Wednesday, September 7, 2016

Kita pilih apa yang kita nak

.
2 days ni aku log out Fb, Instagram. Tak bukak, biar noti pun tak naik, so that aku tak perlu buka. Sebab aku ni, bukak nak tengok noti untuk aku je, pastu mula la, setengah tak sudah. Scroll wall, baca itu ini yang kadang2 tu benda tu tak de bagi faedah. Tak berniat nak baca pun, tapi terrbaca juga sebab godaan tengok headline, gambar, kuasa viral. Huh.

Whatsapp tu tak masalah sangat, sebab mesej untuk kita dalam tu, dan tak beban mana pun sebenarnya. Melainkan naik noti daripada group2 dropship yang aku join. Urusan jual beli, kelas niaga..biasa lah, tak ganggu sangat pun untuk aku.

Aku decide malas dah nak habiskan masa di FB baca kisah viral orang. Masuk Instagram stalk ntah sape sape. Kadang2 memang tak berniat pun nak tengok dia tu. Tapi bila lalu update dia, eh tetiba la kalau terrmenarik g bukak profilenya dan scroll tengok update dia dari 3,4 tahun lepas. Tak gila namanya.

Dan rasa tenang sangat 2 hari ni. Aku bukak, baca, tengok apa yang aku nak je. Aku google apa-apa lah yang aku suka, baca blog travel, masak, tips kurus.haha. bukak you tube tengok kdrama, tengok my boys yang lama aku abaikan itu JYJ esp my Yoochun. Best la wei. Cuba try. Aku challenge korang no fb, no insta, no twitter. Rasa macam, sangatt lah ada life. Dah lama tak rasa macam ni. Sebelum ni rasa tertanya2 jugak, sape aku ni? Aku buat apa ni? Aku kerja apa ni?..haha.

Aku buat ni sebab utamanya aku malas nak baca cerita orang, malas nak ambil tahu orang lain makan apa. Maksud aku orang lain tu, orang yang aku tak kenal, dan aku tak nak ambik tahu. Kalau orang aku nak peduli, tak de masalah. Nak tahu boleh mesej, ora buka fb, insta kejap dan direct ke profile dia. Gitu jela. Bukannya aku nak sekat semua, tak nak kawan dengan sape2.

Dan jugak, sometimes. Kita tend to bandingkan hidup orang dengan hidup kita. Punca orang tak puas hati dengan seseorang, dengki ke sebab macam ni lah. Tak boleh tengok orang lebih. Sifat manusia. Lumrah. Itu yang jadinya kuar nasihat2, mesej berantai jangan bagi orang show kebahagiaan, jangan upload pic makan, pic cinta, pic pergi melancong, pic kawen. Jangan upload, nanti orang yang tak de tengok dia sedih. Bagi aku, yes aku ngaku kekadang aku pun jeles tengok orang update benda yang aku tak ada. Jadi perlu ke aku mesej orang tu, larang dia jangan upload pape sebab aku tak suka?? Aku tak rasa molek attitude macam tu. Orang yang tunjuk tu belum tentu dia nak show off, riak ke apa. Dia nak share, mungkin ada member2 dia yang suka tengok. Macam aku pun ada aku suka baca update2 orang lain, member, family ke. Mana dorang pergi, makan apa, cerita apa. Tak semua lah aku rasa jeles. Aku, kita sendiri pun share kekadang tu kan apa yang kita ada, pergi pasar malam ke. So, kita boleh tunjuk, orangn lain tak boleh?? Sebab kita tak dapat macam dia? Wrong idea i think. Melainkan orang tu memang niat riak sungguh2, ada niat jahat. Itu berserahlah, halnya dengan Tuhan.

 Thats why la, aku decide aku yang kena pilih. Semuanya pada aku, pada diri sendiri. Kau nak tengok apa, nak baca pasal apa? Kau pilih sendiri. Jangan bagi orang suakan pape2 je pada kau, then kau tak puas hati, xsuka pada benda tu pastu mengamuk, makan hati, mengata, mengumpat dan sewaktu dengannya.

Elaklan makan hati sendiri. Makan hati ayam ok, tapi bahaya jugak untuk darah tinggi. Tapi aku lebih suka hati lembu, sebab dia cam cheww sikit. Haha.. melalut. K bye. Ingat, kau pilih apa yang kau nak tengok. Jangan salahkan orang kalau dia tunjuk apa yang kau tak nak tengok. Dia tak paksa kau tengok, baca kan?? So, tak nak tengok blah. Kata kata untuk diri sendiri tu.


1 comment:

Diarios said...

betul tu kak kekadang online tu lama betul smpai tak perasan waktu bergerak pantas. btw follow sini #235
follow back and keep in touch kak :D

Hati Kita

Ikhlas tu payah nak sembang. Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?  Entah lah. Selalu...aku takut dengan setiap kata2, n...