Pahitnya mujahadah kerna syurga itu indah

 2.47am.

Normally time ni aku tak tido lagi. Tapi harini masuk tidur sebelum pukul12. Tapi bangun kul1.30 tadi sebab ada panggilan untuk ke toilet. Hihu.

Lepas tu godek2 hp jap, bukak instagram. Sekali lalu tengok update. Then, terstop dekat satu post. Tergaman, i cannot believe. Sedaya upaya untuk positif. Tapi still duk terfikir ni and tanya why..how. aku tak pasti kesahihannya.
Aku kan follow Safie Ilyas tu. Of course semua kenal dia kan. Ramai buat inspirasi atas penghijrahannya. Tapi malam ni aku bukak IG dia namanya dah bertukar balik jadi Sofea ilyas. Gambar pun dah tukar letak gambar dia jadi perempuan balik. Aku tak nak percaya, aku rasa itu hack. Tapi bila tengok lagi dia post video yang memang itu dia, ig dia, dan keputusan dia. Dia mintak maaf, katanya dia penat. Penat dengan cercaan, orang mengata dia.
Allah..betul tu dik. Nak berubah memang banyak halangannya, dugaannya. Ustaz2 pernah kata kan, bila nekad nak berubah tu memang yang turun hasut ialah ketua syaitan. Big boss nya. Senjata hasutan lebih kuat, canggih. Dari situ kena kuat..kuat..kuat dan doa sentiasa.

Macam kes sebelum ni lah, yang artis tu buat keputusan tak nak bertudung. Reason dorang berpatah balik ke jalan tu sebabnya hati tak kuat, sebab orang mengata jugak.
Dan dalam minggu lepas jugak, aku find out, tengo gambar seseorang yang aku kagum dia free hair. Dia study overseas, cantik, pandai. Aku suka tengok dia, kata2 dia, dia pakai tudung sebelum ni. Tapi tiba2 aku tengok adiknya up pic dia tak pakai tudung. Kat IG dia masih tak ada gambar tak pakai tudung tu lagi. Aku harap tak lah, mungkin haritu dia lepak2 dengan family tak pakai tudung. And hopee dia tak bukak sepenuhnya tudung tu.
Kita sebagai orang awam ni juga memang bagi peranan sebenarnya. Why not kita sentiasa sokong, bagi kata2 positif untuk mereka yang berusaha nak berubah ni. Kalau tak mampu diam.
Kalau dia buat salah, bagi semangat lagi bukan hentam. Orang nak berubah tak boleh jadi drastik terus. Kalau ada time dia silap langkah, jangan terus hentam. Sebab dengan hentaman itulah yang buat dia downn dan rasa macam, tak ada apa yang best bila aku berubah ni, tetap kena kutuk. Baik aku jadi macam dulu semula. Jaga-jaga lah bahasa, tulisan kita.

Aku doakan dia cepat2 kembali semula dengan jalan fitrahnya sebelum ni. Allah dah bagi hidayah. Tersesat sekejap, dan boleh ke jalan yang betul semula. Tolonggg sangat jangan kecam mereka2 ni seolah kau Tuhan boleh jatuhkan hukuman. Kita manusia biasa. Buat silap, taubat, esok iman lemah, buat lagi..tapi Allah sentiasa ada, menerima taubat kita. Ya, sebaiknya taubat nasuha dan tak akan buat lagi dosa2 itu. Tapi kalau terbuat lagi, ada rasa menyesal dalam hati, itu Allah sayang kita. Taubat lah walau banyak kali tewas, daripada langsung tak ada detik "aku berdosa".

Betul lah. Nak buat perubahan mudah. Tapi nak istiqamah susah. Jangan nak kata orang lain, tengok kita yang sekarang ni. Korang pakai tudung? Labuh mana? Stokin pakai tak? Baju longgar tak? Mulut,mata jaga tak? Yang laki, maim bola pakai seluar atas lutut ke bawah lutut? Mata jaga tak? Itu bab aurat, bab solat lagi lah. Awal waktu ke solat setiap waktu tu. Hari2, istiqamah ke?
Kalau ya, and anda berjaya semua tu Alhamdulillah. Doakan untuk kami yang belum mampu nak buat ni. Zohor tepat solat orang azan, asar dekat maghrib. Subuh gajah. Gitula..niat sentiasa ada, ada yang usaha juga kunci jam siap2, plan nak tahjud, nak ke masjid. Tapi kita manusia,tak sempurna. Pincang kiri kanan. At least terus mencuba, doa banyak2 kan. Moga istiqamah lah kita untuk setiap kebaikkan, dan sentiasa upgrade diri.

Aku sendiri pernah rasa, tak guna aku pakai pakai tutup2 litup semua, tudung labuh, baju longgar, pakai stokin tapi banyak lagi dosa. Solat hujung2, zikir tak istiqamah, al quran setakat sehelai dua, tak pun al mulk je baca dalam sehari tu. Rasa macam, ape bende la aku tunjuk kat luar macam solehah pakaian, tapi hakikatnya perangai, akhlak tak solehah mana. Jauhh. Rasa hipokrit. Tapi takkan dengan sebab tu aku nak tukar imej aku, bukak tudung, atau tukar tudung pendek, tak yah pakai stokin segala. Sebab untuk tutup aurat itu juga satu struggle untuk aku dulu. Nak labuhkan tudung, macam2 eksperimen. Nak kekal pakai stokinn sangat mencabar. Walau sekarang masih belajar, sebab turun g pasar malam depan rumah, tempat2 dekat2 ada time tak pakai.
Semuanyaa kita namakam proses kan.
Kita cuba. Diri tak berapa bagus, kita sedar Alhamdulillah, cuba untuk berubah. Tapi jangan nak tunggu akhlak kita 100% bagus baru nak cari tudung pakai. Macam juga kes orang pkai purdah, jilbab labuh tapi buat perangai gedik2. Kita kata, baik tak payah pakai tudung gitu, pakai jilbab perangai macam ni. Jangan!!. Kenapa kalau perangai tak elok, tak boleh nak belajar pakai tutup aurat? Sekurangnya dia dah mulakan step tu. Lama2 insyaAllah, kalau buat kerana Allah, slowly yang lain2 pun aku turut berubah lebih baik. Doakan sahaja.

Doakan aku dan mereka2 yang hati masih berbolak balik ni, untuk sentiasa kuat, istiqamah untuk berubah pada jalan yang haq. Doakan kami.

Ya Allah, ampuni dosa dosa kami, tetapkan hati kami dengan iman padamu. Hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, bangkitkan kami dalam iman, masukkan ke syurgamu dengan iman. Aminn.




Comments

Popular posts from this blog

Psikologi Problem?

Biskut Arab / Suji

dulu sekarang