Sunday, February 15, 2015

limit sabar

ujian.

banyak ujian hidup kita ni.
Semuanya ujian..
Suka,gembira..duka,sedih..
Jangan kata ketika duka, ketika dilanda musibah sahaja ujian.
Tapi, saat kita gembira, saat disayangi juga ujian.
Ujian kekuatan iman kita padaNya.
Selalu..
Dikala duka kita berdoa, mohon kepada Allah.
Mohon moga kita dapat keluar dari masalah tu.
Moga Allah bagi kegembiraan, kesenangan dan apa yang kita nak.
Tapi..
Bila Allah bagi tu, biasa la manusia xpernah cukup.
Meminta lebih dan lebih lagi tanpa reti bersyukur,
Atau...terus melupakan Allah.
Jauh dari Allah ujian yang paling buruk buat kita.
Allahurabbi..

Kadang2 rasa takut..
Ya, Alhamdulillah sejak akhir2 ni banyak bahagia Allah bagi kat aku.
Kadang2 benda yang kita tak pernah terfikir akan dapat, akhirnya dapat.
Rasa xpercaya..macam mimpi. Macam dalam novel.
Tapi,tu la.. kuasa Allah yang mengizinkan segala sesuatu.
Rasa syukur teramat.
Tapi risau andaikata ini satu ujian jua.
Nak tengok samada kita usaha x nak jaga kebahagiaan Dia bagi tu,
Tahu rasa syukur x? Reti nak bersabar x?
Ofkos la bukan 100% Dia bagi dengan perfect,segalanya lengkap untuk kita.
Sometimes Dia bagi jalan dulu..bagi asas dulu.. bagi deposit dulu la kira.
Nak tengok kita sabar ke tak..
Analoginya, kita nak buat rumah yang besar, cantik, exclusive yang design tak sama dengan rumah orang lain.
Mula2 mesti la kena ada tanah dulu. Dah ada tanah tu, kira dah nampak impian kita.
Nampak rumah yang kita idam2 kan tu.
Tapi jangan expect hari ni kau ada tanah tu, esok kau celik mata tengok rumah idaman kau dah siap.
Banyak step yang perlu dilalui.. yang penting usaha dan paling penting SABAR!
jangan risau,dia dah bagi jalan..dah kenalkan kita dengan sesuatu tu, Dia akan bagi kesudahannya..doa moga kesudahan yang baik. Mungkin ini bukan masanya lgi.
Mungkin masanya sikit lagi,,, esok ke, atau seminit lagi ke.
DIA nak test, nak tengok kau sabar ke x., rezeki tu mana tahu 1 saat lg, tapi sebab kau tak sabar, quite sekarang, terus tak dapat apa yang nak.
Sekali lagi kuncinya ialah SABAR.
sabar dengan Allah tak ada limit. Dengan manusia boleh la.
selalu kan kita dengar orang cakap, aku ni dah lama bersabar, tapi ni dah lebih ni, sabar aku pun ada hadnya..sampai masanya pecah jugak.
tapi, takkan kita nak cakap gitu dengan Allah kan?
Siang malam doa pada Allah, nak sesuatu tu..nak putih ke, sebab dari kecik hitam.
tapi 24tahun, macam tu jugak, terima jela, ada sebab Allah jadikan kau gelap.
terima dengan redha, dan sabar dengan penuh keyakinan.
disebalik duka ada bahagianya..

Syukur atas segalanya..musibah atau kebahagiaan.
Segalanya kita yang handle. Kita yang bawa situasi tu ikut mana kita nak.
Kalau nk bawa musibah tu pada jalan negatif, negatif la jadiknya..
Kebahagiaan pun sama. Depend pada kita pandai x nak guna bahagia tu.
Kalau rasa bahagia tu buat kita lupa Allah, rugi..
Musibah, tapi buat kita makin dekat dengan Allah, hebat..

So..pandai2 la kita untuk menilai sesuatu tu.
Tengok semuanya dari sudut positif untuk jadi positif.
Selalu kita cakap,Allah dah aturkan segalanya untuk kita.
Tak perlu fikir sangat.. tapi bila realiti,susah juga nak hadapi.
Kita seolah2 nak tahu nasib kita dimasa hadapan.
Asyik fikir apa nasib aku nanti, apa akhirnya nanti, dapat ke x ya..
Tapi progress nk menuju kepada yang kita nak tu tak jalan apa2.
So, how nak capai kan?
Allah sediakan apa yang kita dah usaha.., Dia Maha Mengetahui.

Moga dikuatkan hati kita semua.. sabar menunggu...
Menunggu kebahagiaan hakiki..ada hanya di syurgaNya abadi..

No comments:

Hati Kita

Ikhlas tu payah nak sembang. Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?  Entah lah. Selalu...aku takut dengan setiap kata2, n...