Thursday, June 1, 2017

Ramadhan

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa korangg semua..
Dah berapa hari puasa??? Aku belum puasa lagi. Hahaha.. esok ke lusa insyaAllah lah. Bila awal2 ramadhan ni tak boleh puasa, memang kurang sikit rasa kemeriahan tu. Tak terasa sangat bulan ramadhan.

Jadi di kesempatan ni, walaupun dah 6 hari berlalu bulan Ramadhan ni, tetap nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa, selamat berpuasa untuk semua sahabat2, dan yang membaca tulisan ini. Macam biasa, harapan kita tiap tiap tahun mestilah nak Ramadhan ini yang terbaik buat kita. Moga kuat, cekal dan sentiasa bersemangat nak usaha lipat ganda triple kan amal ibadat kita demi redhaNya. Dan utamanya untuk aku sendirilah, nak cari keampunanNya.. Kita insan yang sentiasa berdosa. Dosa yang menyesal buat, mintak ampun then buat lagi... lemahnyaa kita. Allah..moga Kau tak tarik rasa bersalah pada diri kita ni tiap kali melakukan dosa. Moga sentiasa bertaubat padaNya. Aminn.

Bulan puasa ni jugak, nak usaha loss weight la sikit weh...hahaha.
Berat sangat bawak beban sekarang ni. Makin lama makin naik. Tak tahu la kenapa...hahahaha..(Makan tak ingat, tanya lagi kenapa).
Aku ada lah join group diet tu semua.. seminggu sebelum puasa start. Jaga makan semua.. Alhamdulillah seminggu turun 2kg weh..haha.
Senang time tu nak buat sebab kerja. Ni cuti sekolah, aku pun cuti kerja/// sambung dengan tak boleh puasa pulak. Makan balik asal.
Tapi timbang tak delah naik sangat. Duk tara tu je lah. Tapi rasa tak best lah. Ni kena start jaga balik lah makan.
Tak mintak banyak pun, turun balik macam berat setahun lepas pun tak apa da. harap2 lah. doakannya.. Bukan apa,  Nak pakai baju raya biar selesa sikit lah.  Tak boleh pakai kebaya pun tak apa. Pakai baju kurung biasa jee.. Tapi nak buang spare2 tu. Apa apa pun kita hanya mampu merancang...segalanya ditentukanNya.. gituwww alasannya. penunggang agama kah?


Dan jugak.. aku nak join contest2 dari blogger jugak. Teringat 3,4 tahun lepas aku duk join banyakkk contest.giveaway.. ada jugak yang sangkut. Dapat kad raya, shawl, keychain.. topup pun ada dapat,tapi aku tak perasan menang. Orang tu PM kat fb..tapi sebab tak friend tak naik.. tahun lepas baru aku perasan.. nangis bucu tikar semayang.. huhu.. Kalau ada sape buat contest tu tag lah saya ya... blogger sendu ini.. azam nak bergiat aktif balik selalu tak kesampaian. Tapi tahun ni rasa better dari tahun lepas aku update.. seterusnya harap makin rajin lah. Itu nak join contest ni, nak bina ukhwah balik...

No comments:

Hati Kita

Ikhlas tu payah nak sembang. Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?  Entah lah. Selalu...aku takut dengan setiap kata2, n...