Saturday, June 27, 2015

#Cabaran20Hari : Erti Puasa

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah and wow!! dah masuk ke-10 kita berpuasa. 1/3 dah. Sekejap je masa berlalu. Dan tertanya-tanya pada diri sendiri. What i hv done for this 10days??? huhu.. sama-sama muhasabah diri. Hope dapat tingkatkan lagi prestasi untuk Dia dalam 20hari yang masih berbaki ni.

okey..citer pasal Erti Puasa pada aku. Erti puasa bagi aku berbeza2 masa kecil, naik remaja, sekarang dah dewasa dan mungkin tua nanti pun berbeza. Puasa tu sama. Tujuan Allah suruh kita berpuasa pun sama je sejak dahulu. Tak berubah. Tapi minda manusia yang mentafsir itu berubah, mengikut tahap pemikiran, persekitaraan, ilmu pengetahuan yang mereka miliki.

Masa kecik2 dulu. Tiba puasa rasa excited sebab fikir dah nak raya. Kalau boleh puasa nak cepat2 jela.
Puasa sekadar belajar tahan lapar dan dahaga.
Malam ikut mak pergi terawih.
Pastu main bunga api.
Hujung ramadhan excited nak buat biskut raya. Shopping baju, kasut, beg raya. Gitu jelah.. itu dalam tempoh umur 6-10 tahun lebih kurang.
Ingat puasa, ingat raya.
Konsepnyaaa..huhu

Bila umur dah meningkat. Ada sedikit kematangan tu, kesedaran maka erti puasa turut berubah. Dalam umur peringkat remaja awal dari 11-15 tahun rasa dah mula faham apa itu puasa sebenarnya.

Dikhabarkan bulan ramadhan ni bulan penuh rahmat dan keberkatan. Apa sahaja yang kita buat yang baik akan dilipat ganda lagi pahalanya.
Ada lailatul qadar.
Jadi buat lah.
P ngaji quran, p terawih, dengar tazkirah. Buat qiamulail malam ganjil je. Siap kira ni, ok hari malam 22 xpayah bangun. Lepas sahur tidur balik. Kalau malam 23 ke 25,27 rajin sikit bangun awal.
Duduk la solat tahjud sekejap sebelum sahur.
Itupun kalau time buat lah.

Buat semata nak dapat pahala yang dikatakan berlipat ganda tu.
Ikhlas belum ada. huhu..
Dan nak malam lailatul qadr tu sebab dikatakan malaikat turun, pastu nanti kalau kita jumpa malam tu ada some feeling, malaikat peluk kita, ada keganjilan2 berlaku.huhu...sebab ustaz ustazah, mak ayah duk citer macam tu.
Pada pemahaman aku masa tu.
Tanpa memahami sebenarnya apa yang mereka nak sampaikan.
Tapi ok lah, berperingkat kita faham tu.

Then untuk peringkat boleh dikatakan late remaja, nk masuk dewasa awal.. 16-21 tahun.
Tahap ni, satu benda baru yang masuk dalam diri ialah ikhlas.
Mengenal erti amal dan ikhlas.
Walaupun tak sepenuhnya. Ikhlas itu hanya Allah yang mengetahui tahap mana kita ikhlas. Tapi we learnt to..
Rasa nak buat, nak puasa, nak solat, khatam quran, qiam ke...buat semua tu dengan rasa ikhlas kerana Allah. Ada la rasa tu.. pahala tu tetap nak kejar.
Ibarat nak kejar gaji. Duk membayangkan juga, ni kalau aku ngaji habis 1 juzu' hari ni, berapa ribu pahala dah dapat ni. Kira..kira..kira. Macam kira duit.
Dah terselit feeling gembira dengan ramadhan ni.
Rasa nikmat ada dalam bulan puasa.
Mencari-cari lagi arah rasa itu.
Tapi tetap gigih lagi nak mengira pahala.
Buat semua tu, untuk kejar pahala.
Sebab rasa, that's the reason kita beribadat kepada Allah kan?? nak dapatkan pahala.
Untuk?? Masuk syurga. Banyak pahala maka boleh masuk syurga.
Itu kefahaman pemikiran remaja dan awal dewasa aku.

And now, i'm 24 years old.
Dah dewasa betul dah rasa..haha.. dewasa akhir dah kot. Banyak perubahan yang rasa 2,3 tahun ni.
3 Ramadahan kebelakangan ni, feeling dia is.."ramadhan jangan pergi".
because we love in. Fall in love with ramadhan.
Nak let go dia pergi rasa sedih.
Aku banyak belajar dan mula faham.
Apa yang kita cari dalam hidup ni sebenarnya??
Apa yang kita harapkan daripada Allah sebenarnya??
kalau sebelum ni pahala..pahala..pahala semata yang menjadi kejaran.
Tapi aku lupa dan mungkin belum mengerti masa tu.
satu konsep.. "REDHA ALLAH".
and faham maksud "TAKLIF" atau tanggungjawab. That's....

Tujuan utama kita.
Apa yang kau harapkan dari Allah sebetulnya???
now...hanya redha, rahmat dan kasih sayang ALLAH yang aku harapkan.
yang kita semua harapkan.
Nak itu je.
Buat apa-apa sebab harap Allah redha.
Allah sentiasa sayang kita, sentiasa ada bersama kita.
Harap Dia tak tinggal kita.

Sebagai satu analogi, kita sayang mak ayah kita.
Sayang tak terkira kan kat dorang?
kita harap dia selalu bersama kita.
Apa sahaja yang kita buat untuk dorang adalah nak menggembirakannya.
nak2 bila dah besar ni.
Mungkin masa kecik dulu kita kalau mak suruh pergi kedai, minta upah 20sen, upah aiskrim ke apa.
Tapi dah besar ni, mak tak suruh pun tapi kita rela hati tanya. nak masak apa? nak makan apa. nak beli apa2 x?
Kita pergi belikan, kita tolong mak masak, buat kerja rumah.
Lepas buat semua tu adakah kita mintak upah lagi dengan dorang??
kalau dah tak ada mintak upah tu means,kita dah ada rasa tanggungjawab..ikhlas dan redha.
Kita buat sebab kita sayang dorang, kita nak dorang rasa bahagia dan paling penting kita nak dorang sayang kita selamanya, redha pada kita atas segalanya agar hidup kita tenteram.

Same goes juga dengan mencari redha Allah ni.
Pahala datang bila Allah redha.
Itu yang aku pegang sekarang.
Seek for redha 1st.
Then apa sahaja yang kau nak akan dapat lepas tu.
Pahala, syurga, kesenangan dunia, nak doa makbual and so on.
Bila redha,maka Dia sayang. Bila Dia sayang He's willing to do everything for us. Everything!!!
tanpa kita minta.
Sebab Dia tahu apa yang kita nak, apa yang terbaik untuk kita.

So, untuk ramadhan dan puasa.. ertinya pada aku sekarang ialah platform untuk rai redha Allah, nak tarik perhatian Allah untuk DIA lihat aku dengan pandangan kasih dan rahmatNya. Amin...

No comments:

Hati Kita

Ikhlas tu payah nak sembang. Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?  Entah lah. Selalu...aku takut dengan setiap kata2, n...