Tuesday, September 20, 2016

W - Two World

Sape tengok cerita ni?
K-Drama, tajuknya W (Two Worlds).

Cerita ni baru tamat minggu lepas. dan aku baru habis tengok semalam last episod tu. Dan rasa nak review drama ni berdasarkan feeling aku. Feeling yang tak sama macam orang lain. haha.

sebelum tu, sinopsi cerita ni lebih kurangnya ialah kehidupan dalam dunia yang kita hidup ni lah, dengan dunia komik. Yes, dalam komik.
Ayah kepada watak utama, seorang pelukis komik. Dia buat cerita mengenai seorang pemuda, watak utama iaitu Hero lah kiranya as Kang Chul. Cerita dalam komik tu bermula bila ibu, bapa, adik2 si Kang Chul ni mati di tembak.
Dan ada watak villain lain yang put blame on Kang Chul. Sebab tak jumpa pembunuh. Memang tak jumpa sebab pelukis komik tu tak letak siapa pembunuh tu. Tiada muka. Sebab dia just buat cam tu, untuk jadikan watak Kang Chul sebagai seorang yang kuat. Yang boleh jadinya cerita, bila heroin (Anak kepada pelukis tu), boleh pulak dia masuk dalam dunia komik tu dan selamatkan hero si Kang Chul tu tiap kali ayah dia nak matikan watak Kang Chul.
tu jelah yang aku boleh cerita kot. Malas nak menaip cerita detail pulak sebab tak ada mood.

Sebab..endingnya bagi aku tak sampai di hati aku. Kisah cintanya juga tak sampai menusuk kalbu aku. Mula-mula excited tengok. rasa lain dari yang lain. ok lah, not bad sebenarnya cerita ni. nama pun drama, dan khayalan. Tak ada logik kan macam mna dunia komik watak-wataknya boleh hidup kan. Nama pun drama, sape kesah. Aku ok je dengan cerita tak logik ni. Tapi untuk W ni, aku expect lebih sikit sebab ceritanya lain dari yang lain.

Endingnya hero dalam komik boleh bersama dengan heroin, sementara bapak heroin ni masuk dalam dunia komik tu dan menghilang. Tak boleh nak terima rasanya ending tu. Ramai jugak yang suka sebab hero-heroin boleh bersama kan. yelah, memang la aku pun kalau boleh nak gitu lah. Hero dan heroin patut bersama. Tapi kenapa perlu korbankan di bapaknya??? kenapa?? ayah kot. dia manusia hidup. Bukan watak dalam komik. Emo kan?hahaha.. kadang-kadang aku rasa tak suka jugak, bila heroin terlalu obses dengan cinta dia pada watak komik tu.Kartun.

Apa nak buat. nama pun drama. Dari awal pun cerita tak logik. So endingnya pun boleh jadi tak logik jugak. just aku kecewa tu la, how ayah dia boleh masuk dalam duni komik tu dan mati gitu. bukannya ayahnya jahat. owh, bapak dia tu yang berlakon watak selfish dalam Train to Busan. sampai ke jadi zombie tetap nak ke Busan. hahaha. k lah. itu aje nak meluahkan. banyak lagi drama aku nak tengok ni. byee.

Hasil carian imej untuk w two worls

No comments:

Internet

Dah lama tak lepak Cyber Cafe (CC). Now aku dekat CC. best lepak sini. Terasa keremajaan disini. Pagi2 ni tak ada orang sangat. Budak2 sek...