Tuesday, February 26, 2019

satu kesilapan





Hahaha..siapa selalu macam tu? In case macam aku, tak lah tidur..gila nak tidur dalam kelas.

Tapi pasal phone.. aku jarang pegang phone dalam kelas masa mengajar budak2 tadika tu. Jarang(bukan tak pernah tapi jarang). Kadang2 tu handphone tertinggal kat rumah pun aku tak perasan. Sebabnya memang tak sempat sambil nak melayan macam2 jenis budak. Kedua, sebab aku jarang adakan internet dalam phone. Sebab guna wifi kat rumah je. Untuk phone aku pakai basic internet je. Maxis. Topup, then ada lah internet basic tu. Jarang2 aku topup..dekat nak tamat tempoh baru topup. Or kalau ada benda2 yang aku perlukan internet di luar rumah. Contoh,pergi travel mana2..minggu awal2 sekolah ke,sebab banyak info2 masuk tengah2 waktu kerja tu atau ada mak ayah contact tanya pasal anak. Jadi ianya diperlukan. Lama2 bila dah tenang2 tu, aku memang tak kisah dah lah dengan phone.

Memang kitaorang cikgu2 dilarang main2 phone masa waktu pembelajaran. Main2 tu maknanya kau scroll atas bawah tengok IG, FB, balas whatsapp yang tak penting berejam. Memang tak profesional la kan macam tu. Main phone, tidur ke.

Tapi selalu lah, aku yang jarang pegang phone ni, time aku terpegang tu lah guru besar lalu la, PK lalu..haha. Bukanlah duk main2 pun..tapi kadang tu ada mak ayah budak2 msj..ada call yang rasa macam penting. Dalam 4jam pembelajaran..3 jam 59 minit tak pegang phone..tapi pegang seminit tu lah kantoi. Haha. Tapi time aku tu tak pasti lah dorang pikir apa. Husnu zhon ke tidak. Sebab tak ada tegur direct pun.

Tapi ada lah kawan2 aku yang kena juga sindir2 time mesyuarat. Ke sindir aku? Tak tahu la tu. Sebab ramai terasa. GB cakap, time dia lalu tengok cikgu tu pegang phone je. Kadang2 pihak atasan kena faham jugak, mungkin time dia tengok tu pekerja tu baru je check phone. Mungkin anak demam, nak kena tengok update dengan pengasuh, mungkin ada kecemasan apa2. Ataupun ada juga yang mengantuk terrlampau dan perlu scroll IG 30saat tengok gambar makanan. Hahaha..aku lah tu. Pernah lah sekali dua gitu. Banyaknya macam tak sempat nak mengantuk pun dalam riuh rendah kelas tu.

Lesson daripada itu, menunjukkan betapanya dengan satu kesilapan kita boleh memadamkan kebaikkan lain. Seminit kau tidur, kau pegang phone ke..itu jela yang akan diingat. 3jam 59minit kau bersungguh2 bekerja berhempas pulas sepenuh jiwa tidak diingat.

Dalam kehidupan pun gitulah, sebaik mana pun kita.. tapi bila kita terlepas buat satu je kesilapan, itu jelah yang orang ingat. Yang baik2 kita buat sepanjang hidup tidak disebut2 pun. Bukan kita minta pujian, disanjung. Tapi sekadar penghargaan atas usaha keras. Oklah, tak hargai pun tak apa. Tapi jangan terus menidakkan jasa,kebaikkan yang pernah kita buat. Selalu jugak kita dengar kan, kalau orang tu buat silap ayat2 gini lah keluar "padan lah tu perangai gitu, maknya dulu pun sama.memang keturunan semua perangai tak semenggah". Nah,abis diungkit segala keturunan. Padahal yang baik2 budak tu duk tolong orang, solat 5 waktu, tutup aurat tak ada heran dah. Kalau betul ada salah tu, apa kata kita tukar ayat " awak dah bagus, selalu saya tengok solat dhuha, pakaian.pun cantik..kalau boleh ubah sikit perangai yang ni rasanya lagi cantik kan?". Contoh la tu..nampak positif sikit. Dari kita bagi kata2 negatif je. Memang orang susah nak terima. Sebab secara fitrahnya kita memang terima benda baik2 je.

Teringat dulu ada lecturer aku masuk kelas. Dia masuk je..buat titik kecik atas whiteboard. Dan tanya apa yang kami nampak. Of course lah semua jawab nampak titik kecil tu. Then dia terangkan, itulah perumpaan hidup kita. Seluas2 whiteboard warna putih suci bersih. Tapi bila ada titik kecil satu tu je..itulah jelah yang kita nampak dan sebut. Kenapa tak sebut2 yang putihnya lebih luas tu??
















NAMPAK APA???

No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...