Sunday, April 28, 2013

bila cinta manusia diperjudikan

assalamualaikum....!!

wah..tajuk,macam penulis profesional...(insyaAllah satu hari nanti)

sebenarnya x berniat untuk mengulas panjang mahupun pendek.. tapi nak letak kata2 yang aku baca dari blog ustazah Fatimah Syarha. satu perkongsian untuk diri sendiri dan semua, terutamanya untuk remaja2 yang resah,gelisah, mabuk dengan cinta lelaki yang bukan halal untuknya!! ataupun hati tengah berduka,sehingga tak mampu nak melakukan apa2..dirasakan dunia ini terhenti,tiada yang menarik, mungkin juga yang sedang menangis sekarang, tertekan, sakit hati!! juga ditujukan untuk insan yang sedang memendam perasaan,rindu,cinta.. low confident kah bila tidak mempunyai "teman" istimewa disisi seperti kawan2 yang lain?? sedikit pencerahan dan pujukan yang penuh kasih sayang dari ustazah FS

"Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah,
suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal.
Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan
remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. 
Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah
untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda
mendapat seruan, yakinlah.


 Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah
 ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai
 cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi.
Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

 Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah
dan teruskan berusaha.Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki
dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu
yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.
Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun
pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah
menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.
Teruskan berusaha!
Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila
 seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah, kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. 
Dengarlah pesanku,
cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan.
Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu
untuk lelaki yang baik,begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26).
Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian
peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'.
Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai,
si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu
yang dimurkai Ilahi.
Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki.
Lupakan segala kegundahan.
 Ubatilah resah di hati.
Dekatkan diri pada cinta Ilahi,
nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki.
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan"

No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..