Tuesday, July 14, 2015

#Cabaran20Hari: Nostalgia Kad Raya


Kad raya. Nostalgia tu.
Dah lama rasanya tak hantar dan xterima kad raya dari kawan2.
Gambar atas tu antara kad raya yang sempat alu simpan. Dari kawan2 sekolah menengah. Kami mmang main tukar2 kad raya sek dulu.
Sekolah rendah banyakkk jugak. Tapi aku lupa kat mana letaknya kad2 raya tu..nt kna cari balik..huhu..
Bila naik sek menengah pun ada kwan2 sek rendah still post. Ada la dlm setahun,dua. Pastu senyap semua..
Yelaah..sebab dah ada hp kan time tu. Main msj je.. Fb,watsap xde la lg.

Suka sebenarnya main tukar2 kad raya ni. Mcm biodata la.
Tadi buka kotak yang simpan kad raya, ada sekali buku biodata sek rendh n menengah.. Serius klakar baca. And rindu.huhu..
Benda ni kan dia ad tanda, ingatan. Ada tulisan. Kita blh simpan.
Berbanding dengan msj,watsap, fb ke.. Itupun banyak copy paste je.
Kalau kad raya kita tulis satu2.

Tapi zaman dah berubah.
Segalanya dah mudah.
Ada e-card, just edit gmbar tulis slamat hari raya..then post! Post kat fb, watsp.
1saat sampai dh.
Xperlu pakai sampul, beli setem, kena posmen hantar...
Setem sekarang pun dah mahal. Kan?
Lama dh xpost kad raya.
Rasanya dalam 50sen pling murah.
Kalau dulu 20/sen or 30sen blh dah.
Salah satu faktor juga kenapa kad raya makin dilupakan.

Aku dulu bukan kata dapat raya dari kawan2 je.
Tapi artisss pun dapat.
Dulu kan ada dalam majalah mangga dia bagi alamat2 artis.
Kita hantar lah.
Then ada yang balas.
Macam erra fazira, amy mastura.
Tapi kad yang dia dah designkan lah.
Xde tulisan tngan dia pape pun.
Macam dapat kad bercetak tu.
Sekarang tak tahu ada lagi x macm tu.


No comments:

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

Hai... another giveaway. Jom join. Semoga berezeki..aminn. Click gambar diatas untuk join ya...