Posts

Showing posts from 2017

Jauh

Image
.
Jauh..
terlalu jauh fitrah hati dilarikan..
oleh sang nafsu.
nafsu yang tidak pernah kalah. Ertinya menang sentiasa.
menang dengan empunya diri.
Diri yang hanyut dilautan. Hampir lemas mungkin.
Bukan tiada pelampung.
Namun, pelampung yang semakin membocor.
Kerna empunya diri tidak peduli. Tidak punya rasa mahu membaik pulih pelampung diri itu. Masih berasa selamat.
Tidak sedar...bila sahaja masa dirinya boleh dilemaskan.

Eh, bukan tidak sedar.
Dia sedar. tahu. sedia maklum.
Tapi masih ego, sombong untuk hentikan keseronokkannya.
Seronok melayari lautan yang indah.
Tanpa mahu berhenti untuk "upgrade" pelampung dirinya.
"sekejap lagi", "esok boleh" "malam ni lah", "ok lagi kot"....
kalimah excuse yang sentiasa dilontarkan.
Kerana? ya, kerana sayang untuk berhenti bergembira.
Sedangkan di lautan itu bukan tujuan hakiki.
Destinasi di seberang sana sebagai objektif.

Bimbang ada.
Andai pelampung menipis, lalu tenggelam diri di dasar sana.

Kisah malam pertama

Perbualan pasangan suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Suami : Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang.
Isteri: sama-sama bang. Terima kasih jugak sebab sudi ambil diri ini jadi isteri.
Suami: Ya sayang.. tak ada wanita lain yang mampu gantikan tempat sayang dihati abang. Sayang lain dari yang lain. I love you forever.. and you r the only one for me.
Isteri: so....sweet abang ni. Hihihi. Tapi, malam ni sayang nak bagitahu satu benda.
Suami: apa dia?
Isteri: ramai wanita suka emas kan. Gelang, rantai, cincin emas lah... kalau boleh tiap2 hari nak tukar.
Suami: a'ah... kebanyakkan macam tu lah. Sayang pun??
Isteri: eh, tak ada lah. Sayang tak suka sangat emas. Itu nak bagitahu abang ni. Yang mungkin beza sayang dengan wanita lain. Sayang tak berminat sangat dengan emas, nak tukar2 selalu..ambik tahu perkembangan emas semua tu. Cukuplah yang ada satu ni..sekadar perhiasan,
Suami: Alhamdulillah. Bertuahnya abang dapat sayang ni... selamat duit abang. Lagipun bua…

Menantu vs mertua vs ipar vs cucu. Let's spread positive vibe.

Hey...

Lately banyak pulak isu menantu vs mertua yang aku dengar, baca. Dan yang paling dekat bila member bercerita kat aku. Sesi luahan..biasalah kan antara kawan ni. Kawan aku ni kahwin dekat setaahun dah kot.. Alhamdulillah baru je melahirkan baby. Suami kerja luar.. so, balik berpantang kat kampung. To be specifict berpantang di rumah mertua. Suami dia suruh gitu..patuh dan akur jelah kan.

Aku tak rasa aku orang yang layak untuk berkata2 dan bagi nasihat kat dia. Aku sendiri pun belum kahwin, mak mertua reject awal2 kan.. hahaha. Tapi, as kawan. Dan member tu stress gila, macam nak meroyan dah tengok. Kesiann..

Masalahnya.. biasalah, orang tua ni, dengan cucu dia excited. Cucu pertama pulak tu. Kawan aku stress bila mak mertua dia duk gendeng anak tu 24jam. Bila anak nangis pulak boleh pulak kata tak apa... bukan lapar ni. Budak dah nak nangis, mesti ada benda yang tak selesa. Tapi bila kawan aku mintak, nak susukan mom in law dia tak bagi. Sampai dah anak melalak tak boleh kawal …

leave me

Kadang-kadang tu kita sendiri tak tahu apa yang ada dalam fikiran kita ni. Rasa serabut. Sakit hati. Dalam masa sama gembira, teruja pun ada.

Sekarang ni, tak tahu lah...aku rasa macam aku nak buat hal aku sendiri. Malas nak berkawan. malas nak stick dengan siapa-siapa. Malas!. Aku nak enjoy, fokus dan gembira dengan apa yang aku ada dan apa yang Allah bagi untuk aku.

Yes, syukur atas segalanya. Tapi, tak dapat dinafikan sedikit sebanyak ada lagi bisikan jahat untuk aku rasa sedih, untuk mempersoalkan takdir Dia, pemberian Dia. Nak pulak kalau kawan aku dapat, aku tak dapat. Kita ok dengan semua pemberian Dia, tapi bila yang dekat2 dengan kita kebanyakan dapat, cuma kita je tak dapat, itu yang tiba2 datang hati yang tak elok untuk question kepada Allah. kenapa?? bila? Bagaimana? sedangkan kita tak perlu ganggu urusan Allah.

Contoh, tahun ni ramaiiii kawan aku kahwin dan akan kawen nanti. Kawan terdekat, kawan baik. Member karib lah kata. Apa-apa pun masalah memang aku cari dorang2 ni.…