats why bila kawan2 mengadu, rasa sangat memahami..
tadi jam 2.03 petang dapat sms "YaAllah, semoga Allah bagi aku kekuatan untuk aku tempuhi semua ini"
tahu masalah dia..apa yang dia rasa. walaupun kita tak dapat buat apa2..
tapi  sekurangnya jadilah pendengar..
pendorong untuk dia cari kekuatan tu..
kekuatan untuk dicari bukan ditunggu..
tak ada apa nak cakap..i'm not really good dalam perkara ni.
bukan kaunseling bertauliah untuk bagi terapi,nasihat.
tapi sekurangnya boleh mendengar.

untuk diri sendiri terutamanya,kawan2,or sesiapa yang dilanda dugaan and rasa tak kuat tu..

 just 1 word SABAR..
Allah sentiasa bsama-sama orang y sabar.. 
syukur lah kita dilahirkan dalam Islam, ada agama..ada Tuhan y kita percaya 100% dan as tempat pergantungan. tak adalah terkontang kanting kalau ujian melanda. just find HIM. insyaAllah akan dapat kekuatan tu.

walaupun rasa macam tak ada kekuatan, tapi sebenarnya ada.
Dia dah bagi just dlm bentuk y kita tak nampak and tak tahu mcm mana.
kalau tak, konfem dah tersungkur.
sekarang tengok diri sendiri.
alhamdulillah still bernafas kan? boleh berdiri?boleh berfikir dgn waras? still ada iman lagi?walaupun nipis,tebal ke.. still ada.. 
yes itulah tanda kekuatan kita tu still ada. doakan moga lebih kuat,kuat n kuat.


positifkan diri anda,cari kekuatan tu..
kekuatan yang memang ada dlm diri.
tapi kekadang kita y menidakkan kehadiran beliau.. 
sebab?? nk kata diri tu lemah..lemah..lemah.. 
sebab diri sendiri yang tak mahu bangkit! 
dats why jadi lemah sampai tak boleh teruskan hidup.
and paling penting do the best and serahkan 100% padaNya.. 
He know apa yang terbaik untuk kita.. YAKIN!!

(kata-kata yang ditulis untuk mendorong diri sendiri yang terutamanya, dan perkongsian untuk semua yang sedang mencari kekuatan... ^__^)

Have faith in Allah forever and ever, dunia akhirat.. 



Sunday, February 16, 2014

My Fairytale.. not Cinderella Fairytale



me.. suka,kuat berangan..! tak salah berangan kan? untuk achieve satu mimpi, impian bermula dengan angan-angan.. namun kekadang ada angan-angan yang terlampau tinggi. everyday.. pejam mata and i be there. where? my fairytale land. susah nak terjemahkan. tapi 23 tahun, aku cipta land sendiri.. yang dianggap as fairytale semata-mata. bukan berseorang, with my bffs... masing-masing cipta land sendiri..dan banyak yang kami kongsikan sama-sama.. impian yang sama..atau angan-angan yang sama? impian vs angan-angan adakah perkara yang sama? ramai yang cakap impian boleh dicapai. tapi angan-angan tu hanya dalam mimpi. Now, tanpa disedari..umur semakin meningkat. tanggungjawab semakin banyak. we'r not "teen" anymore. yang punya banyak masa untuk lakarkan our fairytale.. now masa untuk realisasikan fantasi itu. last 2,3 days,we'r in trouble.. masing-masing share problem, bebanan, ujian yang dilalui.. very deep conversation.here we r, in reality world. not in our fairytale.. 23 years old.. not too young, not too old. umur yang cukup matang untuk membina kehidupan..

one of us said "our fairytale land..just in our fantasy world.." she's cannot bear it anymore. realiti terlalu menyakitkan. tidak seindah fantasy. and make me wonder, adakah kami terlalu mengharapkan and terlalu banyak mewarnai our fantasy dari realiti??

angan-angan.. terlalu banyak.terlalu tinggi..terlalu sempurna.. but i believe in my angan-angan..my fantasy. said i'm crazy or watever.. bukan fairytale seperti cinderella yang miskin,didera ibu tiri, and datang "fairy" bagi beautiful gown,shoes and kahwin dengan putera raja. nooo...i don't believe that "fairy". i have own storyline of my fairytale.  like miss Iman Evelynrose said "i don't believe in prince charming but i believe in white horse". and me said "I don't believe in Cinderella's fairytale but i believe in My fairytale because i'm a fairy and i'm a teller.."

so, boleh kan? aku teruskan berfantasy? i'll try my best to achieve and make it real..in reality world. nothing impossible.. dengan izinNya.

to my friends and me: dugaan,ujian memang datang untuk menguji.. just be strong, believe in Allah, believe in your dream.. keep thinking in positive way..


Friday, January 24, 2014

Entry pertama 2014

Bismillah...

eh dah tahun 2014 ke? haha 24 Jan baru nak update blog..
now holiday,sem break sampai raya cina.lepas tu go back to school.huhu.. drama lagi la sehari nak pergi tu. yes i'm 23 years old. tapi masih liat,sedih, homesick setiap kali nak pergi hostel/rumah sewa. wat to do..i just love my home.....!! kalau la ada U belakang rumah.memang confirm2 aku mintak la.

just quick update.. hope this year better than last year.. wanna be a better muslimah, hamba Allah yang taat, anak yang soleh to my beloved parent, the best kakak and adik to my lovely siblings, good friends to my wonderful friends.. my ikhwan n akhawat se-islam di seluruh dunia.. love u forever!! hope yang terbaik untuk kita semua.




GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..