Friday, March 31, 2017

Menantu vs mertua vs ipar vs cucu. Let's spread positive vibe.

Hey...

Lately banyak pulak isu menantu vs mertua yang aku dengar, baca. Dan yang paling dekat bila member bercerita kat aku. Sesi luahan..biasalah kan antara kawan ni. Kawan aku ni kahwin dekat setaahun dah kot.. Alhamdulillah baru je melahirkan baby. Suami kerja luar.. so, balik berpantang kat kampung. To be specifict berpantang di rumah mertua. Suami dia suruh gitu..patuh dan akur jelah kan.

Aku tak rasa aku orang yang layak untuk berkata2 dan bagi nasihat kat dia. Aku sendiri pun belum kahwin, mak mertua reject awal2 kan.. hahaha. Tapi, as kawan. Dan member tu stress gila, macam nak meroyan dah tengok. Kesiann..

Masalahnya.. biasalah, orang tua ni, dengan cucu dia excited. Cucu pertama pulak tu. Kawan aku stress bila mak mertua dia duk gendeng anak tu 24jam. Bila anak nangis pulak boleh pulak kata tak apa... bukan lapar ni. Budak dah nak nangis, mesti ada benda yang tak selesa. Tapi bila kawan aku mintak, nak susukan mom in law dia tak bagi. Sampai dah anak melalak tak boleh kawal baru reti nak bagi. Itu belum masuk kisah adik2 iparnya. Ambik gambar bukak flash kamera.. kan tak elok flash tu untuk mata baby. Baru 2 minggu kot usia baby tu sekarang. Dan boleh pulak dorang duk buat photoshoot. Letak dalam bakul la apa... lipat pusing anak tu ala2 macam shoot profesional. Alaa..sape pernah tengok shoot ecah anak che ta masa lahir dulu.. seolah gitu lah adik beradik ipar kawan aku ni nak buat.. dan sejauh mana dah dia buat tu aku tak pasti sebab aku tak tengok. Ini berdasarkan penceritaan dia sahaja.

Jadi... siapa bersalah? Nak marah sape sebenarnya ni? Entahlaahh.. pada aku. Both side tidaklah bersalah sangat2 pun. Dari sudut pandang positif pada in law dan ipar2 nya..dorang EXCITED..terujaaaa kot. Cucu sulung..anak saudara pertama. Of course feeling tu lain macam sikit. Dah nanti kau bersalin anak ke 3,5,10 ke, sendu dah kot sambutannya. So, kasi chance la dorang nak teruja sekarang ni. Side positif pada kau boleh lah berehat sebab orang layan anak kita. Nak tidurrr...mandi..makan..naca buku..wassap kawan ke. We suppose to be happy right?

Tapi masalah jugak bila terrlalu over... dah tentu lah perasaan si ibu ni lain. Sebab budak tu kecik lagi kot.. orang duk usung kehulu kehilir. Budak duk tido elok2, dikejutkan. Duk posing gambar macam2, buatnya tergeliat tulang urat budak macam mana. Dan ibu ni jugakkk, walaupun dia baru lagi.. barely mommy, kurang pengalaman, tapi Allah kurniakan jugak dia naluri. Ya, naluri ibu. Dia tahu bila anak dia nangis nak apa.. bila masa dia lapar, bila dia nak tidur. Bila orang lain masuk campur menidakkam naluri ibu ni..itu jadi stress, sakit hati. Nak tegur?? Akan terjamin ke tak ada yang sentap, terasa hati nanti? In the end...senyap jelah..telan sorang2.

Bila segala masalah ni diceritakan pada aku.. aku tak tahu nak react macam mana. Aku  nak tenangkan kawan ni, tapi dalam masa sama aku tak nak jadi batu api. Kalau aku layan marah dia, aku iyakan segalanya..maka rasa jelek dia pada keluarga mertua makin tinggi. Yes, dia lega..sakit ati dia kurang sebab aku support dia..sebelah dia..dia ada geng. Tapi hubungan dengan family mertua tak kemana. Tak ada harmoni lah nanti kan. Buntu wehh...

Jadi...aku cuba. Untuk jadi pendengar yang baiikkkk.. bukan pengomen yang terbaikk. Kita dengar.... dan berusaha untuk hanya bagi positif vibe sahaja. Balas perkara yang positif sahaja.. tapi dalam masa sama jangan bagi kawan tu rasa kita tak masuk sebelah dia. Suruh dia berfikiran positif. Terutama pada mak mertua tu.. anggaplah dia macam mak kita. Sindrom nenek2 biasa lah tu. Lapangkan hati... walau teruk kita rasa, tapi kena ingat si nenek tu sayanb cucu dia. Sebab tu duk nak bertimang beriba berdukung selalu.. bila sayang dia takkan buat nanye cucu dia. Takkan  bagi cucu tu mati pun. Dan...walaupun aku tak kahwin lagi, tapi berdasarkan pembacaan, pengamatan... yang penting antara kita dan mertua saling memahami. Tak boleh saling? Sebab asyik kita je memahami dia? Tak apa... sabar. Kalau dia tak nak faham kita its ok..kita yang kena faham dia. Nampak tak adil.. tapi kalau dengan cara ni boleh buat semuanya ok..apa salahnya. Tapi hati kena redha lah... redha untuk memahami mereka. Anggaplah itu ujian kita..untuk uji kesabaran kita.

Kita dibesarkan dengan acuan berlainan. Lain didikan.. mak ayah kita didik lain..sejak dari nenek moyang kita. Keluarga suami kita pulak lain..itu acuan dorang dari zaman berzaman. Kita nak ubah acuan tu bukan boleh ubah semamalam. Sebab tu lah orang kata hidup berumahtangga kena banyak tolak ansur dan sabar. Kalau tak memang tak dapat pergi jauh. Walaupun ada benda yang dibuat mereka salah, tak kena..contoh macam yang kawan aku tu lah..dibuatnya baby dia macam2..tapi sekurangnya masih bertanamkan kasih sayang. Cuma caranya saje salah. Slowly....tegur elok2 yang mana mampu ditegur. Lama2 insyaAllah ok lah..masing2 boleh ikut rentak masing2. Syukur kita kena letakkan yang pertama. Syukur atas segalanya yang Allah kurniakan. Syukur dulu, betapa orang sayang anak kita tu.

Segalanya pada kita sebenarnya... macam mana kita tengok benda tu. Kalau tengok buruk maka buruklah jadinya. Bila tengok dengan mata hati minda yang lapang dan baik..maka baiklah situasinya. Bukan apa...kita nak lapangkan hati kita..nak tenangkan minda kita dari fokus dan fikir benda yang menyerabutkan. Lapangkan hati...mudahkan segalanya. Yang penting doa banyak2.. Allah ada. Bersama kita sentiasa.

Pada yang bermasalah dengan mertua tu...aku mintak maaf lah kalau pandangan aku ni salah sama sekali.. dahlah belum kahwin, pandai2 nak nasihat. Haha.. tak lah, bukan nasihat. Tapi ini perkongsian..untuk kawan aku tu khususnya. Dan ianya lebih kepada nak positifkan minda dan diri kita. Bukan untuk menyelesaikan masalah. Sebab penyelesai masalah adalab diri kita sendiri.

.
.
.


Ok...bye. dah lama tak menulis panjang. Nak g layan drama korea jap. Nak layan balik citer Secret love. Yang Jisung berlakon tu.. aku baru lepas tengok citer Innocent defendant. Jadi sindrom jisung tu kuat lagi ni.. jisung mana?? Alaa..hero dalam kill me heal me tu. Fans kdrama wajib tahu kan. Bye.

No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..