Monday, January 19, 2015

Special AJL

aku tak tengok pun AJL semalam.. tak ada la nak berminat sangat untuk jadi fan setia, tahap WAJIB tengok tu.. dulu2, masa sekolah rendah, sek menengah memang suka..wajib tengok anugerah2 hiburan ni... dah makin lama tu, perlahan-lahan perasaan tu hilang..

tapi pagi tadi awal2 bangun dah dengar cerita pasal ni..kat TV, Radio..duk cerita pasal AJL ni... macam ada kes gempaq je kan... oooo,rupanya yang menang lagu Apa Khabar.. and aku youtube la lagu2 masa AJL tu, tengok yang mana aku suka macam Dayang (memang minat Dayang sejak dulu...), Shila..and lagu Apa Khabar tu.. and y lagu romacinta tu.. dipersembahkan oleh kump.Caliph Busker.. wow!!!..

Pada kesimpulan aku, yang istimewa AJL kali ni,bila lagu rap yang juara dan kump Caliph tu nyanyi ganti penyanyi asal.. dan y jadi istimewa bila penyanyi tu buta.. Allah. Aku tengok kat Wanita Hari Ini, dorang jemput penyanyi tu dan Edry and ada artis2 lain yang menang. tertarik dengar interview dengan penyanyi Caliph Busker yang buta tu.. suara dahla sedap.. ada kelebihan pulak kan..

benda yang aku nak hilite kat sini bukan pasal AJL, nyanyi, suara best ke apa.. tapi pasal KELEBIHAN, yes, semua orang ada kelebihan.. yang kita nampak dia buta..nampak kekurangan dia.. tapi, kelebihan yang ada tu jarang orang nak nampak.. same jugak la kan dengan kita yang normal2 ni..
setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan. kekurangan yang ada itu biasa sebab manusia memang tak sempurna.. tapi jangan lupa Allah kurniakan juga kita kelebihan.. hanya kadang2 tu kita ni yang gagal nk melihat... nampak yang salah sahaja... sebab tu la kan kalau ada apa2 berlaku pasti la nak kutuk dulu,.. tak reti nak berlapang dada, nak lihat hikmah disebalik tu...

so...cuba la, untuk menerima segala kekurangan,kelebihan pada diri sendiri atau orang lain.. Allah jadikan semua tu..pasti ada asbabnya..

No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..