Saturday, February 16, 2013

Packing & Kembali

Sedar tak sedar(banyaknya tak sedar la) dah 5minggu cuti..dan sudah sampai ke penghujung.Takkan selamanya nak cuti kan. Esok dah start sem baru, dan aku masih dirumah. hehe... relax la,hari pertama bukan belajar lagi. Lagipun tengok jadual, pagi esok ada kelas BI,tapi tak pasti group aku bila. Kelas BI ni dipecahkan sampai 20 group ni, ikut fakulti.. Petang tu ada kursus elektif,tapi kursus tu aku tak ambik.. Tapi,sekarang tetap tak mengemas jugak. Baju2 berkeliaran lagi, tak kemas. Alat2 tulis ntah kemana..kad matrik pun tak cari lagi kat mana aku letak hari tu. Pagi esok lah, naik bas pukul2.30, so sempat la.. bangun awal esok..hehe..

Nak cerita pasal makanan.. stock makanan yang perlu ada dalam laci kat asrama tu. nak kata wajib kan melampau pulak.. kira benda ni kena ada..kalau terputus bekalan pun,paling lama seminggu,lepas tu kena beli.. tadi keluar beli barang makanan nie...


stock makanan..seminggu je kot tahan..haha


mee segera tu WAJIB la kan..wajib ada dalam simpanan setiap student. Tak de pen pensel xpe,asal meggi ada...!! ikutkan aku suka mamee,yang xtra pedas plastik warna hitam tu.tapi tadi tak jumpa pulak kat Supermas tu("megamall" kegemaran kami sekeluarga..hihi"). kekadang ikut mood jugak, time dah bosan makan pedas, makan yang ayam&cendawan tu. Dalam gambar atas ni, tu adik aku beli, dia beli 3pack bawak p PLKN, and ada la simpan dlm 3-4 bungkus kat rumah,so aku ambik la.. dan bubur nasi??? jangan ketawa okey...feveret aku tu. aku suka bubur, dan bila jumpa ada bubur segera ni,memang hepy tak terkata. try la,best.. ada dalam 2,3 brand kot yang keluarkan bubur segera. time rasa xselera nak makan nasi biasa,bosan makan meggi je kan, bubur ni la penghiburnya..Dan ada mee segera tomyam tu.cantik tak bekas dia?sangat kaya rasa dapat makan tu..bekas dia unik..hehehe..made in thailand,ofkos la best. tu creamy tomyam. sekarang memang aku addict dengan creamy tomyam.kalau buat tomyam, akan tambah susu dalam tu.. susu segar la,bukan susu pekat.. or boleh letak santan jugak. cuba la buat, best!

Lain2 tu..macam biasa, cookies, gula2(bekal dalam kelas), coki2(sambil tengok movie..hehe), oat untuk sarapan, dan Dutch Lady Chocolate..!!memang best, minum panas or sejuk. Tak perlu tambah gula and susu. Rasanya dah ada,beli hari tu tak habis lagi,tinggal kat hostel, tapi tadi tengok ada dia bagi free shaker,terus ambik. Nak shaker tu..

Paling penting, KICAP dan SOS CHILI.. penyelamat tu. kalau makanan kat kafe xsedap, tambah kicap. Lagipun,kekadang ada xberkenan dengan lauk kat kafe and rasa bosan, beli je nasi+telur, naik makan dengan kicap. Tapi i tell u,kicap ni memang penyedap and penambah rasa. lebih kurang macam sambal belacan, tempoyak,budu..tapi susah la nak bawak benda2 tu kat hostel. sos tu pun sama fungsinya..tak delah rasa nak mengamuk sangat kalau makanan kat kafe xmenepati citarasa...

korang pulak mcm mana??apa benda wajib yang perlu ada? apa2 pun,pergi sana niat nak belajar kan..makanan2 pemberi tenaga je..kalau makan best2,tapi malas study wat pe jugak kan..kata kat aku la ni,bukan kat org len ya..hehehe..
nak p packing2 barang... jumpa di KT nnti.. ^__^

2 comments:

ina said...

klu nk naik beljar mknn yg byk sume2 ni msti kena ada kn..ina pun sama.. byk sgt brg2 mknn yelah utk stock kn..

husna said...

betol2.. tp kekadang trlebih makan..study x..hehe.

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..