Thursday, January 8, 2015

Sg. Pergam, Kemaman

1st fieldwork kami sem lepas untuk Kg orang Asli ni di Sungai Pergam, Kemaman pada 7-9/11/2014.

Sebelum tu nak cerita sikit pasal suku kaum orang asli ni. Kat Malaysia dia ada 3 pecahan besar iaitu Negrito, Senoi, dan Proto-Malay. Setiap dari tu terpecah pulak kepada 6 kumpulan/suku. so, ada18 jenis suku la untuk orang Asli kat Malaysia ni. Geng2 Negrito tu dikatakan puak yang agak mundur, susah bercampur dan memang sangat tak maju, ciri-ciri fizikal macam rambut kerinting, gelap. Geng2 Senoi dalam kategori sederhana. Dan Proto-Malay dorang ni lebih kurang Melayu je. Tak ada beza sangat dan tahap hidup dorang pun lebih advance dari geng2 lain tu. Suku untuk orang asli kat Sungai pergam ni ialah Semaq Beri pecahan dari suku Senoi.




Day 1 tak ada apa sangat. sampai dah petang. makan, briefing untuk program esok,lusa.. bahagikan tempat tidur. lelaki tidur kat dewan semua. perempuan separuh tidur kat surau. separuh tidur kat tadika. aku tidur kat tadika. not bad!! dan ikutkan selesa la jugak kan..sebab tu kg orang asli. jangan mengharapkan dapat tidur tempat best and selesa and bersihh gila. haha..

Day 2. masuk kampung, mendekati dorang ni. cuak juga mula2 tu. takut penerimaan dorang macam mana kan, and keadaan tu boleh tak kita nak lalui. dannn,warning awal2.. anjing bersepah2 ya kat sana. macam kambing2 kat kg je. tapi bukan liar suka menyalak, kejar orang. x. anjing2 tu relax je, asal jangan kacau dia sudah.



Permandangan biasa. penyambut tetamu, bellboy.. haha.. aku pun x jangka aku boleh menghadap dengan makhluk ni..sebab..aku dengan kucing takut. tapi bila kat sana tu, ada kekuatan..dari Allah semua. Anjing2 ni jalan seiring dengan kitaorang..ikut dari belakang masa kita nak melawat rumah2.. tapi kita still behave la. tetap pegang kayu ke apa kat tangan, in case anjing2 bertindak di luar jangkaan.. and jaga2 juga as muslim..jangan sampai dia ekori dekat "meneneh2" nga kita. faham x neneh tu? haha.. bukan nenen ya, neneh.. which is, cam bermanja2 nga kita macam kucing tu. and jangan kita pulak sentuh. "i want touch dog" hmm..




setiap sorang bawak "buah tangan" untuk diberi kepada penduduk kampung. nampak x jalan tu? jauhh gila la. dari tempat kitaorang tidur,makan tu.. nak masuk kampung dorang, iaitu sebelah hulu. dia ada 2 bahagian,ada belah hulu and hilir. untuk pagi kitaorang pergi sebelah hulu dulu.



makcik tu nama dia dalam IC Fatimah. panggil pokcik sahaja..haha.. aku tanya, nak panggil apa? dia jawab "panggil itu pok cik la.." ok la pokcik.. dorang ada bahasa sendiri. tapi boleh bercakap Melayu. just x lah lancar sangat. kita kena fokus la sikit nak dengar bunyi2 tu.. ada yang x faham kita angguk jelah. makcik ni tengah mengayam masa ni. buat beg x silap. and banyak jugak yang dia buat. kitaorg duk layan bersembang la.. dan kebetulan group kami untuk tugasan kena research pasal kesenian dan fesyen. end of sem kena submit video. sekali tembual and ambil video makcik ni.



ok..cerita dari segi penempatan dan kehidupan mereka. diaorang ni semua dapat rumah dari kerajaan. tapi, ada yang tak boleh  terima. maksudnya dorang ni tak selesa duduk kat rumah batu,bersimen tu. end up dorang bina balik rumah buluh,kayu tepi rumah batu. walaupun tak semua..tapi banyak yang buat, esp yang bahagian hilir, boleh kata semua buat macam tu. ada rumah batu dari kerajaan,and tepi tu rumah buluh,dorang duk situ. rumah batu tu just jadi stor je kot. nak buat macam mana, dah orang x selesa. and dari segi hygiene pun sangat2 rendah. ada yang bersih,tapi 20% je. boleh tengok rumah makcik yang atas sekali tu. pinggang mangkuk bertimbun x berbasuh,ntah berapa lama. baju2 kat lantai... kebersihan diri pun kurang. tapi ada yang menjaga tu, tak ramai.




see? ni rumah yang dorang bina balik sebelah rumah2 batu. ni bahagian sebelah hilir..kitaorg pergi petang tu. malam ada majlis kebudayaan, gambar xde sebab ambik video je..haha..

Hari ke3..last day. aktiviti di sekolah bersama budak2 sekolah.





kita bahagikan group and ambik budak2 ni.. saje, borak2. bagi semangat,motivasi..main games. bagitahu kepentingan pendidikan,belajar bersungguh2 ni. sebabnya diaorang ni sangat ketinggalan dalam pelajaran. UPSR dapat 5C tu dah satu kejayaan besar,macam orang dapat 5A. pergi sekolah pun kadang2 pegi kadang2 x. borak2 dengan cikgu dia, dia kata budak-budak dan ibu bapa sendiri tu tak sedar.. sebab diaorang dapat banyak bantuan, hoii dorang sana tu semua ada kereta ok..kaya2 la cakap..dapat bantuan kerajaan lagi, tiap2 tahun ada pihak bawak pergi jalan2 la.. so,dorang cam relax jela.. xblaja pun xpe..xde pendidikan, hidup diteruskan jugak. camtu la konsep pemikiran mereka2 ni. paling tinggi pun belajar takat PMR. kalau dekat Terengganu ni, belum ada yang sampai SPM..huhu.. tu group my lectures tengah berusaha cari jalan, macam mana nak buat untuk tingkatkan prestasi ni. bukan x usaha.. dah berapa puluh tahun usaha.. tapi x menjadi. Prof aku tu, dia kata ni dah Kg dia..dia duduk situ,buat research, membantu dari tahun 80-an. Ada perubahan, tapi belum tahap untuk dibanggakan. hope ada la nanti tu cara untuk tingkatkan prestasi mereka ni.. and kami as a Antrophology students pun memainkan peranan. lepas ni banyak kena belajar, research and fikir.. bantu dorang,kesian.. they derserve better too!!!!

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...