Thursday, January 24, 2013

Sayang Rasulullah

Assalamualaikum ^^

12 Rabiulawal tahun gajah, maka lahirlah kekasih Allah, yang diberi nama Muhammad ibnu Abdullah. ( Walaupun,ada khilaf tentang tarikh lahir/wafat Rasulullah ni..tapi,tetap bulan Rabiulawal)

Baru je belajar fiqh sirah sem lepas.. ya,belajar fiqh Rasulullah ni sepanjang hayat,dari kecik sampai besar,tapi untuk pengajian formal tetap kena ada kan..dalam silibus2 buku teks tu.. kalau tak...hurmm..yang memang jenis rajin dan berminat dengan ilmu,boleh la diaorg cari buku2.. yang malas nak belajar sendiri tu,kena lah buat "paksaan" bagi dorang blaja.. at least ada jugak asas.. Daripada yang aku belajar sem lepas, macam banyak la jugak dapat pengajaran2 tu.. dulu pun blaja masa sekolah rendah,menengah,tadika, n dari kecik lagi didedahkan..tapi,masuk peringkat universiti,lebih mendalam..dan fikiran kita masa ni lebih matang..belajar tanpa paksaan. untuk peringkat yang lebih tinggi ni, ada tutorial,time tu lah..semua kena peka..sebab ada soal jawab, diskusi sesama kita.. Ustaz just bagi tajuk,sila lah semua buat perbincangan.. kat sini,tak lah aku nak cerita biodata Rasulullah secara terperinci,sebab semuanya sedia maklum kan..

Sekadar ringkasan: Rasulullah lahir dalam keadaan yatim piatu, ayah Nabi meninggal semasa Nabi dalam kandungan lagi. Lepas je lahir, kalau  tak silap, ibunya sempat menyusu 2 bulan (kalau salah betulkan), lepas tu diserahkan pada ibu susuan, Suaibah dan yang paling lama Halimatus Sa'diah. Sebab memang tradisi masyarakat Arab yang menyerahkan anak mereka untuk disusukan dan dididik di kampung,tempat yang bersih,segar dan aman. Dan selepas tu, Halimatus Sa'diah pulangkan Nabi kepada keluarga, selepas peristiwa pembelahan dada Rasulullah. yang ni berlaku semasa Nabi berumur 4tahun, tengah bermain2 dengan kawan2, malaikat Jibril turun membelah dada dan membersihkan hati baginda dengan air zam zam. Tujuan? ya,untuk membersihkan hati baginda sebagai persediaan untuk menjadi Rasul Allah nanti,dan menjadikan Rasulullah sebagai seorang yang maksum. Secara ringkasnya, selepas dikembalikan kepada keluarga, ibunya meninggal(nabi berumur 6 tahun), datuknya meninggal (nabi berumur 8tahun)..selepas tu Nabi dijaga oleh bapa saudara, Abu Talib.. bersama bapa saudaranya Nabi belajar berniaga, berkerja dan hidup berdikari. Sebab ditakdirkan ibu bapa baginda meninggal dunia adalah memang satu perancangan Allah,yang mana untuk menjadikan Rasulullah seorang insan yang cekal,tabah dalam menghadapi ujian,dugaan. Sebab dimasa akan datang,apabila dilantik menjadi Rasul,baginda akan menghadapi pelbagai dugaan. Dibincangkan oleh para ulama' juga, ditakdirkan Rasulullah menjadi yatim piatu ni,salah satunya sebagai menolak dakwaan orang kafir/yahudi, yang mengatakan ajaran islam yang dibawa Rasulullah adalah bukan dari Allah,ianya direka dan dipelajari oleh ibu bapa baginda. Jadi,itu lah salah satu sebab,hikmah Rasulullah ditakdirkan menjadi yatim piatu serta "ummi". Sehingga lah baginda berumur 25tahun, berkahwin dengan Saiditina Khadijah. Saiditina Khadijah yang mula dahulu menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Nabi,disebabkan terpikat dengan peribadi Rasulullah. Baginda dilantik menjadi Rasul semasa berumur 40 tahun. Ketika itu, Rasulullah sedang berkhalwat/beruzlah di Gua Hira'. (berkhalwat tu bermaksud mengasingkan diri dari orang ramai..dan Nabi berkhalwat  dan beruzlah di Gua Hira untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dan membina hubungan dengan Allah. pada zaman sekarang ni, beruzlah tu adalah solat,yang mana sebagai satu penghubung kita dengan Allah. selepas turun wahyu,dilantik menjadi Rasul, diperintahkan solat 5 waktu,Rasulullah xlagi berkhalwat dan beruzlah). Wahyu pertama dari surah Al-Alaq. Maka,dari situ bermula lah, dakwah Rasulullah,mengajak manusia kearah kebenaran, kembali kepada agama Allah yang benar,agama Islam. Bukanlah senang untuk menyebarkan islam kepada orang ramai pada masa tu,tambah2 lagi masyarakat arab Jahiliah masa tu,sangat taksub dengan penyembahan berhala. Ditambah dengan tentangan dari golongan Yahudi. ya,golongan yang sangat sombong,takbur dimuka bumi ni. Mereka yang pada asalnya pemegang kitab Taurat, tertunggu2 Nabi akhir zaman,sebab Allah dah ceritakan dalam kitab terdahulu, Taurat,Injil,Zabur, akan muncul Nabi akhir zaman yang mana ciri2 tu memang lengkap dinyataka dalam kitab terdahulu. Orang Yahudi ni dan pengikut kitab yang terdahulu tu, memang tertunggu2 dan akan mengikut ajaran Nabi akhir zama.Tapi,bila mereka tahu yang Nabi akhir zaman ni,bukan datang dari kaum mereka,bani israel, maka mereka menentang. sebab? mereka rasakan,kaum mereka lah yang paling kuat,hebat,bukan kaum/bangsa lain. berlaku la perubahan2 dalam kitab zabur,injil yag ditukar oleh rahib2/pendeta mereka masa tu,dengan tujuan supaya pengikut2 mereka yang akan datang, tak ikut Rasulullah. Boleh bayangkan,betapa susahnya Nabi nak sebarkan islam masa tu. tapi akhirnya berjaya jugak,bermula dengan pembukaan negara islam pertama di Madinah. seterusnya,berjaya masuk Mekah kembali,membersihkan segala amalan jahiliah dan menentang musuh2 islam. semua ni,dicapai dengan banyak keperitan. Hinggalah, tahun ke-11 hijrah, Rasulullah wafat.Yang mana ada riwayat yang menyatakan Nabi meninggal pada tarikh yang sama dengan kelahirannya, bulan Rabiulawal,hari isnin. (sebab tu, ada pelbagai pendapat tentang hukum sambutan Maulidurasal,sebab dinyatakan seolah2 kita meraikan hari kewafan baginda juga..nauzubillah.. tapi,niatkan dihati kita semua,sambutan ni untuk lebih lagi mengingati Rasulullah dan kalau benda ni bid'ah,biarlah menjadi bid'ah sunni..) Tapi sebelum tu, Rasulullah sempat menyampaikan khutbah terakhir di atas bukit Uhud,Arafah selepas menyelesaikan Haji Wida'(haji terakhir/selamat tinggal)pada tahun ke10 hijrah.  selepas kewafatan Rasulullah,perjuangan islam disambung oleh para sahabat dan khalifah. Waallahualam. kalau ada yang silap,minta diperbetulkan,mungkin ada tersalah maklumat atau terlupa..

antara isi kandungan dalam khutbah terakhir Rasulullah,boleh tengok video diatas,atau mana2 video..gugel pun blh..

nak cerita pasal perbincangan aku and the geng dalam kelas tutorial, antara persoalan2 yang dibincangkan adalah:
1) bagaimana untuk memupuk sifat sayangkan/ingatkan/jadikan Rasulullah sebagai idola kepada kita semua hari ni?
2)cara nak terapkan sunnah Rasul pada anak2 muda hari ni..dan orang tua jugak..
- (untuk soalan 1,2 caranya lbh kurang sama je, didikan dari kecik,ibu bapa memainkan peranan..cuba dari kecik kita ceritakan sirah nabi kepada anak2,biar dia rasa dekat sangat dengan Rasulullah,dan rasa sayang.dan banyak lagi kan cara2 lain,selebihnya bergantung pada diri kita.. ibu bapa bg didikan ckup dah dari kecik,tp bila besar kalau rasa xnak ikut,nak buat mcm mana..so,kesedaran diri sendiri yang palinga penting)
3)Nabi dibelah dada dan dibasuh dengan air zam zam untuk menyucikan hati baginda,tapi kita xkan nak bedah dada n basuh dengan air zam zam jugak kan..so,apakah cara untuk menyucikan hati kita semua?
- (paling senang dengan berzikir kepada Allah,ingat Allah sentiasa,jauhkan dari perkara2 maksiat)
4)bagaimana cara dakwah Rasulullah yang perlu kita contohi pada hari ni?
 - (dengan cara yang penuh berhikmah,walaupun dihina,dicaci,tapi Rasulullah hanya balas dengan senyuman..dan,biarlah kita yang menjadi qudwah hasanah, baikkan diri kita,agar orang senang nak ikut dakwah kita.. dakwah dengan peuh berhikmah,perlahan2 dan tidak mudah menghukum).
5)adakah konsep beruzlah/berkhalwat masih releven pada hari ini?
-  (yang ni soalan exam tahun lepas..,nasib baik xkuar dalam exam tahun ni,sebab aku xberapa pasti jawapannya..hahaa.sebab dalm buku mcm xde jawapan yang spesifik..just dinyatakan, sekarang solat itu sndiri adalah beruzlah, dan berkhalwatnya Rasulullah dahulu sebelum turunnya wahyu kepada baginda,jadi selepas turun wahyu,Rasulullah xlagi berkhalwat sebab sibuk untuk berdakwah..)

kalau sape2 ada pendapat,boleh la kongsi2.. ^__^

Salam Maulidurasul untuk semua umat islam.. tak kira lah,berapa hb sebenar kelahiran Nabi Muhammad, yang penting kita ingat baginda,sayang/cinta/kasih pada Rasulullah, ikut semua apa yang disampaikan baginda..sesungguhnya, di akhirat kelak, baginda lah, satu2nya yang akan kita cari untuk mendapatkan manfaat..
ingat pesan Rasulullah "aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara,yang mana jika kamu berpegang kepada kedua ini,nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu, AL-QURAN dan AL-SUNNAH"

#banyak2 kan berselawat.... segala perkongsian,pesanan ini adalah untuk peringatan diriku ini yang terutamanya... :-)



1 comment:

ChEnTA LiEYza said...

SALAM MAULIDUR RASUL.... sama2 lah kita mngingati Baginda...dan bselawat ke atasnya...

Hati Kita

Ikhlas tu payah nak sembang. Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?  Entah lah. Selalu...aku takut dengan setiap kata2, n...