Wednesday, July 10, 2013

say Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Salam 1 Ramadhan..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem pada tahun ni..Bulan yang penuh dengan keberkatan. Setiap amal ibadat, kebajikan, kebaikan yang kita lakukan pahalanya digandakan. Sama-sama lah kita muhasabah diri..ambik peluang ni untuk dekatkan diri kepada Allah dengan lebih erat,akrab lagi.. insyaAllah..

So..citer pasal puasa.bagi aku, excited puasa lebih lagi dari raya.. sebab raya biasanya meriah 2,3hari je.kalau puasa ni sebulan. Macam2 acara,kelainan..

1- Sahur : ni memang kegemaran aku sejak 3,4tahun ni..tak boleh miss sahur. mungkin ada termiss,tapi sekali,dua. zaman muda remaja dulu (sekarang I baru 22 ya), mungkin la agak "mengamuk" sikit time sahur. tak boleh orang tegur..haha.. bila dah umur 15tahun keatas tu,dah matang.. dan suka sahur sejak duk asrama form3. belajar makan pagi.. bila masuk U lagi la menghargai waktu sahur tu, sebab kat hostel minum air dengan kurma je. rindu masakan mak.. awak-awak semua yang tak suka sahur, or tak boleh makan pagi, boleh cuba dan cuba..bangun je. makan!!!! lama2 diri akan terima. kalau aku, bab minum air masak..memang tak boleh terima kalau pagi2, dalam 1-2jam lepas bangun tidur tu.memang tak boleh minum air masak,rasa nak mun**h. tapi kita tahu kan,air tu saaaangaaat penting.nak2 time puasa ni. tolong la minum air masak banyak2. mula2 aku belajar minum plain water, campur dengan air panas.biar jadi suam..boleh la terima n minum sikit2.. bermula dengan secawan,tambah sikit demi sedikit.. dan sekarang dah boleh minum plain water biasa dalam 2 liter dalam waktu sahur tu.. (haruslah bangun awal sikit..dalam kul4.30 ke..kalau lewat sikit, dalam 5.00 or 5.15, dapat minum 500ml pn ok).. bila minum air banyak2, insyaAllah sehari puasa tu tak tumbang dan bertenaga lebih sikit.. (macam ruang kesihatan dan kecergasan.. ^^) okey dah..nanti2 aku bukak entry khas pasal AIR..heehee

2- Tarawih : okey,yang ni memang takkan jumpa pada bulan2 lain.. hanya Ramadhan.. even korang puasa sunat dari muharam ke sya'aban pun, tak de tarawih nie. that's why Ramadhan sangat special.. time ni la ramai-ramai jumpa kat masjid. kalau x?? bila lagi kita nak sujud padaNya berpuluh-puluh kali dalam satu malam??  best suasana tu.. Tarawih sunat muakad. Buat lah yang termampu.. tak perlu nak menyusahkan diri,buat sampai 20rakaat kalau tak mampu.. kalau mampu sangat dialu2 kan.. ^^

3- Bazaar Ramadhan : Tempat kegemaran semua..! walaupun peniaga mungkin sama, juadah pun mungkin ada pada bulan2 lain, tempat berniaga tapak pasar malam biasa..tapi...suasana tu yang berbeza..!! yang pergi tu semua dalam kelaparan..haha..okey,sorry xsemua lah..mungkin budak2 je yang kelaparan.hihi. ramai jugak yang ke bazaar ramadhan just nak dapatkan kemeriahan tu. aku ni jarang la ke bazaar(xde orang nak bawak..ha2)..tapi pergi la juga walaupun sekali dalam bulan puasa tu.melihat ragam manusia. happy je.. yang nak kill time sambil tunggu waktu berbuka pun, boleh la ke bazaar ronda dalam 2,3 round..

4- Kuih Muih : makanan yang sinonim dengan ramadhan ialah.. cendol,onde2(buah melaka), puteri mandi, netbak(ni kat tempat aku panggil,kat len xtahu) dan banyk lagi..tak tahu kenapa benda2 ni mcm makanan wajib ada time bulan puasa. nanti aku kaji..macam best jugak buat tajuk tesis ni.."makanan tradisi masyarakat melayu dalam bulan ramadhan".. ^^  tu antara makanan yang sinonim dengan bulan puasa. tapi dalam bulan ni jugak banyak jugak kuih-muih lain yang muncul. xcaye, sila la turun ke bazaar ramadhan petang ni.tengok sendiri..adakah korang kenal semua kuih2 tu?? (berani la aku bercakap pasal makanan,sebab baru pukul8.. cuba kalau pukul2,3 ke..menggelupar kot bayang makanan best2..haha..eh,tapi dah besar ni dah kurang nafsu bab2 terliur makanan..dapat berbuka dengan air, nasi+ikan goreng pun tak de hal..)

5- Tadarus Al-Quran : Ya, bertadarus ni memang patut di amalkan pada setiap waktu, tak payah tunggu bulan ramadhan. tapi bulan ramadhan ni, lebih sikit.. kalau tengok dekat sekolah,pagi2 buat tadarus. sekolah aku dulu, akan bagi waktu dalam 15minit pag tu,untuk baca al-quran,yang mana dah dibahagikan juzuk2 yang perlu dibaca oleh setiap kelas. sama jugak dekat masjid. makin giat aktiviti tadarus ni, ada yang buat pagi lepas subuh, lepas tarawih..tak kisah la bila-bila pun kan. Jadikan al-Quran tu sebagai sahabat baik kita di bulan ramadhan ni. insyaAllah

banyak lagi benda istimewa dalam bulan ramadhan ni..len kali la sambung. ataupun korang sendiri pikir..;-) apa2 pun,selamat menjalani ibadah puasa..mohon maaf atas segala salah dan silap. doakan kebaikan untuk kita semua,untuk saudara seislam kita dimana jua mereka berada dan esp untuk yang berada di bumi Palestin, Syria, Mesir.. amin!


No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...