Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum..
walaupun terlambat sikit untuk ucap n post entry hari guru,tapi aku tetap bersemangat nak citer pasal hari guru ni. Tadi pun dah wish kat cikgu2 aku yang mna ada contact la..walaupun dah hampir 2tahun meninggalkan alam persekolahan,tapi aku tetap selalu akan ingat guru2 yang mngajar dan mendidik hinggga ke ipta ini..walaupun tiadalah sehebat n secemerlang mana,tp sekurangnya berbaloi jugak segala ajran mereka..aku memang rindu alam persekolahan dan guru2 sek rendah dan mnengah..
kat universiti pun ada pensyarah yang tugasnya sama jugak dengan guru,tapi pendekatan mereka pada pelajar berbeza..

   Jika dilihat guru sekolah rendah memang cakna,tugas mereka mmg berat,menjaga kelas, membuat jadual tugasan pelajar,jadual kelas,tugas mencatikkan kelas juga terletak dibahu guru, Ini pada zaman aku lagi sekitar akhir 90-an dan awal 2000...ini kerana murid2 tidak matang dan tidak tahu untuk menguruskan kelas..setakat membatu guru menampal hisan2,langsir dan perlatan lain. Jamuan kelas,semua guru yang urus,murid just bagi duit dan tolong buat persiapan..Pada rumusannya guru sek rendah lebih cakna,jika murid nakal atau tidak melakukan homework mesti kena denda scara fizikal spti berdiri,rotan,cubit2 untuk perkara biasa..pada pendapat aku adalah ini kerana ingin memdidik pelaja2 ini..sept kata pepatah melentur buluh biar dari rebung..

  Menginjak pula alam sekolah menegah,lain suasananya. Lebih matang.. segalanya diuruskan sendiri..pada mulanya aku terkejut juga,masuk kelas bila semua sudah dilantik,guru kelas cuma memberitahu,ketua kebersihan sediakan jadual bertugas,penolong sediakan jadual kelas, ketua keceriaan dan ajknya sila berbincang cara untuk menceriakan kelas,alas meja macam mana, langsir, dan lain2.. terkejut juga aku sebenarnya..xbiasa..mcm mana nak buat..nak2 yang part langsir tu,mana nak cari..tapi sebenarnya itu mengajar kita berdikari,bagaimana nak selesaikan tugas,mengenal apa erti tanggungjawab. Begitu juga ketika ada jamuan,spti jamuan akhr tahun,semua pelajar yang uruskan,cuma berbincang dengan guru kelas bila nak adakan majlis tu,macam mana pengurusannya.. makanan,peljar yang tempah,semua tu kena pikir,kena guna akal tang bijak,cari kedai mana yang boleh menghantar makanan terus ke sekolah.jika tidak,siapa yang nak ambix makanan tadi..persiapan tempat juga sama,pinggan,gelas, jemputan pada guru2.. semua memerlukan rancangan yang teliti..bagi aku sekolah mnengah mengajar kita lebih bertanggungjawab,berdikari.. Guru sekolah menengah juga prihatin dan cakna,tapi pendekatan mereka berbeza dengan guru sek rendah..ini kerana mereka perlu menguruskan lebih ramai murid berbanding guru sek ren..cara dan pendekatan mereka terhadap pelajar juga lain,seperti adik dan kakak atau ibu dan anak remaja..tiada lagi rotan,denda fizikal..hanya pendekatan psikologi,nasihat..kerana pelahar sek men sudah dikira matang,mampu membezakan baik dan buruk..

  Berbeza pula di universiti..sangat berbeza..pertama kali menginjak kaki di bumi ipta,terasa mmg berbeza,tambah lagi pertama kali masuk kelas.. universiti lebih bebas, dari segi pakaian,tiada lagi uniform sekolah,tiada buku teks yang perlu dibawa n berat,jadula lebih bebas,tudak terikat, masa kuliah yang berbeza2 setiap hari,hanya paling banyak just 3 kelas sehari..tiada homework setiap hari.. begitu juga dengan guru atau dipanggil pensyarah di universiti. Tiada bebelan dari mereka. Pensyarah masuk kelas dan terus bersyarah. Jika pelajar tidak memberi tumpuan,tidur atau bermain2,tiada teguran seperti di sek men,tiada herdikan seperti d sek ren..para pensyarah terus menyampaikan isi kuliah tanpa mempedulikan mereka,cuma segelintir pensyarah sahaja yang tidak boleh melihat pelajar sedemikian dan menegur Cuma jumlahnya terlalu sedikit. Namun bukan aku ingi mengtakan pensyarah tidak prihatin atau cakna. Tapi mereka juga mempunyai pendekatan yang berbeza.. Sebenarnya pelajar universiti terdiri dari peljar berumur 17tahun keatas. Jika dilihat umur sedemikian sudah dewasa,matang,boleh berfikir denagn baikmtahu mana buruk dan baik. Jadi tidak perlu pensyarah memarahi mereka,kerana tiada gunanya.. kerana sudah tahu perkara yang mereka buat itu salah. Jdi mereka perlu berfikir sendiri. Di universiti,hanya untuk orang yang mahu belajar dan rajin berusaha,pensyarah juga hanya mengjar orang yang mahu belajar..

   Tidak lupa juga kepada guru agama.. ustaz dan ustzah yang mengahar al-quran yang membawa kita mngenal huruf jawi,tahu baca quran,khatam al-quran,tahu hukum hakam agama.. sebenarnya sejak kecil sebelum dihantar kesekolah kita terlebih dahulu dihantar mengaji oleh ibu bapa(pada kebiasaanya dan kebanyakannya) walaupun dihantar ke rumah guru di kampung sahaja,belajar dengan guru kampung,yang tidaj masuk universiti atau mempunyai sijil2,tapi itulah guru yang perlu kita hormati lebih dari yang lain. mereka ini mengjar ilmu agama,ilmu Allah..tambah2 lagi yang ikhlas mengajar tanpa mngenakan bayaran.. sesunggunhya ilmu agama itu tidak boleh diukur dengan segulung ijazah,master atau spm sekalipun..itu adalah ilmu yang paling mulia dan tinggi.. hanya yang betul2 ikhlas dan cintakan pada agama islam dan Allah sahaja yang mampu mengajar ilmu tersebut.

  Sebagai kesimpilanya, guru tadika,sek ren,sek men atau pensyarah mempunyai tanggungjawab masing2..lebih tinggi tahap lebih besar tanggungjawab, Kita nampak mudah tugas seorang guru/pensyarah/ustaz,tetapi sebenarnya mereka banyak bermain denagn emosi,hati dan fikiran.. kita seharusnya berterima kasih pada mereka yang telah mendidik kita semua sehingga ketahap ini.tahu abc,alif ba ta.. sekurangnya berjaya menjadi manusia berguna..

   Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru pada semua guru yang telah mengajar aku. bermula ketika belajar mengaji muqoddam denganarwah toki aku dan guru agama dikampung,sehingga aku dapat mengingati surah2 pendek,seterusnya guru agama yang mengajar aku iqra',yang membuatkan aku boleh mengaji al-quran, tidak lupa guru tadika aku, seterusya guru sek rendah,mendidik aku menjadi dewasa,guru sekolah menengah yang menjadikan aku lebih bertanggungjawab dan berdikari,tidak lupa pada pensyarah di universiti yang menjadikan aku lebih kuat,tabah dan cekal dalm menuntut ilmu....moga Allah merahmati kalian semua..amin.. SELAMAT HARI GURU..

No comments:

Hati Kita

Ikhlas tu payah nak sembang. Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?  Entah lah. Selalu...aku takut dengan setiap kata2, n...