Monday, February 2, 2015

ya ke duit bukan segalanya

Ramai orang kata duit bukan segalanya..
Aku setuju yang duit bukan segalanya.. sebab banyak lagi benda lain yang penting. Yang boleh dikatakan segalanya untuk kita.
Macam family.kawan. kasih sayang.

tapi.. adakah dengan itu menunjukkan duit tu tak penting?
tidak...duit penting untuk kita.
tak payah rasa materialistic kalau kita rasa kita suka duit..
Orang lain tak tahu la..
tapi kalau bagi aku..duit sangat penting.
pertama mestilah untuk memastikan kelangsungan hidup kita.
kat dunia ni semua kita nak pakai duit..bukan pakai air liur semata.

ramai tengok duit dari sudut negatif je.. duit, kaya maknanya kau kejar dunia,,
gitu la persepsi orang..
orang kerja dari pagi sampai pagi esok kata pentingkan dunia semata..
mana tahu? Niat orang kita tak tahu... sebab kau tak ada apa, mengata la orang yang kaya tu kan.. setiap orang nak pakai duit tu ada alasan tertentu..

Ramai yang tak cuba nak lihat duit dan kekayaan tu dari sudut positif..
Dengan duit apa benda yang kita boleh buat..y positif..
bantu orang.. sedekah..itu yang ramai nak sekarang..
Memang duit bukan segalanya..
tapi duit boleh membeli, mendapatkan segalanya..
apa sahaja yang kita nak.
nak bantu mangsa banjir, nak bagi sumbangan kat negara yang berperang, dilanda musibah, nak tolong saudara2 yang dalam kesusahan,sakit perlukan duit untuk operate segala..
so...kita perlu duit dan kaya. Islam sendiri tak larang kita kaya, tak larang kita nak cari duit banyak2..
tapi...yang tak bolehnya, kejar duit sampai lupa Dia yang memberi duit tu.
kita tengok orang barat yang ramai kaya..hebat.. kita segani.. dorang ada kuasa.,
Orang islam pun kena macam tu.. kaya, boleh bantu orang, hebat..boleh bagi pengaruh.
Baru nampak Islam tu gah.. agama yang hebat..
kalau tak Islam di sinonimkan dengan kemunduran, jumud.. tak terima perubahan..
kita perlu menerima perubahan untuk sama2 bersaing dengan orang lain.
kalau tak, ketinggalan,, apa orang luar buat kat kita, kita tak tahu..
tapi tetap..letak Allah no1.. insyaAllah tak akan sesat walau secanggih dan semoden mana pun kehidupan kita time tu..

saja la bercakap pasal duit, sebab duit ptptn belum masuk, semua makan meggi., k, bye

1 comment:

Lin Chalo said...

Kita jadikan duit sebagai ALAT dan bukannya TUJUAN kita hidup

Insya Allah... kita tidak akan tersasar dari landasan kebenaran...

Hati Kita

Ikhlas tu payah nak sembang. Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?  Entah lah. Selalu...aku takut dengan setiap kata2, n...