Sunday, June 28, 2015

#Cabaran20Hari : Pengalaman Sahur

Sahur...
Kalau ikutkan aku lebih suka sahur daripada berbuka.
tak tahu nak describe macam mana.
tapi sahur tu rasa macam ada something special.
walaupun berat nak buka mata.
time kecik2 dulu memang la..susah nak bangun.
dah membesar ni makin lama makin suka suasana sahur.
and...aku makan sahur lebih daripada berbuka. (kecuali tahun ni, sebab tengah diet..hahaha).
aku rasa akulah orang yang paling lalu nak makan waktu sahur.
nasi ke roti..bagi aiskrim pun aku belasah. everything yang dinamakan makanan, maka boleh lah masuk dalam mulut ni.

Kalau nak cerita pengalaman sahur.
Banyak la version of sahur ni dari kecik sampai tua ni.
Kecik2 dulu sahur kat rumah, of course semua mak sediakan.
Eh dah besar ni pun kalau kat rumah memang mak yang sediakan juga.
Bangun ngap je.
kalau nak kira masa kecik dulu aku taklah berselera mana makan sahur.
bangun pun macam berperang rasa.
Pastu termenung je kat meja makan.
Tapi rasanya start belajar makan banyak sahur adalah waktu kat asrama.

Aku masuk asrama masa form3. konon2 nak PMR kn.. duk asrama.
Merasalah kan duduk asrama walaupun setahun. Berpuasa kat sana.
Pagi-pagi pukul4 dah berbunyi loceng.
Yang pasti waktu sahur lauk dia ayam. Ayam masak merah.
Asrama korang tak tahu la macam mana.
Tapi asrama sekolah aku ni, kebiasaan rules untuk menu makanan ialah, kalau lunch lauk ayam, maka dinner lauk ikan. Begitu juga sebaliknya.
Kalau lunch dah ayam, makan kurang lah orang pergi dinner. sebab lauk ikan kan. Tak laku sangat. Memilih je semua. Termasuk aku. hahaha
tapi kalau dah lapar makan je lah apa2 pun.
Kalau time puasa ni, dorang trick kami dengan menu tu lah.
Sahur sentiasa lauk ayam, nak suruh semua bangunnn sahur.
Tapi untuk berbuka x lah selalu lauk ikan.
Time puasa special lah sikit.
Bunyi loceng pukul4 lbh tu dah bangunlah, sarung jubah dan tudung, dengan muka swollen semua. Turun, beratur ambik nasi. Makan.
Makan nasi.
Beratur panjang tunggu mak letakkan. Oh, kami panggil tukang masak dewan makan tu dengan panggilan mak semua..
So..telan jelah semua makanan mengikut jumlah yang diletakkan.
Dari situ kot aku belajar makan banyaaakkkk...hahaha...
Belajar makan berat untuk sarapan and pagi2.
Nice memory untuk dikenang walaupun setahun je.
Sahur ramai-ramai dengan kawan-kawan.

Berbeza time duduk asrama/hostel/rumah sewa peringkat Universiti ni.
Mana ada tukang masak nak sediakan. Haha.. sendiri mahu ingat lah wei,,,
kalau kat hostel tu, sebelum puasa aku balik kg dulu.
Balik ambik stock makanan. tak pun suruh mak postkan..
serunding daging, sambal bilis. Beli lah kicap, roti, nestum and segala makanan.
Satu beg penuh makanan je.
Kadang-kadang masa berbuka, beli nasi lebih sikit.
Simpan untuk sahur, Makan dengan serunding.
takpun telan lah roti, buat air milo, nestum ke.
Time kat hostel juga aku belajar makan roti dengan serunding.
Roti letak madu. Not bad.
Mula2 pelik tengok kawan ambik roti dan tuang madu atas roti tu.
Bila dah try, hmm...boleh lah.
Memang jenis yang pemakan, dan telan segalanya kan. haha..
Aku memang akui, tak cerewet bab makan ni.
Tak adalah rasa nak request untuk sahur kena buat ayam goreng ke. No.
Apa yang ada aku makan.
Kalau tak ada apa2 untuk dimakan baru rasa nak ngamuk.

Dah membesar, dewasa ni.
Reti pulak dah makan sahur dengan supplemant, meal replacemant segala.
Dah pandai nak jaga kesihatan.
Kalau dulu nasi dikaulah segalanya. Paling kurang pun roti dan biskut.
But now, shake2.. telan. hahaha..
kan banyak supplemant yang ada sekarang.
Soya, susu,, coklat, kopi.. semua ada.
Untuk bagi tenaga, nak putih, nak sihat.
Minum benda alah tu ok dah.

Sahur tu sunnah.
Bangun ambik sahur untuk puasa, ikut sunnah dan bagi tenaga.
tenaga untuk kita teruskan kehidupan seharian.
untuk tambah point dengan Dia.
makan yang mana perlu.
cukuplah.
dah besar kan.

tak perlu pujuk nak bangun.
tak perlu umpan dengan ayam golek.
tak perlu hidang segala untuk senang.
tak perlu berperang nga nasi kat meja makan.
bila kita dah cukup matang.
untuk faham apa itu sahur.
untuk apa kita sahur.



No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..