Saturday, January 17, 2015

Fakta atau Auta


aku 13/12.. so, December..

Ceria: hmmm...ceria tu ada. Aku memang jenis yang suka gelak2, happy je... tapi kalau kata nak ceria 24jam tu...rasanya tidaklah kot.. sebab aku jenis moody.. tapi bukan moody sesaje,ikut suka hati nak moody.. mood aku akan lari kalau sesuatu berlaku yang tak kena dengan aku. Tapi dengan orang tu jelah, aku tak akan kaitkan masalah, kemenyampahan, kemarahan pada orang yang tak berkaitan.. tapi tetapla, aku ok je...buat lawak sikit, then aku senyum, ketawa ikut ok la tu.. kalau ada problem pun aku jenis tak tunjuk sangat.. selagi boleh simpan kita simpan...

Setia: Yes! bila hati dah suka satu tu.. satu tu jelah..jangan bagi yang lain. kecuali kalau dah tak boleh pakai, tak berfungsi, tak boleh bagi manfaat untuk aku and kalau orang dah buang kita.. haha.. kalau dari segi barang pun, aku pakai barang tu selagi boleh la.. esp beg duit, aku tak suka bertukar beg duit.. dah koyak ke, baru tukar.. boleh tahan 2,3tahun 1 beg tu.. sama juga dengan pasangan, insyaAllah setia pada yang satu.. selagi ada jodoh dengan izin Dia. bila dah sayang satu tu, susah nak masuk orang lain.. kadang2 rasa wonder la jugak, macam mana ada yang boleh pasang banyak tayar sangat.. ada jugak dari kawan2 aku, bf dah ada...dah serius.tapi masih lagi whatsap2, msj2 dengan lelaki lain.. bukan sekadar kawan, tapi sembang2 yang agak mengayat, lovey dovey jugak.. hmmm...tak boleh kata apa la,masing2 punya hati berlainan..

Manja: hehe...agak la. Manja+sensitif gituww... hati mudah tersentuh. Mudah nak menangis. dengan mak ayah,family semua tak boleh jauh2 sangat, tak boleh kalau tak balik dalam sebulan tu.. 2 minggu tak balik,mula la...hati tak tentu arah. tak kisah orang nak kata aku anak mak ke apa... tak apa. yang penting kita tahu kita macam mana... anak mak, tapi aku tetap boleh berdikari. Just untuk apa2 keputusan, keadaan macam2 mana pun aku akan dahulukan mak ayah.. and, aku mudah sangat merajuk, sensitif, manja, cemburu ke dengan orang yang aku sayanggg... kalau saya merajuk dengan awak, bermakna saya sayang awak. awak ada tempat dihati saya..hahahaa... Contoh, aku tak boleh terima anak angkat perempuan kalau datang rumah lebih2 dengan mak ayah aku.. haha, jahat ke? ntah, aku jelesss... kalau adik beradik kita no hal.. tapi kalau orang luar aku jeles sangat.. kalau mak ayah caring kat orang lain lebih sikit ke,mula la rasa nak jeling2 je.. tapi sekarang macam ok la, dah makin matang,boleh fikir,boleh control perasaan.. to my future imam to be, walau siapa pun awak, dimana berada, mohon banyakkan bersabarlah dengan gelagat saya ni ya... hihi.. awak,awak kat mana tu? ^^

Degil: ada la jugak tu... banyak jugak kot... macam mana ya nak cakap. Degil tapi boleh bertolak ansur.. aku akan degil gila dengan perkara yang memang bukan salah aku. dalam erti kata lain, EGO.. tapi ego tu ada tempatnya, pada perkara dan dengan siapa. ego,degil...tapi hati mudah dipujuk.. bukan sebab orang pujuk, tapi aku akan terpujuk sendiri..haha..

No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..