Friday, March 27, 2015

satu titik

setitik jatuh..
hitam.
kupadam..

sekali lagi..
hitam itu dititik,
cuba dipadam lagi..

entah..
untuk keberapa juta kali,
aku jatuh,
jatuh menitiskan noda hitam,
anggapan ianya boleh padam..
kan ada Sang Pengampun..

tapi jika berulang tidak sesal,
bimbang...
andai Pengampun noda itu sudah tidak sudi.

No comments:

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

Hai... another giveaway. Jom join. Semoga berezeki..aminn. Click gambar diatas untuk join ya...