Tuesday, December 31, 2013

chill

31/12/2013

quick update sempena hari last untuk 2013 ni.. sana sini duk wish happy new year. ada apa dengan new year?? melainkan hanya nombor yang berubah.. nak berazam baru apatah lagi. sebab azam ni tiap-tiap hari pun boleh.. aku ni berazam la banyak mana pun kalau setakat keazaman ni mulut tu taklah tercapai.. so, kita berazam dalam hati je.. berharap, mahu buat yang terbaik untuk esok, lusa lebih baik.. dan tak perlu tunggu tahun baru, sila tanamkan keazaman tu hari2...  

tapi ikut adatnya memang orang akan senarai wishlist dia... rasa macam nak senarai jugak.haha.. tapi wishlist jelah, kalau setakat azam nak kurus tu..hmmm dah giveup..haha.. okey, 2014!!!! nakkkk sangat start travel. kita mula yang dekat2 dulu.. bunyi travel tu macam over the sea kan. tapi tak semestinya. travel sebelah kg pun boleh... bukan nak bercuti yang betul2 bercuti pergi berehat tu.. tapi aku lebih kepada nak mencari,mengembara, melihat alam ciptaan Allah. harap2 lah dimurahkan rezeki.. round 1 Malaysia dulu..

nak buat bisnes!! ada tak bisnes2 yang best... tapi xbrape suka MLM..kecuali kalau benda yang jelas dan xperlu nak carik2 orang sangat.. nak berniaga pun tak tahu nak jual apa. tapi aku suka shopping.. yes shopping online! sangat gila.. nanti2 next entry akan ku tunjuk resit2 pembayaran, longgokan kertas poslaju skynet, citylink etc.... kalau ada bisnes yang okay tu kongsi2 la.. bukan nak berbisnes sampai untung juta2 pun..just sambilan..

no more k-pop2??? erkk.. okay sebenarnya benda ni memang dah lama aku slow2 kan.. bukan tinggalkan terus..tapi slow sikit.. sebab banyak lagi komitmen lain seiring dengan peningkatan umur dan tanggungjwab.. but still kalau kata nak tinggal terus tu tak boleh janji.. alah, bukannya aku layan gila sangat.. setakat group dbsk/jyj je.. group lain mana la aku layan.. cumanya jadi crazy fan tu yang agak tenat.. benda yang aku slow2 kan adalah membeli belah barangan dorang.. tahun ni tak de beli apa kot.. last beli Rooftop Prince DVD..yeaa paling mahal sekali tu..memang patut la tahun ni tak boleh beli benda lain.. lagi pun dorang tak de kuar dengan benda2 baru sangat.. aku akan gila membeli kalau melibatkan Park Yoochun.. dan yoochun berkait dengan JYJ.but jyj tak de album baru.. drama baru yuchun pun tahun depan..huuhuu.. minat tu tetap minat esp toward PYC.. mr6002.. tapi xmahu gila2 dan mengadap 24jam.. download yang penting2..nak shopping pun yang penting2 je.. (ada ke yang penting kat dorang tu???hhihi).. alaa terapi diri untuk orang yang tak de bf ni kan.duit nak beli topup untuk bergayut tak habis, nak beli makeup,baju cantik2 untuk jumpa bf pun tak.. so habiskan kat korea la.. boyfriend alam maya.. tapi sampai bila??? sampai aku jumpa my mr right.. ^__^

err..sebut pasal mr right..tahun depan dah 23tahun.. "dah" ke "baru" ?? 23 tahun rasa macam muda je lagi. belum mencapai had umur untuk mencari dan dicari..haha..belum terdesak! ke memang dah kena mencari?? aku bab mencari memang boleh sangat dan ramai sangat..tapi untuk saling "bersangkut" antara satu sama lain tu memang ntah bila la terjadi.haha. okay nak citer sikit my perancangan (esok exam Dasar dan Perancangan Sosial..hehe..). perancangan masa depan aku.. (Allah yang tentukan). habis belajar dalam umur 25tahun macam tu.. harap sangat dengan rezeki Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ni moga dapat kerja cepat-cepat.kalau tak dapat moga-moga panjang akal ni untuk cari rezeki sendiri.. harapan aku nak jaga mak ayah dulu.nak bawak dorang berjalan-jalan dulu.. Mekah tu pasti.. tapi nak ajak p Korea ke..hahaha.. tak tahu nak cakap macam mana, just rasa masih nak bersama mereka.. tengok my sis umur 27tahun tak kahwin lagi macam best je cuti sekolah boleh balik kg, rumah mak ayah sendiri..melepak kat rumah boleh belanja mak ayah,tolong bayar time shopping2.. raya pun best, semua ada kat rumah.. tapi macam-macam mana pun fitrah manusia, Allah jadikan kita dengan fitrah untuk berpasangan dan diciptakan manusia juga dengan berpasangan. jadi tak boleh nak menolak fitrah tu. sape tak nak kahwin? xnak bercinta? xnak orang jaga,ada tempat nak berkongsi rasa,masalah,membina keluarga sendiri?? semua nak kan.. tapi perancangan ke arah tu mestilah bertepatan. semua ada cara, ada harapan.. bagi aku, nak bahagiakan mak ayah, family tu dulu.. baru best nak pergi kat orang lain.. pas2 nak travel!!!!(aku gila sangat2 nak travel ni..bukan main2).. dapat pergi tempat luar yang best2 pun jadiklah walaupun tak xsempat nak keliling dunia.. Mekah, Madinah, Turki, Korea, Jepun, China, Australia, New Zealand, Switzerland..........huhuhu.. lepas settle semua tu and puas hati baru nak kahwin!! tapi dengan sape?? tu yang jadi masalah...hihiihih... target aku nak kahwin umur 27/28.. paling awal pun 26.. boleh?? (masalahnya ada orang nak ke???macam best je duk target2 tu). and the reason why aku belum mahu mencari,menahan diri, bermujahadah walaupun nak juga and belum bersedia untuk dicari adalah kerana tak mahu cinta2 bagai rak.. cukuplah kalau ada yang nak, and aku pun nak, datang rumah jumpa mak ayah..kita bincang terus.kalau dia ok,ada agama, akhlak baik,ada kerja, serasi bersama boleh la langsungkan terus.. kita bercouple lepas kahwin..boleh??? sebelum kahwin kita kawan2 je and tak nak over2.. ok stop la pasal kawen2 ni.xkan habis duk berangan. ni berangan and perancangan manusia yang serba kekurangan and punya banyak kelemahan.. sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui dan Dia yang menentukan.. terima sahaja ketentuannya...wallahualam.. 

okay dah..banyak pulak mengarut.. tujuan utama nak tulis entry untuk akhir tahun je.. esok  exam 2nd paper.. doakan yang terbaik, boleh jawab and aku tak blur dalam dewan tu..amin..


sambil2 study untuk subjek Dasar n Perancangan Sosial esok, baca balik benda y aku conteng ni.. ni masa lect cakp, "kamu semua kena ada perancangan.kita bukan just nak merancang pasal pembangunan, pelancongan and keduniaan ni.. akhirat kena rancang jugak. and masa depan kamu pun kena rancang..nak buat perancangan kena tentukan mana priority kamu dulu..." dan terus aku conteng2 kat bawah tu.hha.. kenapa PTPTN duk atas? sebab tu adalah HUTANG..and kita kena selesaikan hutang dulu ya adik2,akak2..n then kereta..why?sebab untuk kemudahan..tu saje tuls kereta. motor, basikal pun boleh..kalau rumah depan stesen komuter pun xpe..asalkan ada kemudahan untuk bergerak pergi mana2.. kalau tak macam mana nk jalankan t/jwb? n then bawah2 tu macam biasa la..Mekah, untuk mak ayah, family,me,  travel, rumah.. dan kahwin??selalu last kan..haha. ntah2 lepas ni aku kahwin paling awal kot..mana tahu.. doakan jelah mana terbaik.. i okey je..keke.. 


okey...jumpa lagi tahun depan..!! 2014!! moga dirahmati dan diredhai Allah sentiasa di dunia and akhirat.. amin...



LOVE them forever and ever.. till jannah.. <3 td="">

No comments:

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

Jom join. Hadiah misteri ni.. Bukak blog tu, boleh dengar lagu Beauty and Beat ya... hehe..