Thursday, January 31, 2013

kerana..kita semua adalah baik




Terjumpa kata-kata ni dekat FB tadi..kata-kata yang sangat bermakna kalau kita nak muhasabah diri sendiri ni.. sekarang ni,ramai yang tahu menghukum sahaja,tengok tak kena terus mengata..buat kesimpulan..padahal kalau nak menasihati,nak menegur,ada caranya kan.. tegur/nasihat tak berhikmah tu satu hal,yang lebih teruk bila kita ada nak tegur2 dia balik, tak nak terima..biasalah,orang macam ni dia tahu menghina orang saja,sebab dia rasa dia yang terbaik!! so,tak boleh tegur dia..hanya dia yang layak tegur orang.. aku tak kata sape2..secara umum and untuk diri sendiri jugak..ya,mungkin kita pun pernah buat macam ni.. contoh lah kan, kalau aku ni bertudung..tengok orang yang tak pakai tudung, akan datang jugak dalam hati ni, eh,dia tak rasa pape ke tak pakai tudung tu..tak tahu dosa ke..memang akan datang andaian2 macam tu..tapi cepat2 lah kita tepis,fikir postive, bukanlah fikir positive tu maksudnya kena cakap,tak pe tak pakai tudung pun,dia xready la tu.xdapat seru lagi..rasanya xboleh cakap macam tu kan,sebab seru ni dah lama sampai.. so, berdoa lah,moga2 dibuka pintu hatinya,moga2dia dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa..berdoalah juga untuk ketetapan iman pada diri sendiri.. hati kita boleh berbolak balik..andai kita rasa kita dah berada ditempat yang betul, berdoalah agar ditetapkan dan dijauhkan dari kembali ke jalan yang yang salah.. sama jugak dengan kes2 lain...berkaitan dengan adat ke.. kawan malas study, cuba la ajak2 dia study,xpun bagi contoh baik..jangan terus mengumpat,mengeji dia..

Sama jugak,kalau orang tegur kita...terima lah dengan seadanya.. walaupun kita rasa kita lebih baik dari dia..kita kaki surau, roomate tu kaki laptop 24jam.. dia tegur kita suruh ubah cara percakapan ke,cara pergaulan dengan orang ke..terima lah..ataupun, kita ni setiap tahun masuk dalam dean list..top5 lagi,pandai.. bila masa nak buat kerja group, member2 lain bagi idea,boleh ambil kalau best..jangan nak ikut kepala kita je..walaupun member2 tu bukan dalam top5..rzult pun 2.5 je.. sebab setiap orang tu ada kelemahan,dan kelebihan masing2.. masing2 saling melengkapi kan..

Teringat seorang kawan,adik la dari aku.. classmate untuk degree ni.. 1st masa jumpa dia dalam kelas, hari 1st, dia sorang je datang kelas dengan seluar jeans,baju memang ikut body la walaupun labuh sampai ke lutut.. peraturan U aku memang pakai baju kurung untuk yang islam dan berpakaian sopan,baju labuh dari punggung untuk yang non-muslim.. jeans adalah dilarang sama sekali.. tapi tetap ada je yang pakai,esp lelaki..tapi xlah nampak pelik sangat..just,kalau perempuan pakai barulah nampak pelik sangat,dan orang akan tengok sinis,sebab tak ada orang buat..tambah2 lagi course aku ni dibawah pengajian islam..orang cakap course aku,macam 2 alam..sebab ada islamik,ada barat..haha..course apa??nak tahu boleh msj..mmg best course ni..hehe.okey,berbalik pada kawan tu..memang pada mulanya tengok pelik lah semua..tapi diamkan jelah..tetaplah juga berkawan,sebab aku bukanlah rasa nak pinggirkan orang dengan sebab dia macam tu..mungkin dia tak tahu..dengan pakaian dia mcm2 fesyen,tak segan tak takut pakai seluar(jeans) datang kelas,termasuklah masa kelas agama..solekan tu,kalah artis..buat ukiran rama2 n mcm2 la tepi mata tu.. lepas tu,timbul pulak kes dia kapel2 ni..dengan budak sekelas jugak..macam belangkas,berkepit je dua orang tu..dating 24jam kot..pakai baju sama hari2..dengan panggilan manja..memang terkenal la dia tu dalam Fakulti aku ni..semua kenal,sebab selalu bersama..xkurang jugak yang mencaci,menghina, mengumpat apatah lagi.. aku pun masuk jugak la kot sikit2..haha..tapi tak lah teruk sangat..memang naik menyampah jugak kan,tapi masih pikir positive..dia tak tahu..!mungkin suasana dia dibesarkan,persekitaraan dia, pergaulan dia dahulu memang macam tu..dia tak tahu apa yang benarnya..kita berdoa la banyak2 moga dia ditunjukkan ke jalan yang Allah redhai.. sampailah,masa minggu exam hari tu..sangat2 terkejut jumpa dia di luar dewan..!! Alhamdulilah,tu je yang boleh cakap masa tu.. sangat lain..dia pakai jubah,dengan jilbab labuh!!!labuhhh...labuh dari orang2 yang duk mengata dia sebelum ni!!!  muka suci bersih tanpa solekan..sangat cantik.. see? bagaimana orang tu dihari yang akan datang kita tak tahu kan..berpada2 la nak mencaci.. lebih baik berdoa untuk dia and kita dari terus mengutuk..jangan rasakan diri kita ni terlalu baik,hebat sampai rasa tak perlukan nasihat,teguran..~ sama2 muhasabah diri masing2...nasihat menasihati lah dengan baik dan dengan kasih sayang, kerana kita semua dilahirkan dengan fitrah yang suci,bersih dan baik..^___^

No comments:

Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC). Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini. Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sek...