Tuesday, February 5, 2019

Malaysian

Happy Chinese New Year for all who celebrates, especially for Malaysian's chinese.

Apa yang aku paling banggakan berada di bumi bertuah Malaysia ni ialah kita ada 3 major bangsa kan. Melayu chinese and india. Dan tak lupa bangsa2 lain dia Sarawak and Sabah. Rasa bertuah sebab kita boleh mengenali bangsa2 lain, adat dan budaya mereka secara tak langsung. Kalau tak, hanya kenal Melayu sahaja. Sedangkan Allah dah jadikan pelbagai bangsa manusia di muka bumi ini. Dan dah dinyatakan dalam al Quran, untuk kita berkenal kenalan. Untuk mengambil hikmah, kebaikkan dan pengajaran dalam setiap orang yang kita jumpa.

Im still attach dengan konsep 1Malaysia. Mula2 masa tagline or konsep tu di utarkan rasa pelik juga. How 1 malaysia? Tapi lama2 nampak kelebihan dan kebaikkannya. 1Malaysia yang mengajak kita untuk bersatu padu dan saling menghormati bangsa juga agama yang lain. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama, still kita bersama dalam satu negara iaitu Malaysia. I think Malaysian hidup bersama aman damai before and now. Except ada segelintir yang cuba menyemarakkan api perkauman. Itu bukan masalah bangsa tapi masalah manusia yang pentingkan diri sendiri. Put aside berlainan agama, bangsa or politik. 3 perbezaan tu sebenarnya yang buatkan kucar kacir. Tapi bukan masalah pada 3 aspek tu. Tapi pada individu yang menggunakan aspek2 tu untuk memecah belah kan keamanan negara kita yang selama ni kita nikmati bersama. Not only Malaysian, tapi seluruh negara. I'm against racism. Diskriminasi kaum patut tak ada dalam diri kita. Sebaliknya kita kena menghormati semuanya. Dan juga hormat undang2 negara. As for Malaysia kita negara Raja Berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong as ketua negara. Islam agama rasmi. Thats all yang kita kena pegang dan pertahankan. Selebihnya, tak pernah ada masalah kan untuk non muslim or non malay hidup disini dan mengamalkan kepercayaan masing2. Kata kuncinya ialah kita saling menghormati. Syukuri persamaan dan raikan perbezaan.

Yang ada member berlainan agama dan bangsa untung sebenarnya. Sebab boleh lebih banyam belajar. Aku tak berpeluang untuk bestfriend dengan kawan lain bangsa. Since sekolah menengah and U, masuk aliran agama (islam), yang tak ada agama dan bangsa lain. Sekolah rendah dulu ada kawan sekelas lelaki 2,3 orang bangsa china, siam. Tapi tak sempat berkawan sangat pun. Budak2 lagi. Tapi non malay tak asing juga bagi aku sebab sebelah kg aku perkampungan orang Siam. Ada Siam and Chinese. Ada yang sambut CNY and ada yang sambut Wesak. Mostly wesak sebab ramai siam. Tapi bagi yang ada anak menantu chinese tu dorang sambut je CNY. Selalunya memang banyak dapat limau, berkotak2. Macam rumah aku pulak raya. Tahun ni pun ada dapat juga beberapa kotak, tak sebanyak tahun2 dulu tapi still thanksss aunts and uncles semua masih ingat kami.

Ni bukan gambar tahun ni, tapi yang 2012 kot. Haha.. ambil di blog adik aku. Zaman dia rajin berblogging. Tahun ni tak sempat nak ambil gambar. Sebab sampai sekotak terus bukak dan makan dan bagi2 orang jugak. Kalau dulu2 ayah aku tak benarkan buka dulu, kumpul2 dulu then hari raya baru buka. Tapi now tak dah, ayah dah more flexible. Atau pun sebab anak2 dah besar...lantak korang lah nk bukak pun.haha.

And besides CNY, aku pernah buat kajian kat kg tu. Tolong senior aku dia buat phd kaji pasal intergrasi masyarakat siam dan melayu. Boleh kata macam tesis aku juga lah. Selalu teman,ikut dia. Dan pernah beberapa kali jadi avatar dia kalau dia tak sempat datang sini, tapi ada majlis2 penting so aku pergi. Ambil maklumat ambil gambar. Macam wedding masyarakat, songkran, Loy Krathong. Masuk ketik(rumah ibadat) dorang pun biasa. Gambar2 ada dalam laptop, nanti2 aku share. Ni update dengan tablet. Memang best, sebab kita dapat tengok benda yang kita tak pernah buat. Pengalaman. Tapi bukan bermakna kita ikut..yang mana tak sesuai dengan agama dan adat kita as muslim and malay. Tapi untuk tahu sahaja dan ilmu. Dan untuk berfikir akan kekuasaaNya.

Surah arRum ayat 22.
"Dan di antara tanda2 yang membuktikan kekeusaanNya dan kebijaksanaaNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan  bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya demekian mengandungi keterangan bagi orang yang berpengetahuan"

No comments:

Perfect

Ramai orang mencari kesempurnaan. Samada untuk diri sendiri. Nak pilih pasangan. Nak cari kerja. Even beli nasi lemak tepi jalan pun kal...