Sunday, April 30, 2017

Apa aku buat lepas tamat belajar part 2: Interview, TBS, UKM

Lama tak menulis tentang diri sendiri.
Banyak story untuk aku up kan. Biasalah blog kita kan, memang tempat untuk catat aktiviti harian dan benda yang best-best.
Bila aku baca balik entry2 lama dahulu, best gila rasa. around 2010-2012 sebab aku tulis banyak pengalaman pergi mana-mana. Kem motivasi, perkhemahan unit kokurikulum ke.. Hangout dengan members pun tulis. Jadi kita boleh ingat.
Walaupun tu zaman diploma, tak banyak sangat pun aktiviti aku, tetap syok nak menulis. Kalau nak banding zaman degree 4 tahun 2012-2016, lagiiiii lah banyak aktivti aku...dari redah kampung orang Asli sampai ke Indonesia berjalan. Yang ke kampung orang Asli tu dah ada sikit-sikit aku tulis aritu. Tapi ada lagi 2,3 kampung yang tak tulis. InsyaAllah aku nak tulis balik nanti. Sementara masih ingat.. kalau tunggu 5,6 tahun lagi confirm tak ingat.

Ok, untuk kali ni aku nak cerita pasal kerja dulu. Since graduate pada bulan 10 haritu. Ikutkan habiskan belajar bulan 5 lagi. Alhamdulillah, sejak tamat je belajar, habis je exam akhir tu, ada je kerja yang aku buat. Walaupun bukan kerja sebenar lah. Time tu kerja untuk dapat duit poket lah. Dapat seratus dua sebulan ok dah.

ni aku dah pernah update apa yang aku buat lepas dari lepas belajar bulan 5-8 macam tu. Full entry boleh baca APA AKU BUAT LEPAS TAMAT BELAJAR PART 1: Tolong orang, Niaga online, duit poket. .Asalnya aku update dekat IG, lepas tu saja nak clearkan IG, paste dekat blog. 

Ok cut to story, lepas aku duk tolong senior master tu tulis manuskrip kajian dia dan sambil niaga online, aku rehat jelah rumah. Mindset aku time tu ialah lepas konvo nak cari kerja luar. Maknanya kerja yang gaji tetap dapat tiap bulan. Dan kerja yang boleh aku berkomunikasi dengan orang. Kalau kerja semata duit, ok je duk rumah. Bisnes online. Tapi aku nak PENGALAMAN. Tak kisah kerja apa. Kerja biasa2 sahaja, kerja dekat kedai butik pun aku ok. Seriously, memang thought aku masa tu macam tu. Tak minat sangat lagi pun nak kerja sungguh2, masuk pejabat kerja kerajaan, syarikat besar ke. Minat pun kurang jugak kearah kerja tu. Tapi apply jugak lah SPA semua tu. Sebab rancangan Allah untuk kita tak tahu kan mana yang terbaik. Lepas je konvo bulan 10. Baru semangat aku apply kerja. Cari dekat mudah.my, segala web jawatan kosong. Sebelum tu pun ada mintak, tapi tak bersungguh sangat.

Dan Oktober dan awal/tengah bulan November 2016 tu rezeki interview. Banyak juga IV aku pergi. IV untuk kerani kilang jahit rasanya yang pertama. Aku hantar resume masa ada job fair dekat area kampung aku. Bila interview je, peengurus dia tengok resume, terus tanya, ni tak ada pengalaman kerja kan. Dia panggil CEO dia, bagitahu. Budak ni nak kerja, tapi tak ada pengalaman. Then supervisor pulak cakap, boleh mula dari bawah dulu, jadi operator mesin sebab aku kata aku ada masuk kelas menjahit dulu. (ya..duluuuu..dulu lah. 8tahun lepas. lepas SPM. hahahaa.. tapi jahit baju kurung pun tak lepas,dan tak ingat dah jahitan lain tu). Kerja dia, jadi tukang jahit lah. Jahit kilang kan, dorang ni pembekal baju koperat, langsir pukal, dan more to as supplier untuk syarikat, sekolah, organisasi gitu lah. Tugas operator mesin tu just menjahit je dengan mesin. Jahit lurus sahaja, sambung-sambung kain yang dah dipotong. Tapi dalam sehari ada target, kena siapkan  berapa. 10,20 ke... Masa tu memang aku fikir TAK NAK!!!! NO!!!!!. bukan sebab kerja operator mesin tu ya. Aku tak kisah mula dari bawah kerja pape pun. Tapi, menjahit ni sangatlaaah bukan dalam bidang kepakaran dan minat aku. Memang tangan aku tak boleh menjahit, nak2 untuk benda rasmi. Kalau try untuk diri sendiri tak apalah kot. Dulu aku belajar menjahit pun sampai lebu kain duk tetas jahit berulang sebab tak kena. Jadi, sangat lah aku rasa tak sesuai untuk aku terima kerja tu. Esok tu, SV dia ada call suruh datang tempat menjahit untuk saringan tengok kebolehan guna mesin jahit, tapi aku tak g. hahaha. Bincang dengan mak aku pun dia tak berapa setuju jugak. 

Ok, esok tu terima surat dari UKM. excited jugak lah. Sebelum tu aku apply untuk GRA. Graduate research Assistant. untuk pembantu penyelidik sambil sambung master. Sebab memang aim, impian nak sambung master. Ingat nak sambung unisza je. Dapat surat untuk pergi interview GRA dekat UKM. Bawah fakulti pengajian islam. Skop kajian Prof tu ialah tentang "Service Learning" iaitu pembelajaran berdasarkan khidmat masyarakat. Maksud secara umum lah tu. Ada kaitan dengan bidang degree aku. Lepas fikir-fikir, aku decide nak pergi sana. Tujuan nak ambik pengalaman interview sambil jalan-jalan. Kebetulan ada kawan aku buat master sana, offer duk bilik dia. Dan dia akan guide aku pergi IV tu. sangatlah jasamu dikenang kawan. Ni kawan masa diploma haritu. Sebenarnya dia suka sebab ada member datang, bosan katanya duk sorang2 sana. Budak master kan, biasalah, mana ada geng sangat. 

Sebelum cerita pengalaman pergi IV UKM tu, aku jugak dapat panggilan untuk ujian bertulis bagi jawatan di MAIDAM. Orang dah panggil, pergi jelah. Walaupun harapan tipis sangat, sebab jawatan kerajaan kan. Yang join pun beribu-ribu. Aku pun tak lah excited sangat sebab tak berapa minat kerja pejabat ni. Tapi situasi aku waktu tu dan sekarang ni ialah tidak boleh memilih. Mana ada peluang, join je..Rezeki kita kat mana, belum tahu. Agak penat sebab ujian untuk MAIDAM dan IV UKM ni dekat-dekat. Maidam hari rabu, dan UKM hari jumaat. Jadi, lepas ujian bertulis MAIDAM, terus balik berkemas untuk naik bas ke TBS malam tu. Ok, untuk ujian bertulis tu, biasa lah, ujian kemasukkan ke sektor kerajaan. Soalan-soalan kenegaraan, pasal MAIDAM, pasal Terengganu. Senang je kalau kau membaca dan ambil tahu isu semasa. Aku tak berapa boleh jawab sebab tak membaca sangat. Hahaha. Plus duk buat proposal untuk IV UKM. Tak kisah, aku hentam je semua. Pergi untuk ambil syarat dan ambil pengalaman.

Jadi, lepas ujian MAIDAM siang tu, maka malam pulak pergi lah aku.. naik bas dari Besut ke TBS. First time naik bas pergi sorang-sorang. berdikari sangat. Memang kawan aku guide satu-satu, turun TBS tu pergi mana dulu, mana surau, mana tempat makan. Hahaha.. Dia datang ambik kat TBS. nak harapkan aku sendiri naik LRT ke UKM???? hmmmm...rasanya sesat sampai London, UK kot. Biasalah budak kampung...belajar diploma degree pun dalam Terengganu jugak. Jalan-jalan keluar pun dengan family atau trip U. Tapi, aku suka cabaran. Bila aku berkehendak sesuatu, aku yakin then aku buat walaupun besar dugaan. ok, back to story... kawan aku datang ambik kat TBS dan pergi lah UKM.  IV hari jumaat. Aku ke sana Rabu malam, jadi sampai khamis pagi tu lah. Tunggu kawan aku datang ambik, dekat pukul10 kot sebab dia ada kelas. Tapi tak de hal, aku ronda2 atas tu...makan! Dia datang, duk borak-borak kat TBS sambil makan KFC. Lepas tu Gigih follow dia, naik turun tangga beli tiket dan tunggu train. Lepas tu berjalan pulak ke bus stop untuk tunggu bas UKM. Pertama kali masuk UKM. Eh, pernah kot dulu masuk masa hantar mak su aku belajar situ, 20 tahun lepas kot. hahaha.. Aku 4 ke 5 tahun masa tu. Memang tak ingat. Memang berbeza UKM dengan U aku dulu. Patut lah orang kat UKM U dalam hutan, selalu monyet masuk bilik..haha. Memang dalam alam flora fauna sungguh. Nak pergi kuliah naik bas sebab kolej kediaman dan fakulti jauh-jauh. Banding dengan unisza, aku rasa besar dah unisza, tapi still boleh berjalan dari asrama ke fakulti..(Unisza tetap no1 dihati forever.. hehe). Sampai je UKM dan di kolej kawan aku, terus hempap badan atas katil. Letih weh..seharian semalam perjalanan. Dah lewat sampai masa tu. Sempat tidur dulu kejap. Malam tu kawan aku nak pergi makan kafe. Aku bayang kafe bawah sekangkang  kera jelah. Rupanyaaaa... sekangkang dinousor, kena naik bas siap ke sana. hahaha. Tapi best, banyak pilihan kat sana. Makan sampai kenyang dan balik tidur.

Untuk IV esok tu, aku sampai je pejabat Prof tu, ada sorang baru candidate. Dia kata, Prof nak pakai sorang je GRA ni.. memang dalam hati aku kata tak dapat lah ni. Lepas tu baru Prof masuk, dia terangkan sikit kata dari 60 lebih yang mintak, dia ambik 10 orang untuk datang IV ni. Aku syukur dah time tu, sebab termasuk top 10 kan. Tak apelah, dah satu kejayaan ni. Hahaha. Dan hanya 7 orang yang confirm nak datang. Tapi yang muncul pagi tu 4 orang je. Hahaha. Kurang saingan. Tapi tetap tak dapat. Sebab ada ujian bertulis, dan baru IV lisan. Aku rasa, kurang aku salah satunya bila Prof tu cakap kena banyak buat kerja luar, travel sana sini. Aku tak kisah travel kalau orang prepare kenderaan semua. Tapi aku terus terang lah masa tu, kalau untuk travel sendiri memang tak dapat, sebab aku bukan orang situ. Takkan nak angkut kereta buruk pergi sana. Beli kereta baru? hhmmm, lambat jugak lah. Nak biasakan jalan sana lagi.  Lagipun lepas aku duk sehari dua dekat UKM tu, ntahlaa...rasa berat hati. half of hati aku memang doa moga aku tak dapat. Sebab rasa jiwa tak ada kat situ. Sunyi sepi dan sayu rasa hati. Baru 2 hari tu. Mungkin sebab tak biasa kan. Dan bertambah sayu tengok kawan aku kesunyian. Bilik sorang. Pergi mana-mana sorang. Aku decide akan continue jugak master, tapi bukan disitu. Mungkin dekat unisza jugak. At least stress, aku boleh balik rumah sebab dekat. Tengok lah macam mana nanti. Rancang bulan9 ni nak masuk. Doakan aku yaa teman-teman. Btw untuk GRA UKM tu tak dapat lah kot, dah dekat 6 bulan tak ada feedback. Tapi syukur, itu yang terbaik.

dekat TBS. Ambik gambar sebab nak update kat mak aku. hahaha. Risau anak perempuan dia sorang-sorang sini. Tapi masa aku mula-mula aku sampai tu, memang cuak weh. Sorang diri kan. Aku hafal kot step kawan aku bagitahu "mung turun bas, mung akan nampak eskulater, naik..pastu follow g straight cari surau. ada signboard" memang aku ikut je step tu tak pandang kiri kanan sampailah jumpa surau. Tambah masa turun bas tu tengok penuh india, bangla. Sangat asing bagi aku. Duk dalam surau baru rasa selamat. Tapi tetap asing. Aku tak boleh bukak minda selama beberapa jam. Dalam pukul 8 gitu baru aku dapat tenang dan fikir rasional apa nak buat, nak g mana. Lepas tu relax dan confident keluar, pergi jalan-jalan teroka kedai-kedai kat TBS tu. hehehe.


 ni makanan aku makan dekat kafe UKM. dekat Zaaba ke apa. Yang popular kawan aku kata, Semua orang pergi situ. Mee hijau Tomyam, Air cincau soya kot aku beli tu. Tak ingat. Spaghetti carbonara kawan aku punya. Rasa makanan2 ni ok lah.. best jugak.

 Walaupun aku IV tu dekat fakulti lain, tetap ambil gambar dekat fakulti Sains Sosial. Fakulti aku kat Unisza. Memang sayang fakulti ni.


Ni Kolej kawan aku duduk. Dan aku menumpang disana selama 2 hari 1 malam. Seronokkkk sangat mendaki bukit. Hahahahaa...



Ni dekat atas tu, pusat pusanita?? Ke apa eh. Sorry...tak ingat. Warga UKM sila betulkan kalau salah. Aku beli kebab atas ni. Ingat nak share dengan kawan tu. Tapi tak sempat makan. huhu. Sebab aku balik terus malam tu. Kawan aku pegang kebab tu, sampai TBS dah lewat dan kawan aku kena balik UKM semula cepat-cepat. Jadi aku bagi dia jelah semua tu.


byebye. Nanti insyaAllah, akan turun lagi KL sorang-sorang. Dah pandai dah kan. Hahaha. As a beginner untuk jadi traveller..insyaAllah.


Ok, settle bab interview ni...Dan perjalanan aku mencari kerja hakiki dari bulan Mei 2016-November 2016. Hahaha. Yang Mei-Ogos boleh baca yang link aku bagi tu, tekan situ. Yang dalam entry ni dari Oktober-November jelah. Untuk lepas tu, nanti aku sambung next entry. Hehehe... 

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...