leave me

Kadang-kadang tu kita sendiri tak tahu apa yang ada dalam fikiran kita ni. Rasa serabut. Sakit hati. Dalam masa sama gembira, teruja pun ada.

Sekarang ni, tak tahu lah...aku rasa macam aku nak buat hal aku sendiri. Malas nak berkawan. malas nak stick dengan siapa-siapa. Malas!. Aku nak enjoy, fokus dan gembira dengan apa yang aku ada dan apa yang Allah bagi untuk aku.

Yes, syukur atas segalanya. Tapi, tak dapat dinafikan sedikit sebanyak ada lagi bisikan jahat untuk aku rasa sedih, untuk mempersoalkan takdir Dia, pemberian Dia. Nak pulak kalau kawan aku dapat, aku tak dapat. Kita ok dengan semua pemberian Dia, tapi bila yang dekat2 dengan kita kebanyakan dapat, cuma kita je tak dapat, itu yang tiba2 datang hati yang tak elok untuk question kepada Allah. kenapa?? bila? Bagaimana? sedangkan kita tak perlu ganggu urusan Allah.

Contoh, tahun ni ramaiiii kawan aku kahwin dan akan kawen nanti. Kawan terdekat, kawan baik. Member karib lah kata. Apa-apa pun masalah memang aku cari dorang2 ni. Tapi bila semua pakat nak kawen, ya aku happy for them. suka nak sama-sama jayakan majlis dorang. Tapi ada perasaan untuk rasa macam, aku keseorangan. Aku nak story pape dah tak dapat.. takkan nak kacau orang cerita masalah aku. sedangkan kawan tu tengah gembira. Padahal dorang tak kisah pun, aku je yang kisah. Banyak aku pendam simpan sorang sekarang. Tapi, mungkin Allah nak ajar, nak tunjuk yang bukan manusia tempat untuk kita bergantung. hanya Dia yang kekal abadi. Available sentiasa. Cari dia.

Thats the point lah, sekarang aku rasa macam...ok, aku nak sendiri. Aku nak jalan straight jeee....buat hal sendiri. Tapi dalam masa nak start make new friedn. friends untuk aku explore dunia, untuk aku cari pengalaman baru. Sebab aku yakin, future aku will be fun... asalkan aku kuat, relax dan sabar dengan segala apa yang bakal di berikan buat aku. we choose our own happiness. And we create our own fairytale.

Comments

Popular posts from this blog

Psikologi Problem?

Biskut Arab / Suji

dulu sekarang