Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan ~~^^~~

Assalamualaikum~~~

Salam Ramadhan untuk semua muslim..
insyaAllah, esok sabtu 20/7/2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 hijrah.
apa yang diharapkan, moga2 Ramadhan kali ni kita dapat lakukan yang terbaik..
seperti yang kita tahu.. Ramadhan, bulan penuh kemuliaan, penuh keberkatan..
bulan yang Allah tawarkan pelbagai  peluang untuk rebut..
ganjarannya?? diakhirat kelak kita akan dapat..atau mungkin di dunia juga Allah akan bagi untuk kita.. yang penting, ikhlaskan hati berpuasa, meninggalkan laranganNya, melakukan suruhanNya, mengikut sunnah Rasulullah S.A.W, perbanyakkan amalan sunat.. insyaAllah akan mendapat ganjaran yang besar dariNya.. dan yang penting juga, dari keikhlasan itu, adalah untuk mendapat redhaNya.. dalam apa jua yang kita buat,dan untuk siapa jua kita lakukan, yang paling penting adalah untuk mendapat keredhaan daripada orang itu kan?? baru kita dapat apa yang kita nak dengan berkat....
sama2 lah kita meningkatkan apa yang patut kita tingkatkan..dan kurangkan apa yang patut kita kurangkan..dan..tinggalkan apa yang patut kita tinggalkan.. diberikan aqal dan fikiran untuk kita membezakan mana yang baik dan buruk bukan??? peringatan untuk diri sendiri yang terutamanya... >__<

Di kesempatan ini juga aku nak mohon maaf kepada semua.. andai ada salah silap yang sengaja atau tidak.. sememangnya kita tak akan terlepas daripada melakukan kesilapan kan? lapangkan dada, bersihkan hati..sama2 kita saling maaf memaafi dan berdoa untuk semua dan diri kita agar dikurniakan kekuatan untuk menjalani ibadat rukun islam ke3 ini.. amin~~



No comments:

Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC). Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini. Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sek...