Sunday, October 11, 2015

Bukan menghina





Aku baca satu isu kat blog kak d (Diana Ishak). Tentang isu yang di viralkan jugak pasal orang up status kata seseorang tu menghina akak yang jual nasi lemak. Boleh baca status dalam gambar atas ni. Aku pun bukan nak komen kata salah sapa or siapa yang betul. Sebabnya kita tak berada di tempat itu and tak tau situasinya. Aku tak nak ulas siapa yang elok atau yang tak. Secara peribadi, aku sokong and setujulah dengan ulasan dari kak d.. boleh baca ulasan2 beliau kat blog..---> http://www.dianaishak.com/2015/10/shallow.html
Aku suka how kak D bagi pandangan pasal kita ni balik2 tengok kebendann jugak, semua duk ukur kekayaan tengok kereta, tengok harta benda yang kita nampak secara zahir. Last2 memang pusing2 sama jelah semua. Dia kata kita, kita kata dia. Aku menulis ni pun moga dijauhkan dari sifat tu.

Ok, kalau baca status tu segala apa yang tersirat dalam hati si penulis status mahupun akak yang nasihat anak dia tu wallahualam lah. Yang itu aku tak nak komen. Tapi aku tertarik nak story2 pasal kata kata akak tu yang dia kata kat anak dia "kalau tak belajar betul2 nanti kena jual nasi lemak malam-malam". Niat akak tu cakap macam tu aku x pasti, tapi macam blogger kak d cakap aku pun rasa dia bukan nak menghina akak jual nasi lemak tapi just nak bagi nasihat untuk anak dia. Kalau dia jenis yang berlagak dan menghina konfem dia x beli nasi lemak kat situ. Mesti pergi restaurant mewah, hotel ke apa kan. My 2 cent.

Just..kata2 itu memang sentiasa, seringkali kita guna. Dan kita digunakan. Samada kita nak cakap kat orang lain adik, anak ke kawan ke sape.. atau orang bagi ayat tu kat kita. Biasa mak ayah or cikgu lah. Tipu lah kalau tak pernah. Masa kecik2 dulu mak selalu je cakap belajar elok2 kalau tak lulus exam nak jadi apa, cleaner?.. adakah mak2 kita menghina cleaner. Mak aku dulu pernah nasihat jugak, belajar selagi mampu and buat yang terbaik, dapat kerja pegang duit sendiri..nak beli apa2 senang. Xpayah menyusahkan suami. Kalau tak jadi surirumah macam mak ni lah. Itu mak aku guna contoh diri sendiri siap. So dia hina diri sendiri ke? No laaa..itu semua as semangat untuk kita. Kalau pergi mana2 tengok anak muda yang kerj keras kutip2 sampah ke..kepenatan berpanas.. ayat mak aku lebih kurang jugak cakap, Allah kesiannya..tu tengok lah. Kalau tak nak jadi gitu blaja la betul2. Tapi xpe lah dia tu rajin cari rezeki, kita ni kalau blaja pun x pandai..nak kerja gitu pun malas..pastu nak jadi apa. Itu bila kita berbalik kepada qada' dan qadar Allah dan redha dengan apa adanya yang Allah bagi kat kita. Mak2 kita or cikgu kita cakap macam tu aku gerenti bukan dia nak menghina orang yang dia jadikan contoh tu, tapi dia cakap tu untuk kita only. Hanya pedoman untuk kita. Yes betol, mungkin macam yang akak tu kata akak jual nasi lemak tu ada alphard, dah kaya raya. Mungkin dia just minat nak jual nasi lemak, tambah pendapatan. No hal, no offense pun. Tapi akak pakai perdana yang cakap tu just cakap untuk anak dia, dia x tahu and x peduli pun pasal life akak tu sebab tujuan utama dia nak bagi kesedaran untuk anak dia. Itu yang kita kena faham. Kecuali kalau dia cakap kuat2, akak jual nasi lemak tu dengar and terasa ke.. itu mungkin betul kes menghina. Tapi kalau dia just fokus untuk anak dia, kita just anggap itu nasihat. Mungkin akak yang up status ni pun jelas hal itu, tapi dia up status mungkin untuk kesederan pada kita jangan menghina orang sebab kita tak tahu life orang kan. Xpelah, kita tengok dari sisi positif sahaja antara semua pihak ni.

Teringat sebenarnya zaman sekolah dulu. Ada sorang cikgu tu, cikgu sejarah. Ajar aku untuk form4 n 5. Ingat sampai sekarang kata kata dia. Dia style yang relax2, slumber, ayat pedas sikit. Dia kata "awak ni nanti x lulus spm, xleh g kemana..duduk lah rumah tunggu orang pinang. Kawen duk kg, ngandung..anak berderet, telanjang n berhingus. Pagi2 tunggu ikan sambil kelek/gendong anak. Pakai la kaim batik,baju usang. Pegi dapur singgang ikan. Tengok kawan berjaya naik kete bmw, baju comey2, ada bibik.... " itulah kata2 gertakan kat kitaorg dulu tiap kali kelas dia. Bukan meghina life mcm tu, sebab mak cikgu tu, mak kita pun camtu kat kg. Tp dia tunjuk realiti yang sememangnya pahit untuk kita sbenarnya sebab smua nak hidup senang kalau boleh, And its work sebenarnya. Kawan aku ketakutan tak mahu life dia jadi macam tu. Belajar la kitaorang ni bersungguh2. Yes kita tak tahu, memang kita blaja sampai universiti..tapi belum tentu berjaya,kerja. But at least pendidikan tu. Duk rumah jadi surirumah pun xpe asal ada pendidikan. Pilihan semua kat kita. Tapi y utama Allah lah, sebab Dia sebaik perancangan. Tapi jangan lupa dia suruh kita berusaha. Selebihnya terserah pada Dia.

Benda yang aku nak hilite kat sini pun pasal ayat tu je. Ayat semangat tu. Sebab meamang ayat tu kita guna selalu. Kita ni manusia memang kalau boleh tak nak susah. So, kita bagi gambaran susah tu so that semua bangun nak berjaya sebab takut hidup susah termasuklah aku.

Tapi kannn, kenapa ya untuk kesusahan, keseksaan akhirat, api neraka yang selalu kita didengarkan sejak kecik jugak kita relax je?? Tak bangun laju2 pun nak kejar Allah? Adakah sebab gambaran tu tak nampak..tapi hanya didengarkan? Tapi itu cerita al quran..yang pasti yang wajib yang sahih.. kenapa lah manusia... aku lah jugak termasuk dalam manusia tu. Allahurabbi.

No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..