Monday, July 16, 2012

Chocolate Chip's Cookies

Assalamualaikum.. ^^

Lagi 4hari nak puasa...
Moga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan untuk bertemu dengan Ramadhan lagi.. bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.. amin..

Semalam aku ada try buat cookies coklat chip..
sebelum ni selalu buat cornflake cookies je..
kali ni nak try dulu sebelum buat untuk raya..
takut buat bulan puasa nanti and then tak jadi, aku akn stress..hehe..
kalau buat sekarang,blh la nak kenalpasti kesilapan2 dulu..
Dan..cookies semalam..alhamdulilah,ada la bentuk cookies coklat chip tu..haha..
rasa pun ada kot..tapi tidak lah sesedap otai or famos amos tu..
untuk permulaan,rasaya okey~~~~!!!!


boleh la kan?? hehe..

resepi dia... senang sahaja.. xsampai 20minit pun nak buat.. yang lamanya proses membakor.. aku ni jenis yang simple2 je..tak suka benda terlalu skema and rumit.. jadinya, aku masak apa saja dengan kaedah yang tidak merumitkan diri sendiri.. (padahal yang utamanya,kau malas kan???) kekeke... sukatan semua aku guna pakai cawan je.. resepi ni sama dengan resepi yang aku biasa buat cornflakes cookies.. sebab bagi aku..ramuan asas sama sahaja..bezanya, cornflakes cookies cmpur cornflakes, and yang ni campur coklat chip.. lagi satu, aku tak suka pakai gram2,timbang2.. rumit..MALAS~~

Bahan2:

1 cawan mentega
2 cawan red rose flour
setengah cawan gula perang
setegah cawan gula biasa/ susu pekat
1 sudu serbuk penaik
serbuk koko
Coklat chip (ikut suka)
Badam (ikut suka..tak letak pun tak apa)

Cara:

Pukul Mentega dan gula/susu..samapai agak2 dah hancur dan sebati semua..  lepas tu masukkan tepung,serbuk penaik,serbuk koko.. pukul lagi,kasi sebati.. then, stop.. masukkan  coklat chip dan badam..gaul.. bentukkan ikut suka hati.. biasanya orang  just sudukan jelah letak atas loyang..atau bulat2kan dan tekan sikit.. letak coklat chip sekali lagi kat atas kalau nak nampak comel.. ^^ adunan memang lembut la,normal.. jangan pandai2 nak tambah tepung ke apa.. lepas tu, bakar lebih kurang 10-15 minit dengan suhu 180 celc... siap..!!


okey..yang tepung red rose tu.. actually 1st time juga aku guna semalam ..
tepung red rose tu adalah tepung khas untuk biskut..yang aku baca, chef cakap, kelebihan red rose flour ni, adalah dari segi kualitinya lebih sikit dari tepung biasa..sebab tesktur dia lebih halus dan dicampurkan dengan tepung jagung dan bahan perangup.. kalau ada, try la guna tepung red rose ni..kalau tak ada, guna tepung biasa pun boleh..jangan risau.. boleh baca disini kalau nak tahu pasal tepung2  ^__^ selamat mencuba !

No comments:

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

Hai... another giveaway. Jom join. Semoga berezeki..aminn. Click gambar diatas untuk join ya...