Wednesday, July 3, 2013

Awesome Trip to Tasik Kenyir

Assalamualaikum...

Genap sebulan.. 3/6 aku p tasik kenyir. hari ni, 3/7 baru nak update entry pasal Tasik Kenyir..hehehe... malas kot.. mungkin la entry ni aku banyak bagi gambar je.

Sedikit tentang Tasik Kenyir - Tasik Kenyir ni merupakan tasik buatan, terletak di Terengganu (sempadan kelantan-pahang). Tasik terbesar dibina di Asia Tenggara untuk menjana kuasa elektrik. Merupakan pusat pelancongan yang agak popular di Terengganu ni. Anda boleh mengelilingi pulau ni, dan macam-macam tempat boleh singgah seperti Taman Herba, Air Terjun, Gua, Spa n Resort dan sekarang dalam proses untuk menjadikan tempat bebas cukai. bila?? aku tak berapa nak ingat,sebab tak berapa nak dengar masa taklimat tu..hihi.. lepas tu, ambik pamhlet pulak dalam bahasa china. tengok gambar jelah,buat-buat faham..

okey, berbalik kepada my trip. ni trip satu kelas.macam lawatan sambil belajar la. Our Prof yang anjurkan. thanks to Prof Madya Dr Ramlee.. Prof yang paaaliiiing sporting. disebabkan berkaitan jugak dengan kitaorg punya course kan. bab2 manusia,budaya ni..kena la bagi pendedahan sikit.. (i bet, sem depan akan pergi perkampungan orang asli pulak... -_- ).. Lawatan ni buat sehari je. Plan asal nak buat 2hari satu malam.boleh pergi banyak tempat, dan tidur atas boat tengah2 tasik tu.tapi sebab kesuntukkan waktu, dan buat pada minggu study week, terpaksa lah buat sehari je. buat reles tension study(orang lain la..aku tak start study pun lagi masa tu..hak2).. kami bertolak jam8.30 kot.. sampai dalam 9.30.. dengar taklimat sikit2..round2 sekitar tu. sebelum naik boat untuk pusing tasik..



heaven sangat rasanya dapat roti ni.. agak badmood pagi tu,sebab bangun awal+letih (act balik kg,ada kenduri, so balik hostel semula dengan keadaan agak rushing)

let's go!!! my classmate..kebanyakan adik2.. ni bas perempuan. kaum adam bas lain.


 sampai-sampai, terus bergambar dengan gajah..hahaa...



then,masuk ke taman ikan ni jap..(ke orang panggil apa?) kecik je tempatnya.. tapi tetap excited. saya penggemar binatang aquatic!!


prof kesayangan~ memang sporting sangat dan humble sangat2. lucu pulak tu..


ikan ni..sepertinya beliau menjeling dan mencebik pada ku~~

Lepas tu, maka bermula la pengembaraan kami.. dari pukul11 lebih kurang, sampai pukul4 lebih naik boat keliling tasik... 1st location, pergi Gua Bewah. ni la kot tempat yang paling utama kitaorg nak pergi.. kat sini dikatakan antara penempatan awal manusia.. tapi macam biasa, aku naik as pelancong bukan pelajar. tak de nak dengar taklimat, fokus ambik gambar je..



kali kedua naik boat.. kali pertama dua tahun lepas kot. ke Pulau Kapas.. best!



subhanallah.. cantik sangat ciptaan Allah.. perfect!!!


finally.. Gua Bewah



agak tinggi tangga untuk naik ke Gua Bewah ni.. ni baru separuh jalan. tapi permandangan tu, boleh buat hilang penat. again, subhanallah



atas tu, ada satu gallery.. tunjuk penemuan-penemuan dekat sekitar Gua ni..



mula masuk ni ada lampu lagi..tapi dalam sikit, memang gelap gelita. harapkan lampu hp je. sape2 nak datang, sila bawak lampu picit..




done with Gua Bewah. Lepas makan, gerak ke destinasi yang seterusnya..

Lokasi kedua ialah.......



Tandas!! haahaha.. macam tak sangka, ada jugak tanda awam eh.. ada kawan satu boat ni tak tertahan lagi dah.. so driver bawak singgah sini.. boleh kenal kan..

Seterusnya kami ke Taman Herba...



serius..nak belajar photography...!! kalau ada kelas,memang nak join...


dengar taklimat lagi..ni pasal khasiat2 herba semua.. kalau datang sini, boleh minum air herba.. macam2 jenis. tongkat ali, kacip fatimah, campuran2 herba semua..


tak pasti yang aku minum campuran herba apa..yang pasti memang pahitttt~ but, dalam pahit itu ada penawarnya kan???


tempat dorang masak air/teh dari herba-herba





comel sangat nenas ni..nak petik and bawak balik rasanya..huk2.. 
eh korang, nenas ke nanas eh??? *kuiz ni..*


last location... ke Air terjun. Air Terjun Saok kalau tak silap. sebab kat sana tu, banyak jugak air terjun.. ni saje la kan, nak tenangkan fikiran..






cantik..tenang..damai...


geng-geng gentlemans lepak kat atas sekali.. buat apa ntah.. malas nak naik..

the end.. naik ke darat, kat centre dia. solat jamak qasar.. tunggu bas..dan balik.. letih sangat..tapi best!!



tiga gambar kat bawah ni, dari lensa my classmate.. credit to Iqbal and Faizol.. photographer to be.. ^__^





we r BOSS club.. big family~ ukhwah fillah forever.. hope, sem2 akan datang, dapat rapatkan hubungan bagi rapat2 lagi..hehe.. dengan gurls jelah.. kalau boys, kita rapat dari jauh sudahh.. ^__^

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...