Wednesday, January 7, 2015

3 left

apa yang tinggal 3 tu?
ada 3 semester lagi untuk habiskan degree ni.. kurang lebih setahun setengah la.. bunyi macam lama. tapi sekejap je kan? pejam celik pejam celik dah habis.. bak kata seseorang tu, kita pejam xpayah celik2 sampai tempoh nak habis tu baru celik.. haha.. tapi sekarang memang cepat je masa berlalu. aku rasa macam baru je naik degree ni, bukan kata degree je, tapi baru habis SPM. so,sekarang..masa tinggal untuk melangkah ke dunia luar,realiti tu tak banyak dah. tibalah masa untuk membuat anjakan paradigama. buat persediaan. no more sleep2. main2. doakan kami... ^^

tadi dah habis exam untuk sem ni. dah siap balik kg dh ni. duduk lepak di bilik kesayangan beta ni dengan penuh ketenangan.....yang sementara.. haha.. sabtu ni pergi balik. sebab Ahad 11hb nak kena balik kampung ke-2. kampung ke-2 aku ialah kg suami la kan..haha.. joking2. mulai arini aku isytiharkan semua Kampung Orang Asli di dunia ni adalah kg ke2 aku. hihi.. belum sempat nak kongsi dekat blog pengalaman2 masuk kampung ni, program2 yang aku join sem 5 ni memang banyak. untuk kg org asli setakat ni 3 buah dah masuk and explore, and coming soon ahad ni..total 4 insyaAllah. yup, my course, Antropologi, kita memang kaji tentang manusia,kebudayaan.. which is for me very interesting lah. kita tengok macam mana manusia tu terbentuk by kebudayaan yang kepelbagai and perubahan sosial yang berlaku. kita kalau nak tahu orang tu macam mana, sebab terjadi masalah, nak tahu kenapa dia buat macam tu macam ni(termasuk masalah sosial), 1st kena kenal apa perkara yang mempengaruhi mereka. manusia dari kecil,celik mata tu..ada sesuatu yang merubah, mempengaruhi mereka. by? agen-agen sosialisasi. agen terutamanya ialah Ibu Bapa.. budaya yang ada di sekeliling mereka juga mempengaruhi. that's why, tugas kitaorang turunnn!!! cari mereka2 yang terpinggir.. selami, tengok faktor2nya. kenapa orang asli sampai sekarang x boleh nak berubah,maju and hidup mcm kita? kenapa berlaku gelandangan? punca mat2 duk kongsi jarum tu? ramai boleh cakap, pertama sebab agama, tak ada didikan yang sempurna, kedua,kurang bantuan kerjaan, ketiga pengaruh rakan sebaya...bla..bla..bla... yes,betul,benarrr.. tak salah pun.. tapi tu too common la.. ada sebab UTAMA, key, isi penting yang menyebabkan berlakunya benda tu. setiap orang punya kisah berbeza. kita tak boleh nak guna step2 yang biasa2 tu untuk semua orang... didikan agama tak ada, mak ayah x ajar. yup, sebab dia anak yatim. so?nak salahkan siapa? jadi, ada pendekatan lain..cara untuk kita membantu..

panjang pulak bercerita..hajat dihati nak tulis sikit. tetiba keluar pasal course Antropologi pulak. untuk adik2 yang tunggu result spm, stpm, diploma, matrik ke..nak isi UPU untuk next kemasukkan, jangan segan-segan nak pilih cos Antropogi or Sosiologi ke..or Social Work ke.. kalau anda berjiwa rakyat, suka aktiviti kemasyarakat, tak kisah main kotor, tak kisah tidur dalam hutan, tak kisah berjalan 5 batu naik bukit cari orang asli, golongan terpinggir, tak kisah berjalan dengan anjing2, tak kisah berjalan di lorong2 gelap kat chow kit tu, ada semangat volunteering dan paling penting INGIN MEMBANTU MANUSIA kearah yang lebih baik dan kita sendiri lebih baik.. so, cos2 tu insyaAllah akan dekat di hati anda. andd,untuk kami di Unisza, kitaorg ada Social Science Anthropology and Dakwah. kalau U lain biasanya gabung Antropologi and Sosiologi.. kelainan di Unisza gabung dengan dakwah. jangannn takut dengan perkataan dakwah tu. kita bukan dakwah macam ustaz,ustazah.. tapi, kita lebih kepada guna pendekatan MENDEKATI masyarakat. kita turun, cari golongan bermasalah. sebab mereka yang bermasalah jarang akan cari orang. nak tahu lebih lanjut, boleh PM.. haha....


our journey...begin.. 




p/s- nanti aku update pengalaman p kg2 orang asli ni and program yang aku..

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...