Monday, December 22, 2014

kesayangan sentiasa

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum.
Sedikit kekok..lama tak menaip untuk blog. Dah berapa bulan dah ni tinggal blog kesayangan. Walaupun lama tak up entry baru, tetap jenguk and ingat sentiasa.. tiba2 ayat berubah menjadi skema..haha..

Sebenarnya terfikir-fikir jugak la, apa benda yang sibuk sangat sampai susah nak update blog walaupun 1 entry sebulan kan.. sebab banyak sangat cerita nak kongsi.. luahan perasaan yang ingin di bebelkan disini.. mungkin  salah satunya sebab ada instagram, senang..up satu gambar,status..done. tapi,sebenarnya blog tetap best untuk aku yang suka taip panjang2 dan banyak cerita ni. Lepas ni nak cuba la…update selalu macam dulu2. Rindu blogging.. blogwalking..lama dah tak baca blog2 kawan2.. yang aku still baca and follow sampai sekarang, satu je.. blog kak D.. yang lain tak sempat.. blog ni pun nak buat renovation nanti..
Blogging ni..bagi aku sangat best.. aku suka menulis. Tak kisah orang tak baca cerita kita. Tapi bila kita tulis,kita rasa lega.. memang tak semua akan di ceritakan, tapi rasa best bila berkongsi walaupun sedikit.. hilang tekanan ada jugak.. 

Sekarang tengah study week, tapi assignment belum siap..haha.. nooo,bukan kes last minute punya kerja..tapi memang assgmant tu dibagi last minute..and agak tough.. aku redha je.. dah penat dah dengan subjek ni. Cuba buat sebaik mungkin yang mana termampu.. harap Allah bagi yang terbaik.. doakan aku kawan2 sekalian.. moga dapat flying score untuk sem ni.. amin!!

till then.. :-)

No comments:

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

Hai... another giveaway. Jom join. Semoga berezeki..aminn. Click gambar diatas untuk join ya...