Tuesday, July 7, 2015

#Cabaran20Hari: Lagu Raya Pilihan

tiap kali raya ada satu lagu yang cukup bagi kesan kat aku.
tak adalah kisah,peristiwa ke apa. tapi bila dengar lagu tu dah rasa nak raya, mood raya datang. Feeling dia pun rasa macam sayu,best, gembira.

Iaitu lagu dari M.Nasir-Satu Hari Di Hari Raya. Semua orang pernah dengar kan?? Lagu yang cukup famous. Kalau tak pernah dengar tu,boleh buka youtube ni.


Lirik Lagu: Satu Hari Di Hari Raya : M. Nasir


Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


Lirik dia pun kalau tengok best.. M.Nasir kan, memang penulis lirik yang cukup puitis, cerita tentang kehidupan, ketuhanan. Setiap bait lirik tu ada maksud yang terkandung. 
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah

Suara pujian pada yang Esa

Kalau tengok lirik atas tu.. irama apa yang indah tu?? irama yang memuji yang Esa. Iaitu takbir raya.. Sungguh halus..  Lirik2 tu buat kita ingat semua, kepada Dia yang Maha Esa terutamanya, banyak pujian diberi padaNya. Seterusnya penghargaan buat ayah bonda kita. Untuk mengingatkan anak2 muda ni, ingatlah ibu bapa walau dimana anda berada.

No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..