Wednesday, April 12, 2017

Jauh

.
Jauh..
terlalu jauh fitrah hati dilarikan..
oleh sang nafsu.
nafsu yang tidak pernah kalah. Ertinya menang sentiasa.
menang dengan empunya diri.
Diri yang hanyut dilautan. Hampir lemas mungkin.
Bukan tiada pelampung.
Namun, pelampung yang semakin membocor.
Kerna empunya diri tidak peduli. Tidak punya rasa mahu membaik pulih pelampung diri itu. Masih berasa selamat.
Tidak sedar...bila sahaja masa dirinya boleh dilemaskan.

Eh, bukan tidak sedar.
Dia sedar. tahu. sedia maklum.
Tapi masih ego, sombong untuk hentikan keseronokkannya.
Seronok melayari lautan yang indah.
Tanpa mahu berhenti untuk "upgrade" pelampung dirinya.
"sekejap lagi", "esok boleh" "malam ni lah", "ok lagi kot"....
kalimah excuse yang sentiasa dilontarkan.
Kerana? ya, kerana sayang untuk berhenti bergembira.
Sedangkan di lautan itu bukan tujuan hakiki.
Destinasi di seberang sana sebagai objektif.

Bimbang ada.
Andai pelampung menipis, lalu tenggelam diri di dasar sana.

Bangkit.
Bangun.
Sudah cukuplah.

Kembalilah.
U turn.
Kembali kepada fitrah.





No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...