Tuesday, January 29, 2013

I Miss You d TV9~!!

do watch K-drama I MISS YOU di tv9~!! setiap hari isnin dan selasa jam 8.30malam.. tv9 baru memperkenalkan slot Chamsarang, khas untuk cerita drama korea... dan IMY adalah drama pertama yang memenuhi slot itu.. ^___^
sila tonton..sure akan tertarik!!!!

http://www.tv9.com.my/happenings/press_release/Chamsarang_Antara_Cinta_dan_Dendam.html ~~!!


Chamsarang: Antara Cinta dan Dendam
Pada bulan Ogos yang lalu, TV9 telah menghasilkan satu slot istimewa buat peminat setia filem-filem Korean yang diberi nama Saranghae. Sambutan yang memberansangkan daripada penonton terhadap slot tersebut, telah mencetuskan idea kami untuk menghasilkan satu lagi slot istimewa bagi drama bersiri Korea yang diberi nama Chamsarang, tanpa mengabaikan slot drama tempatan tanahair iaitu Skrin Di 9, Ratu dan Aurora.
Sebagai permulaan, slot Chamsarang akan menayangkan drama bersiri yang diberi nama ‘I Miss You’, dan bakal menemui penonton pada setiap Isnin dan Selasa, 9.30 malam, bermula 28 Januari ini. Drama yang dibintangi pelakon popular Korea seperti Park Yoo-chun, Yoon Eun-hye, Yoo Seung-ho dan Jang Mi-in Ae, masih lagi disiarkan di Korea pastinya membuatkan anda terpaku di depan tv!
Drama bersiri yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang kehidupan Lee Soo-yeon (Yoon Eun-hye), yang sering dipukul oleh bapanya yang kaki mabuk. Suatu hari, bapa Lee Soo-yeon telah ditangkap kerana membunuh. Sejak itu, dia menjadi bahan ejekan dan diganggu oleh rakan-rakan sekolahnya. Lee Soo-yeon berasa amat tertekan dengan kehidupannya sehinggalah dia bertemu dengan Han Jung-woo (Park Yoo-chun) yang sentiasa menjadi penyelamatnya ketika diganggu. Tanpa disedari, mereka telah saling jatuh cinta.
Han Jung-woo merupakan anak kepada seorang ketua kongsi gelap yang berpengaruh dan mempunyai ramai musuh. Suatu hari, Han Jung-woo dan Lee Soo-yeon telah diculik oleh ibu kepada Hyung-joon. Penculikan itu adalah bermotifkan dendam. Ibu Hyung-joon merupakan perempuan simpanan kepada datuk Han Jung-woo. Kematian datuk Han Jung-woo telah menyebabkan bapanya berebutkan harta peninggalan mendiang. Namun kelicikan ibu Hyung-joon, telah membuatkan dia berjaya memindahkan sebahagian besar wang kepada dalam akaun Swiss.
Ibu Hyung-joon merancang untuk untuk meninggalkan Korea dan sebab itulah dia merancang menculik Han Jung-woo. Penculikan tersebut telah menybabkan Han Jung-woo terpisah dengan Lee Soo-yeo dan Han Jung-woo menyangkakan kekasihnya telah mati.
14 tahun berlalu dan kini Han Jung-woo telah menjadi detektif siasatan jenayah. Hasrat Han Jung-woo hanyalah satu, iaitu mencari Lee Soo-yeon Dia yakin kekasihnya itu tidak mati. Firasatnya tepat kerana Lee Soo-yeon kini telah menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal. Tanpa diduga, Lee Soo-yeon kini bercinta dengan Hyung-joon. Semasa ke luar negara, Hyung-joon telah melanjutkan pelajaran hasil duit yang diambil oleh ibunya daripada keluarga Han Jung-woo. Kini, Hyung-joon merupakan seorang yang kaya dan berjaya dalam hidup.
Sekian, lama berada di luar negara, akhirnya Hyung-joon pulang ke tanahair. Namun, kepulangan Hyung-joon hanyalah untuk membalas dendam terhadap keluarga Han Jung-woo kerana bapa Han Jung-woo telah membunuh ibunya akibat daripada perebutan harta. Untuk mengelak daripada dikesan, Hyung-joon telah menyamar sebagai Harry Borrison.
Berjayakan Hyung-joon dengan misinya? Dapatkah Han Jung-soo mencari kekasih hatinya Lee Soo-yeon? Semuanya akan terjawab di dalam Chamsarang ‘I Miss you’ yang bakal menemui anda semuapada setiap Isnin dan Selasa, 9.30 malam bermula 28 Januari ini


1 comment:

redbox said...

Dah tgk IMY tu. Terrsgt best! Wah..TV9 berani berbelanja besar utk series IMY..sbb tu kan one of the latest drama kat Korea. Apa pun sy ucapkan 'good job'! So ramai la akan tertarik ke tv9 :) check out kat dramacrazy.net. Ada list out semua latest korean & Japanese series + rating.

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...