Tuesday, August 20, 2013

Raya 2013 - Behind the Scene

Assalamualaikum..

Sebelum keluar sesuatu cerita tu, haruslah ada tayangan behind the scene dulu kan.. so, sebelum citer pasal hari raya, mahu story2 pasal cerita sebelum raya dulu.. tapi layan gambar jelah.. 

Macam biasa je.. persiapan2 raya ni bermula start hari buat tapai..yakni 2hari sebelum raya. sebelum2 tu persiapan macam kemas rumah, buat biskut tu kira persediaan awal.. tapi yang start betul2 busy 2hari sebelum raya..

1st.. jom kita buat tapai..dah menu wajib ada tiap kali raya. projek buat tapai ni diketuai oleh kakak yang no2 tu.. tapai maniac kot.. kalau ada yang tak tahu tu tapai tu apa, beliau ialah sejenis makanan bukannya pakaian mahupun perabot.. makanan yang dibuat hasil campuran dari beras pulut dan ragi.. ragi tu apa?? sila google la.. alaa..ragi tu benda penting,kalau tak ada dia memang takkan jadi tapai..
cara buat tapai?? senang sangatttt kot!!!.. tapiii cara nak handle nk bagi dapat tapai yang betul2 best,masak tu agak susah..biasanya kena tangan orang2 tua jugak..
pegi kedai just beli beras pulut and ragi(kat pasar ada).. balik rumah tanak beras pulut macam biasa.. lepas tu hidang atas dulang besar tu..(seperti gambar dibawah). and boleh tabur2 kan ragi atas tu... dah sejuk, boleh bungkus.. tok aku kata, yang aslinya orang bungkus tapai tu pakai daun getah la.. tp sekarang macam2 daun kot orang guna.. 



tu la rupanya tapai!!yang serbuk2 putih atas tu ialah ragi ya..bukan salji..! warna asli adalah putih. tapi biasalah kalau orang2 muda ni.mahu mencipta kelainan..idea kakak..dah masuk tahun ke3 kot dia buat tapai ni kaler2..tahun2 lepas lagi teruk..ada kaler kuning,hijau... tahun ni my mum bagi garis panduan la pulak.. just benarka 1 warna selain putih.. so,warna merah menjadi pilihan..


nenek sedara..duk raut daun kelapa..nak ambik lidi.


tu daun getah..letak je pulut yang dah ditabur ragi atas tu and bungkus.. ikat/selit pakai lidi nyior.. cara bungkus??xsempat snap..so pandai2 la ya tanya uncle google.. 



hasil...

done citer pasal tapai..lepas tu duk mengemas2 rumah jelah..and hari ni jugak aku sempat buat 2 jenis biskut..!! gila pemalas tahun ni nak buat biskut raya..biasa semangat sangat.. mungkin dah selalu kan..(rasanya dh 5-6 tahun kot tugas aku as pembuat biskut raya rasmi lepas mak letak jawatan..and kakak no1 tu belajar jauh..) walaupun malas, tapi nak bagi mood raya and bau biskut tu ada, bakar la jugak 2 jenis.. and kakak no1 bakar 1 jenis.. total tahun ni homemade biskut just 3.. Cornflakes gandum/susu, cornflakes madu, and biskut badam..!! yang len2 beli. dah tua2 ni hilang excited nak buat benda2 yang comel2 tu..mcm biskut,cupcake, coklat n etc... tapi lebih teruja nak buat masakan yang besar2 and boleh dimakan semua. mcm nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak n segala jenis nasi tu, kuah kacang, nasi himpit, rendang dan seangkatan dengannya..



biskut badam and cornflakes.


kerepek2 yang dibeli ajee...



ni jelah lelaki yang ada kat rumah..hehe..tengah pasang lampu lip lap.. ayah and adik.. the only one lelaki dalam adik beradik ni..bongsu..!!buat penawar ayah bonda.. so,dengan dia jelah ayah boleh lepak2. moga jadi anak yang soleh ya! boleh jaga kakak4 jugak nanti. sila abaikan "kecomelan" beliau..heheee...

sehari sebelum raya......
macam biasa, pagi2 mak dah busy p ambik barang2 basah macam daging lembu, ayam, santan yang dah ditempah khas untuk raya ni. and p shopping2 bahan masakan lain.. biasanya lepas isyak dalam pukul9 baru start masuk dapur. masak2 sambil dengar takbir, tengok citer raya ke..(citer apa ya mlm raya aritu??xsempat jeling tv pun)..


ketupat daun palas!!!! yang ni ayah tempah dengan kawan pejabat dalam 200 biji.. sedapp!! my mum boleh la buat ketupat ni,tapi tak sempat.. ketupat biasanya kalau nak buat akan p umah nenek sedara..depan rumah je pun..tapi smpai la ni xreti2 nak bungkus ketupat daun palas ni.nak2 part simpulan kat hujung tu..huhhu...raya tahun bila la nk pandai..

aktiviti malam raya tu..masing2 ada la tugas,bidang and kepakaran tu..haha.. my mum ofkos jadik ketua chef.. my sis no1 biasanya kerja dia banyak kat luar la..kepakaran dia dalam bab mengemas..susun2 biskut.kuih,kerepek dalam balang. mengemas gila2 kat luar tu..pasang karpet,susun atur perabot ke..tu dia punya tugas utama..masuk dapur pun dia buat pencuci mulut..bukan dia tak boleh masak,boleh je..tapi untuk mengemas tu tak ada yang expert lagi dari dia.. my sis no2 pulak, dia sekarang dah macam penolong kanan my mum..jeles betol,dah expert buat masak2 yang besar tu macam nasi minyak n segala jenis nasi, buat kuah kacang..bila makan dah, rasanya dah nak dekat2 dengan rasa airtangan makk..tapi sampai bila2 pun takkan boleh sama dengan airtangan mak kan.. so,malam tu dia buat kuah kacang, sambal belacan, acar timun.. and me yang no3, selain dari tugas utama buat biskut raya, sejak 3tahun kebelakangan ni, tugas rasmi malam raya adalah buat rendang!!ya rendang.. feveret semua..sebenarnya belah2 pantai timur ni jarang kita hidang rendang time raya. tapi aku suka makan rendang..and try buat dulu..lepas tu diterima semua.kira masukkan dalam menu wajib untuk raya.resepi rendang tu mengarut je kot..tanya mak,n tengok resepi sikit2.. mak pun xpernah buat,tapi tahu la kan cara tu. my nenek biasa buat rendang tok.. tapi aku buat rendang minangkabau..sebab suka pedas! senang je nak buat rendang tu..just nk menunggu dia masak,kering betul2 tu la lama sikit.. tapi my rendang feveret my ayah..hehe..bangga la sekejap.. and adik no4, perempuan jugak (kami perempuan 4 beradik straight dari no1-4.. no5 yanglast baru lelaki), adik no4 ni setakat ni aku xmampu nk kenalpasti apakah tugas dia..yang aku selalu ingat, malam2 raya dia duk depan tv, datang tolong kakak3 dia ni sikit sorang,kekadang dtg tolong tengok n rasa je.dan selebihnya lebih banyak duk bergaduh nga adik lelaki tu depan tv.. dan ketua chef my lovely mum just buat menu utama, nasi minyak+kerutuk daging.. side dish yang lain anak4 dah buatkan.. 

antara yang sempat di snap..


agar2 pelangi(kot)..kakak no1 buat


kuah kacang..kakak no2 buat..

dan..ehem, rendang yang tuan blog buat...


bahan2.. daging+santan+bahan kisaran(bawang besar,merah,putih,cilipadi, lengkuas,kunyit hidup,serai)+daun kunyit,serai yang dipotong halus2...



campak2 je semuanya tu.....masakan saya tidak seskema mana..xsuka ikut resepi dalam buku sangat.. n tambah air,garam gula secukup rasa..pas2 biarkan sampai masak...


done!!!

tu jelah kot gambar masakan malam raya.. nasi minyak semua tu xsempat snap..!! tengok yang dah siap jelah nnti.. sambung citer raya pulakkk..next..

Friday, August 16, 2013

SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI


jom join!! click banner kat atas tu..

and

click 5 iklan kat bawah ni... bantu membantu sambil tambah duit and berkenal2 kenalan.. ^__^ click sampai habis loading.. JUJUR ya.. :-)

1  2  3  4  5

kalau tak keberatan click2 nuffnang sekali.. ^^

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...