Posts

Showing posts from February, 2017

leave me

Kadang-kadang tu kita sendiri tak tahu apa yang ada dalam fikiran kita ni. Rasa serabut. Sakit hati. Dalam masa sama gembira, teruja pun ada.

Sekarang ni, tak tahu lah...aku rasa macam aku nak buat hal aku sendiri. Malas nak berkawan. malas nak stick dengan siapa-siapa. Malas!. Aku nak enjoy, fokus dan gembira dengan apa yang aku ada dan apa yang Allah bagi untuk aku.

Yes, syukur atas segalanya. Tapi, tak dapat dinafikan sedikit sebanyak ada lagi bisikan jahat untuk aku rasa sedih, untuk mempersoalkan takdir Dia, pemberian Dia. Nak pulak kalau kawan aku dapat, aku tak dapat. Kita ok dengan semua pemberian Dia, tapi bila yang dekat2 dengan kita kebanyakan dapat, cuma kita je tak dapat, itu yang tiba2 datang hati yang tak elok untuk question kepada Allah. kenapa?? bila? Bagaimana? sedangkan kita tak perlu ganggu urusan Allah.

Contoh, tahun ni ramaiiii kawan aku kahwin dan akan kawen nanti. Kawan terdekat, kawan baik. Member karib lah kata. Apa-apa pun masalah memang aku cari dorang2 ni.…