Sunday, January 4, 2015

find peace of mind with...


Aku start balik blogging ni.. insyaAllah secara istiqamah.. haha..  cabaran 30 hari, hari ni dah masuk hari ketiga.. doakan moga sempat nk up entry baru sampai hujung tahun..

And..i can feel it.. i found it.. what “it”? MYSELF.. this is me.. writing..writing..writing..!!!! writing can give happiness for me. Banyak kali aku tertekan, just tertekan, shopping kedai borong depan and tidur.. boleh hilang tekanan tu..tapi tak ada dalam hati. Tak ada bunga-bunga, tak ada kelegaan.. tapi bila menulis, walaupun kita tulis benda mengarut, tak ada bersangkut paut dengan dengan masalah yang kita hadapi pun, tapi dia boleh relief the pain tu.. setiap orang ada cara kan. And this is my way..  tulis puisi ke tepi katil, just let out apa yang terbeban di minda..menulis tanpa bunga bahasa pun..just write.. and my mind akan stabil.

Tahun lepas, tak banyak masa mengadap blog.. bukan masalah masa sangat, tapi mungkin disebabkan teknologi yang semakin mara. Hidup dengan instagram.. macam seronok kan up gambar makan2,jalan2, posing sana sini.. at first, rasa macam wow..dah boleh tinggal blog dah ni. Sebab aku ingat aku suka share pengalaman,gambar kan..boleh share dekat insta tu kira ok la.. I thought so.. tapiiiii….tidak rupanya. I find my peace here, kat blog..aku fikir aku bukan kanak-kanak remaja yang suka and pandai posing maut,cute2..up pic kat insta.. diaorg sekali up 20000 like,comment.. kauuu? Hahaha.. and kadang2 stress sebab tengok gambar-gambar orang semua cantik2..kita phone cikai je.. And…tak rasa selamat kat sana.. even boleh d private.. and blog ni agak public kan.. tapi kita rasa ni rumah kita.. pastu pulak, aku tak boleh nak membebel panjang kat insta.. sape nak baca caption panjang2 kat sana kan? Semua nak tengok gambar je.. kalau gambar kau tak cantik…silakan berundur. Apa-apa pun aku rasa faktor usia jugak la kot.. lebih selesa dengan cara lama.. yang pentingnya, sebab aku suka menulis. Tu tahun lepas banyak stress.. tahun ni bila bermula menulis, otak jadi lapang sikit.. walaupun di uji banyak masalah.. baru 4hari kan tahun 2015..tapi ujian,dugaan tu datang. Tak apa, kita steady je, stay positif.. fokus on our pririority..

Cerita pasal menulis ni jugak… impian aku,harap sangat la…nak keluarkan walaupun sebiji buku. At least ada saham kan.. genre apa? Pelbagai genre. Novel nak buat..idea ada. Start tulis 2,3 mukasurat stop.. belum cukup kental jiwa ini.. tapi lebih kepada nak menulis sesuatu yang santai, tapi bila orang baca dapattttt!! Tersentap!! Terkesima!!! I need to.. harap dapat idea,konsep dan dipermudahkan.. azam sempena tahun ni umur dah 24tahun.hahaha.. nak menulis lebih banyak,hasilkan karya yang boleh diketengahkan, dan nak membaca 300+ buah buku!!! Cabar saya!!! Nak lebih banyak membaca..membaca..membaca.. semua jenis buku dan bahasa.. untuk cari idea dan menulis tesis sekali.. serta menghadapi dunia pekerjaan tahun depan.. real world.. and to be better person for our Deen… amin. May Allah ease..

Okey..till then. Aku tinggalkan dengan sebuah “puisi” atas lantai..haha..puisi la sangat..


FLY AWAY LOVE

Lama mana N3310 bunyi cengkerik,
Tiba-tiba suaranya diberi nyawa kembali,
Ada pesan gemersik,
Katanya…mahu terbang malam ini,
Fly away love…
Katanya..doakan aku sayang..
Fly away love..
Katanya ..nanti ketemu lagi jika diizin Yang Maha Penyayang..
Fly away love..

Aku disini…tidak kemana-mana,
Mahu juga setia selagi diizinkan,
Dikau juga jaga hati walau ada dimana,
Jangan biar aku dipinggirkan.

Fly..fly..fly away love…
Selamat pergi selamat pulang..
Doakan kita…hanya pada Rabb kami berserah..
(Husna: JAN/2015)




No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..