Tuesday, May 8, 2012

Hukum Sambut Hari Ibu

Seperti yang semua maklum, Hari Ibu disambut pada bulan mei,minggu ke2.
tapi,ramai y kurang tahu,kurang faham atau keliru mengenai hukum menyambut hari ibu dan sejarah hari ibu.... 
di bawah ada beberapa pandangan y aku kumpul2:

_____

Hari Ibu (Mother’s Day) merupakan perayaan yang seringkali disambut oleh kita pada setiap tahun, sedar atau tidak pada setiap tahun,setiap negara di dunia ini tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Ibu sekali dalam setahun, terdapat pelbagai tarikh-tarikh hari ibu di pelusuk dunia ini, di negara yang kita duduki ini(Mesir) Hari Ibu  jatuh kepada setiap 21 Mac pada setiap tahun, manakala di Malaysia Hari Ibu jatuh  pada hari Ahad yang kedua di bulan Mei pada setiap tahun, yang jatuh pada 8 Mei 2011 tahun ini. Sambutan hari ibu pada tarikh ini merupakan tarikh yang digunapakai oleh kebanyakan negara-negara.. 

sejarah dan asal usul perayaan Hari Ibu ini.

          Asal perayaan Hari Ibu merupakan perayaan yang meraikan Tuhan Ibu atau Ibu Dewi yang dipercayai merupakan tuhan kepada beberapa bangsa-bangsa kuno terdahulu seperti, bangsa Rom Kuno dan Yunani purba. Dewasa ini, perayaan sekali setahun ini, telah berevolusi menjadi suatu perayaan yang meraikan ibu-ibu yang melahirkan kita kedunia. Terdapat banyak tokoh pencetus kepada “Hari Ibu Moden” seperti  Julia Ward Howe yang merupakan negarawati Amerika yang terkemuka yang juga merupakan sosialis dan komposer kepada beberapa syair-syair serta bahan penulisan di Amerika. Beliau menjadikan 8 Mac sebagai Hari Ibu bagi menghargai kaum Ibu yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi dunia.

Selain itu, seorang lagi pengasas bagi hari ibu ialah, Anna Jarvis, beliau mengasaskanHari Ibu, dua tahun selepas kematian ibunya, yang merupakan pengasas kepada Kelab Ibu Berkerja di beberapa bandar di United States, Anna Jarvis telah mengadakan kempen mengadakan “Hari Ibu” dan menjadikan hari ibu sebagai hari cuti yang diakui, beliau telah mengasaskan Hari Ibu pada minggu kedua di bulan Mei.

Apa pandangan Islam tentang Hari ibu?

Terdapat pelbagai pandangan para ulama’ dalam menyambut hari Ibu ini, seperti, HARAMMAKRUHdan HARUS.Kepelbagaian dalam pandangan para ulama’ ini, adalah disebabkan perbezaan titik pandangan individu berdasarkan KEADAAN SETEMPAT.

Menurut pandangan Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, hukum menyambut Hari Ibu adalah HARAM. Berdasarkan pandangan beliau beliau menyatakan bahawa perayaan dalam Islam hanyalah Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha dan Hari Penekanan iaitu hari Jumaat, oleh itu perayaan selain daripada tiga ini adalah bid’ah berdasarkan hadis rasulullahsallalahualaihiwassalam:

“Barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (bagian) darinya maka hal itu tertolak.” (HR. Bukhari Muslim)

Dan
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang tidak kami perintahkan, maka hal itu tertolak.” (HR. Muslim)

Dan tambah beliau lagi, kita harus berbangga dengan agama kita yang telah disempurnakan oleh Allah yang maha Esa, dan menurutnya lagi Ibu lebih berhak dimuliakan daripada hanya dikhususkan kepada sehari sahaja dalam setahun.

       Pada pandangan yang lain, hukum menyambut hari ini adalah HARUS, berdasarkan hadis  Rasulullah sallalahualaihiwassalam, 

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya”. (Muttafaqun Alaih)

Berdasakan hadis di atas, amalan yang tidak berdasarkan semata-mata kerana Allah tidak akan mendapat ganjaran pahala, dari apa yang kita niatkan itulah hasilnya, begitu juga dengan perayaan Hari Ibu ini, jika didasari dengan niat untuk memuja selain Allah yang Esa maka itu adalah kekafiran yang nyata. Di Malaysia, Hari Ibu disambut adalah bertepatan dangan hadis Rasulullah sallalahualaihiwassalam :

Telah bersabda Rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : “Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian  siapa? Berkata Rasululah : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata Rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu” (Muttafaqun Alaih)

Dan firman Allah:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”. [ Al-Isra’: 23]

Serta,
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan”. [Al-Ankabut: 8]

Berdasarkan hadis rasulullah sallalahualaihiwassalam  dan firman Allah maka menyambut Hari Ibu, secara tidak langsung dapat mengingatkan kepayahan dan jerih perit yang dilalui oleh ibu bapa untuk membesarkan dan mendidik anak mereka mengikut acuan yang sebenarnya. Memandangkan keadaan masyarakat Malaysia yang semakin teruk mengikut cara hidup barat yang keterlaluan, maka Hari Ibu merupakan antara cara yang baik untuk menyedarkan sebuah masyarakat yang alpa untuk beramal mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama sepertimana yang disebut oleh Syeikh Siddiq Al-Minsyawi di dalam kitabnya Syarhu Al-Arbain An-Nawawiyah, apabila terdapat sesuatu perbuatan dan ianya diiringi dengan niat maka perbuatan itu dilakukan di atas 3 keadaa
    • Amalan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT. 
    • Amalan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT. 
    • Amalan yang dilakukan adalah kerana malu kepada Allah dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya beribadat kepada Allah SWT.

Kesimpulannya

Kesimpulanya dari sudut pandang penulis sendiri, menggembirakan ibu dengan cara meraikan Hari Ibu adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam, manakala menyambut Hari Ibu untuk memuja selain Allah yang Esa adalah kekufuran yang nyata. Maka tidak salahlah bagi kita untuk menggembirakan ibu kita dihari ini dan jangan pula dilupakan ibu kita perlu sentiasa kita hargai sepanjang masa. Jangan lupa hubungi ibu yang berada di mana sahaja mereka berada, dan jangan dilupakan ayah yang dihormati, Selamat Menyambut Hari Ibu.

_______________________

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).
(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .
3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.
4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:
1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan  yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.
5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:
“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”
6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:
Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.
7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:
Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”
8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:
1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.(Sumber: UBM)
-  KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR -
SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.
2. Sambutan yang baik  adalah dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.
123. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.
4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.
5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.
6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.
7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.
8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.
9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.
10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.
PENUTUP.
Harus diingat, mengamal  dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran
kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan  semoga dengan adanya garis panduan
seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutanHariBapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.
Disediakan oleh:
Jabatan Mufti Negeri Selangor.

________________
Ustaz Azhar Idrus:

-Menyambut Mother Day adalah haram

-Hari Ibu ialah Hari Mother Church / Ibu Gereja Kristian. Siapa nk smbut, 
silakan. Siapa takut rosak akidah, jgn smbut.

nak tahu lebih lanjut, boleh tengok SINI




__________________________


jangan pula ada y mempersoalkan,kenapa boleh jadi khilaf,mcm2 pendapat.
punca ulama mempunyai pandangan yang berbeza2 pun di sebabkan dalam islam, untuk menentukan hukum, kita mempunyai beberapa kaedah feqah seperti:
1-al-umur bi maqosidiha(segalanya bergantung pada niat), 
2- al-yaqin la' yuzalu bi syak (yakin tidak blh dhilangkn dgn syak)
3- al-dhororu yuzalu ( kemudharatan wajib dihapuskan)
4- al-masyaqoh tajlibu al-taisir (kesukaran mmbwa ksenangan)
5- al-adat muhakammah ( hukum adat)
jadi,,setiap ulama yang mengeluarkan hukum tu,ad sebab tersendiri y mana mengambil kira semua aspek, seperti keadaan semasa,adat setempat tanpa bercanggah dengan al-quran wa sunnah dan bukan perkara yang melibatkan aqidah..

jadinya, terpulang lah pada diri masing2.. untuk mengingati ibu,untuk meraikan ibu, untuk menghadiahkan ibu sesuatu,untuk bersama ibu, tidak perlu mengkhususkan apa2 hari, setiap hari pun boleh.. tapi,segalanya bergantung pada diri sendiri la.. guna aqal, tanya iman.. ^__^

No comments:

Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC). Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini. Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sek...