Saturday, July 4, 2015

#Cabaran20Hari: Amalan berbalas juadah di bulan Puasa



ini merupakan amalan yang bagus dan mulia.
aku duk kat kampung amalan ni still ada.Masih,
Untuk situasi ni, aku bercakap dan tulis dengan pemerhatian kat kawasan aku lah. Kwasan lain tak tahu.
Aku tengok, amalan ni still ada, tapi x selalu.
bertukar2 juadah antara jiran tetangga.
kalau nak kira maksud jiran tu yang aku belajar PAI, PSI, PQS dulu ialah yang mana rumah/mereka yang tinggal 40 buah rumah sebelah kiri, kanan, depan dan belakang dari rumah kita. Itu lah jiran.
Cuba korang kuar rumah. Dan kira lah..tengok sampai jauh mana jiran2 korang.

Yang mana aku tengok, buka kata bulan puasa lah, bulan2 lain pun ada bertukar2 juadah ni.
Biasanya bertukar2 juadah ni berlaku pabila kita masak sesuatu yang special.
Buat puding kastard jagung istimewa baru hantar jiran.
kalau goreng ikan kering je ada tak yang hantar jiran???
xde kan...melainkan jiran kau datang mintak sebab teringin sangat.
mungkin mengandung.. :-D


huiii...cuba kalu ada mamat handsome mcm diatas tu sebelah rumah aku. Confirm hari2 aku rajin masak best2 dan bagi kat dia.
Situasi mcm ni biasa banyak berlaku kat student2 di rumah sewa.
Selalu jugak kami2 kat rumah sewa, kalau masak pape yang istimewa sikit dari hari biasa bagi kat kawan2 lain , hantar ke asrama untuk kawan2 kat sana ke.
Bagi untuk yang kenal jelah. 
Nak bagi kat makcik2 kampung, setaman segan. Kang xsedap.. huhu
Tapi untuk ramadhan ni, tak ada rezeki plak nak buat sebab x berkesempatan sambut ramadhan kat rumah sewa.
Kalau x... boleh lah jugak hantar kat rumah geng2 ustaz selang sebelah rumah aku tu. Bulan puasa kan xlah nampak sangat nak mengorat.
Budak2 pengajian islam rasanya. Selalu la aku kuar g kedai, g buang sampah ke tengok dorang duk menghafal al-quran kat luar. Fuhh... trcabar iman.
Petang2, main badminton, pakai kopiah, main dengan kucing. Aku ngintai kot tingkap selalu... kah3..
tapi....x tergoda pun. Hati dah digoda orang lain walau xpernah lagi tengok dia baca quran, pakai kopiah.. coming soon insyaAllah..oppssss...
Eh, termengarut plak. Kita sembang pasal amalan berbalas juadah kan.

Next...untuk amalan ni,banyak dilakukan dan diberi kepada sepupu sepapat dan kenalan yang hampir je.
Hulur juada untuk makcik depan rumah, sepupu selang 10 buah rumah, nenek sedara hujung kampung. Macam tu lah.
Jiran2 sebelah yang xde pertalian darah ni..hmmm.. tengok jelah.
Kadang2 tu bukan apa, bukan kata mementingkan ras, pilih kasih ke. 
Tapi nak bagi2 ni kita tengok jugak lah...ada jiran yang kita x berapa kenal, kan bagi entah makan ke tidak, ada jiran2 yang tak bertegur sapa.

Tapi sebenarnya melalui bertukar2 juadah ni boleh merapatkan silaturrahim kan?
just x jadi amalan selalu sebab tak d praktikkan.
masing2 ada alasan tersendiri..biarlah. Jangan mengata orang.
nak2 kalau dekat bandar tu. Banyak faktor yang menjadi halangan amalan ni tak dapat diteruskan. faktor2 tu kalau bincang sampai lusa pun x habis.
aku belajar antropologi, sosiologi... faham banyak perkara yang mempengaruhi.
Amalan nenek moyang kita yang dirutinkan dulu kini makin lesap disebabkan arus kemodenan, persekitaraan yang merubah sifat, diri manusia.
Yang menghilangkan norma2 dalam masyarakat.
Boleh nak kembalikan. Dengan cara apa??
Dengan dan bermula dari kitalah.
Xpayah nak kata orang, xpayah nak tunding jari kat orang, xpayah nak membebel panjang2 untuk orang.
Tunding semua kat diri kita.
Kita mulakan...buat balik amalan ni. Mula2 kekok, lama2 serasi lah.


*air tebu sekarang dalam kritikal eh???huhu... dikatakan ada air kencing tikus. Seram dengar sebab air kencing tikus bahaya. Lagi seram sebab aku suka air tebu...huhuuuuuu.. tengok kat bazar banyak je, fresh2 lagi... nak beli takut. Tak pasti dorang basuh ke tidak kan. Dah jadi was was pulak. Kena tanam tebu sendiri lah pulak...

No comments:

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

Hai... another giveaway. Jom join. Semoga berezeki..aminn. Click gambar diatas untuk join ya...