Sunday, July 22, 2012

Ramadhan- Projek Masak2

Semalam..1st day puasa..
biasa la kan.. puasa,makanan tidak dapat dipisahkan..
kadang2 bukan nak makan sangat pun..tapi menjadi kebiasaan,adat pulak kena ada makanan tambahan yang lain..macam kuih muih,puding ke..
semalam..adik aku nak buat onde-onde atau gula melaka..
plus buat Puteri Mandi sekali..sebab adunan dia sama saja..


Blend daun pandan dengan air.. (dalam 1 cawan)

lepas tu tapis..ambik airnya sahaja

tepung pulut..ni xde sukatan..ikut resepi mak.. tepung pulut setengah bungkus tu..tambah tepung beras sikit(4 sudu).. dan sedikit air kapur.. dan air daun pandan tadi.. masukkan slow..and uli.. tak ada sukatan yang khas..ikut rasa sahaja..agak2 dah jadi doh..ok la..


jadi macam ni.. agak2 boleh dibentuk..

bulat2 kan..tekan leper..masukkan gula melaka yang dipotong dadu

bulatkan cantik2

masukkan dalam boiling water.. bila dah terapung tu,maknanya dah masak.. angkat,sejatkan,,

golekkan atas kelapa.. (kelapa muda yea..tambah garam sikit)..golek2 hingga rata..siap!!

lepas tu..kat bawah buat puteri mandi pulak.. sama sahaja adunan dia.. cumanya, kalau onde2, bulat2 kan dan letak gula melaka kat dalam.. tapi puteri mandi, just bulatkan and penyet sikit,terus masukkan dalam air yang mendidih tu.. kat bawah nak buat mandian dia..hehehe...

kelapa+air+gula melaka/gula biasa sesedap rasa(tapi kurangkan lah manis yea..hehe).. biarkan sampai kelapa masak dan agak lembik..siap!!

siap,gaulkan puteri yang kita bulat n penyetkan(y dah masak dalam boiling water tu la)denga mandian dia ni.. jadilah Puteri Mandi!!

saja..berkongsi aktiviti dan resepi.. bukan lah resepi sangat..sebab buat pun tanpa ada sukatan yang khas..just resepi ibu2,nenek2.. yang dah mahir..dan ajar kita dengan teknik dia jelah..campak2 dan main rasa agak... kalau nak resepi yang betul2, sila dapatkan dekat blog masakan..  ^__^ selamat berbuka!!!

No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..