Tuesday, May 11, 2010

alam maya

Salam..ni bukan nak citer drama adamya tu ye.ni aku nak shared pendapat yang mana aku just baca dari surat khabar..tajuk dia DOSA DALAM FACEBOOK.. tp bgi aku bukan just facebook,tp semua la lman web sosial yang ada sekarang ni such as facebook,friendster,myspace,twitter n so on la.. aku pun bukan kenal semuanya..aktif dalam facebook je..

Sebenarnya tiada salahnya n dosanya laman wen sosial ni or blogging sekalipun,tapi cara kita menggunakannya tu yang membezakan dapat pahala,dapat dosa atau xdapat apa2.. aku pun bimbang jugak adakah aku menggunakan laman wen sosial ni secara betul..jangan jatuh kepada hukum berdosa dah la.. Nauzubillah..

Ni antara perkara yang menyebabkan dosa dalam penggunaan laman web sosial ni..terlebih dahulu aku nak bagtau aku just shared apa yang aku baca dalam surat khabar metro ahad 9 mei 2010 lam ruangn ekpresi-an-Nur bersaman pensyarah Perbankan n Kewangan Islam UIA, Zaharuddin Abd Rahman.. detail aku bagi ni..

1)Mendedahkan keaiban suami atau isteri
   diaorang ni seperti meluahkan perasaan kecewa,sedih atau benci kat pasanagn masing2.. contohnya kalau bergaduh terus tulis kat status,ataupun apa jua kehendak yang xdapat pasangan penuhi luah kat status web sosial tu. Dari status tu pulak timbul banyak respon n komen2 dari kawan. Itu seperti membuka pekung didada sendiri sedangkan perihal rumahtangga tidak boleh diceritakan sewenangnya. Segala masalah perlu rujuk pada ustaz,ustazah, atau kaunselor rumahtangga yang mana dilakukan secara tertutup.

2)Terlebih gambar
   terjadinya dosa bila ramai yang memuji kecantikkan seseorang itu dan ini dikhususkan pada wanita. lebih  nenghairankan lagi ada yang telah bersuami dan suami seperti redha dengan perbuatan isteri itu,dan lelaki di luar sana yang melihat gambar itu memberi pujian malah bergurau senda serta membuat lamaran nafsu.

3)Penyamaran
   Ada lelaki menyamar sebagai wanita untuk mendapatkan maklumat wanita yang dikehendakinya. ini kerana ada sesetengah wanita mengunci gambarnya dan hanya rakan perempuan atau yang dikenali sahaja boleh akses pada gmbar tersebut,jadi apabila menyamar sebagai wanita ini membolehkannya mengakses gambar wanita tersebut

4)Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan
   Ada juga lelaki yang menyimpan dam memuat turun gambar wanita2 sebagai koleksi peribadinya. Terlalu banyak gambar wanita cantik dan jelita di dalam akaun web sosial,dan mereka boleh memilih mana2 gambar yang dingini. Dan wanita ini pula lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendaptkan pujian. Ini juga boleh menjadikan kekecohan dalam rumahtangga jika gambar anda disimpan oleh lelaki yang telah beisteri.

5)Tandakan gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat
    Tnda gambar atau tag ini dilakukan untuk meluaskan penyebaran gambar..yang mana menjadi dosa ialah:
    a-sebahagian gambar terbabit mungkin gambar silam sewaktu salah seorang didalam gambar itu tidak menutup aurat,tapi kini dia sudah menutup aurat,jadi penyebaran gambar yang tidak menutup aurat adalah haram
    b-gambar yang dimuat turun mungkin diambil didalam rumah dan aurat tidak ditutup dengan sempurna, akibat ketidak prihatian anggota keluarga yang lain,gmbar itu tersiar dan mengaibkan. Apabila seseorang yang ditanda didalam keadaan tidak menutup aurat,sepatutnya tanda itu perlu dibuang,walaupun gambar itu masih kekal,tetapi tiada sebarang pengenalan. Ini adalah tindakan paling kurang boleh dilakukan.
    c-gambar yang mengaibkan orang lain. mungkin gambarnya dalam keadaan elok,tetapi gambar rakan pula dalam keadaan terbuka aurat atau mengaibkan. Lebih memalukan jika org yang didalam keadaan mengaibkan itu sekarang adalah orang ternama,ini mencemarkan namanya.

6)Mengutuk diri sendiri dan kebaikan
   Ada pula yang sebelum ini baik,warak dan berpakain menutup aurat,tapi mengikut peredaran masa dan zaman dia telah berubah menjadi lebih moden dan aurat tidak ditutup dengan sempurna. Apabila tersiar gambar lamanya,dia seolah2 mengtuk diri sendiri kononnya itu gambar sewaktu kuno, zaman solehah, zaman suci dan sebagainya. (bagi pendapat aku,ini juga menunjukkan seolah2 memperolokkan islam). Tanpa dia sedari,dia telah mendedahkan keaiban sendiri.

Kesimpulanya laman web sosial ini boleh jadi sumber pahala jika digunakan dengan betul dan boleh jadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu. Niat untuk mendekatkan ukhwan dan mencari rakan lama atau baru itu sesuatu yang bagus,tapi ini tidak boleh dihalalkan dengan sembangan mesra antara perempuan dan lelaki yang bukan mahram atau antara suami dan isteri orang.

   Jadi,ini conclusion dari aku plak,tidak salah untuk kita mencari kenalan dalam fb,fs,ms ke.. asalkan tahu batasnya,terutama pergaulan dan percakapan dengan yang bukan muhrim. Jangan terlebih2. Aku juga harap cara kita menggunakan laman web sosial ini adalah tidak mendatangkan dosa..amin.. moga2 ada yang mendatngkan kebaikan pada diri sendiri mahupun orang lain dan yang lebih hebat jika mampu mencapai redha Allah dan diberikan pahala olehNya..sekian..



  

No comments:

Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC). Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini. Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sek...