Wednesday, July 1, 2015

#Cabaran20Hari: Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

Sepanjang ingatan aku ni tak ada lah pengalaman pahit bulan puasa.
Semuanya ok.
Pahit tu mungkin jugak kita kalau boleh xmahu kenang lagi peristiwa tu.
Tak mahu benda tu berulang kembali dah.
Kalau setakat kenangan berpuasa kat asrama, hostel and jauh dari family tu rasanya x pahit. Hmm...mungkin pengalaman sedih la tu, tapi sedih yang memberi memori. 
Sebab dari situ kita belajar berpuasa kat tempat orang, bergaul dengan kawan2, masyarakat setempat. Sedih tapi menyeronokkan dan agak best untuk dikenang nanti2.

Kalau tanya pasal pengalaman yang berlaku dalam bulan puasa yang memang aku tak mahu berulang lagi sampai bila2 ialah, test driving bulan puasa. haha..
Ya Allah... tak tahu nak cakap.
Rasa macam tak happy je sambut puasa.
Ni peristiwa tahun 2012, aku buat lesen kereta.
Daftar awal lagi, tapi masuk belajar lewat dah. Dan terbawa ke bulan ramadhan.
Dan test JPJ pun bulan ramadhan.
Agak tertekan. Pagi2, lepas sahur tak boleh relax2.. siap2 kena pegi kelas memandu.
Dalam minggu kedua puasa rasanya aku kena test dengan JPJ untuk mendapatkan lesen P.
Korang tak stress ke time nak test?? ahaha... sungguh x tenang rasa hidup.
Risau tak lepas lah. Nervous dengan pak JPJ lagi.

Dan...akhirnya untuk test pertama aku gagal tang parking. warghhhhh,,,,
hahahaha...nak nangis ke nak gelak time tu tak tahu.
Part bukit, jalan raya clear je. Parking memang aku slow sikit.
Dapat pulak JPJ yang jaga time agak strict.
Dengan itu,,,maka tambah la lagi tekanan aku bulan puasa tu selama sminggu lagi. Sebab kena ulang balik ambik part yang fail tu.
Fail parking, tapi kena ulang dengan part bukit sekali.
Gigih la berusaha, berlatih seminggu tu masuk parking.
Aku xfaham sebenarnya cara nak masuk segala tu. Ikut je cikgu bagitahu pusing 10x, tengok tayar atas line, reverse sana sini...haha.. hafal jela..

Dan time kali kedua test tu...Alhamdulillah.. lulus je.
Kebetulan JPJ yang jaga parking time tu baik.
Siap bagitahu lagi, ok undur lagi sikit..ok stop2. haha...
Lepas je habis tu... dan tengok surat dia tulis luluss... 
Fuhhhh,,,lega teramat sangat.
Baru datang feel ramadhan, nak puasa, nak p terawih segala.
Kalau tak mandi pun rasa tak basah, tidur xbrape nyenyak.

itulah kot pengalaman bulan puasa yang aku tak mahu berulang.
nak kata pahit tu xtahu lah.
Tapi aku consider pahit jugak lah. haha..

No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..