Sunday, October 21, 2012

Psikologi Problem?


Assalamualaikum...

Sesak nafas? nafas pendek2? rasa macam bernafas tu xlepas,xpuas? sakt atau tekanan bahagian dada??
sape yang pernah,sedang melalui simptom2 ni??
yes i did... sebelum tu.. baca artikel dibawah ni dulu :

---------

Di sini saya sertakan beberapa sebab sakit dada dan karakter spesifik yang berkaitan :
1. Masalah Jantung
• Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)
• Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)
• Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
• Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
• Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur
• Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
• Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya
• Sakit pada mana-mana bahagian badan
• Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
• Kulit kebiru-biruan
• Bengkak kaki

1. Bukan masalah jantung

• Masalah system pencernaan :
-Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian belakang di tengah-tengah dada
-Rasa masam atau rasa makanan keluar semula kedalam mulut
-Mempunyai masalah menelan makanan
-penghasilan air liur yang berlebihan
-rasa mual, pening, dan muntah

• Masalah system pernafasan :
-sakit dada secara tiba-tiba
-nafas pendek ketika melakukan aktiviti mahupun ketika rehat
-batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah)
-sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada (sharp pain)
-denyutan jantung menjadi kencang
-Sakit dada yang bertambah baik atau buruk dengan perubahan posisi badan
-Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda batuk atau menarik nafas dalam

• Masalah otot dan tulang :
-Sakit pada bahagian dada sewaktu anda menekannya dengan tangan
-sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam
-nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada jika bernafas dalam-dalam)
-mengalami jangkitan kuman atau demam pada masa-masa sebelum sakit dada

• Psikologi (tekanan diri)
-sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul
-denyutan jantung menjadi kencang
-nafas menjadi pendek
-berpeluh berlebihan tanpa sebab

• Kanser
• Organ dalam badan pecah
-sakit pada bahagian badan atau dada secara tiba-tiba dan merebak kebelakang
-bahagian depan badan menjadi keras (abdominal rigidity)
Bila anda perlu berjumpa dengan pengamal perubatan?
BILA-BILA MASA ANDA BERASA SAKIT PADA BAHAGIAN DADA.
Anda tidak perlu membuang masa memikirkan sebab sakit dada anda. Anda juga tidak perlu risau jika anda tidak didiagnosikan dengan apa-apa penyakit setelah melalui pemeriksaan.
TERUS KE HOSPITAL dan NYATAKAN ADUAN ANDA!

Rawatan di rumah sementara dalam perjalanan ke hospital
1. Jika anda mengesyaki ianya serangan jantung berdasarkan karakter-karakter symptom yang spesifik, terus mengunyah pil aspirin 160mg (maksima). Anda perlu mengunyahnya sebelum menelan untuk penyerapan dan tindak balas ubat yang cepat
2. Jika anda mengesyaki ianya seranganpada salur pencernaan ; acid di bahagian perut yang menyebabkan inflamasi pada esophagus, sila mengambil antacid.

Secara konklusinya, anda perlu terus mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doctor, samada rawatan di rumah member kesan ataupun tidak

Bagaimana untuk mendapatkan penjelasan yang optimum dan rawatan yang berkesan sementelah anda melaporkan diri ke hospital?
Sila LAPORKAN kepada doctor:
1. Symptom-simptom yang anda alami. Jika boleh, nyatakan rentetan symptom yang anda alami secara kronologi sehinggalah symptom yang paling terbaru yang menyebabkan anda mengambil keputusan untuk mendapatkan terus rawatan dari hospital
2. Nyatakan latar belakang kesihatan anda dan keluarga seperti apa- apa penyakit, ubat yang diambil.
3. Nyatakan jika anda mengalami apa-apa kecederaan pada bahagian dada
4. Nyatakan kehidupan peribadi anda juga seperti apa-apa perubahan yang berlaku dalamm hidup seperti masalah keluarga, peperiksaan, dan lain-lain
Sila BERTANYAKAN kepada doctor :
1. Apakah kemungkinan- kemungkinan yang menyebabkan saya sakit dada?
2. Apakah ujian kesihatan yang perlu saya lakukan?
3. Perlukah saya tinggal di hospital untuk pemeriksaan lanjut?
4. Apa rawatan yang saya perlu jalani buat masa ini?
5. Apa rawatan dan ujian lanjutan yang saya perlu jalani pada masa akan datang?
6. Apa yang perlu saya lakukan dan elakkan apabila saya pulang ke rumah?
7. Perlukah saya berjumpa doctor pakar?

Ujian yang perlu anda laksanakan apabila mendapat pemeriksaan di hospital
1. ECG (paling basic dan perlu)
2. Ujian darah

Apabila keputusan ujian menunjukkan tanda-tanda yang mengkhuatirkan, doctor akan menyarankan beberapa ujian lanjutan ;
1. X-ray
2. Ujian tekanan (stress test)
3. CT scan
4. MRI
Rawatan
Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai berpandukan sebab sakit dada. Rawatan hendaklah dilaksanakan sekaligus dengan pencegahan untuk mengelakkan serangan sakit dada untuk kesekian kalinya.

Cadangan penulis
Di sini, saya ingin menyatakan bahawa keterangan pemeriksaan kesihatan yang saudari susulkan tidak terlalu terperinci.
Adakah saudari menjalani ujan ECG dan apakah keputusannya? Adakah saudari menyatakan dengan jelas simptom-simptom yang dialami kepada doktor? Saudari juga ada menyatakan bahawa doktor mendiagnosikan saudari mengalami jangkitan kuman pada tulang rusuk sebagai punca sakit dada, namun, sudahkan doktor tersebut membuat beberapa ujian untuk menyatakan TIDAK pada PUNCA UTAMA KEMATIAN iaitu SAKIT JANTUNG?
Di sini, saya mencadangkan agar jika saudari atau mana-mana kenalan mengalami sakit dada untuk kesekian kalinya, dan untuk mengelakkan saudari berjumpa doktor berulang-ulang kali di pusat rawatan yang berlainan untuk mendapatkan pemeriksaan yang berkesan demi mengenal pasti sebab sakit dada saudari, saya berharap, agar keterangan dan panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu saudari mendapatkan rawatan yang optimum pada setiap pemeriksaan yang pertama. Wallahualam


p/s:mohon share and copy ya untuk tuan punya blog tu.. tak ada ruangan untuk komen atau tnggalkan pesan dekat blog tu.. tq.. ^^

okey..berbalik pada masalah aku tu...rasanya,mmg selalu kot jadi mcm ni..tp lama2 hilang.. kalau siang hari blh tahan lagi la.. tp time malam, nk tidur,mmg waktu yang mendebarkan..lepak atas katil pukul12... pukul 3,4 baru tido..tu pun lepas buat sedikit "treatment".. bila tidur..rasa mcm tekanan kat dada.. tarik nafas,mcm xlepas.. kena bernafas pendek2... 1 je cara nk bagi biar lega sikit tekanan kat dada n oksigen masuk,iaitu dengan menguap...paksa menguap..tp y seksa bila xdapat menguap...mcm xjadi..benda ni terjadi ikut masa jugak la.. terpaksa bangun kejap..minum air.. dan "treatment" special y aku buat... bukak laptop,pasang something yang boleh tenangkan diri..zikir Syamil, alunan2 y tenang, muzik y ulit tidur, and meditasi..rasanya,cara ni berkesan..

selalu jugak google pasal benda ni..nak tahu sakit apa..biasa,kalau kalau sakit dada atau masalah pernafasan orang kaitkan dengan jantung kan.. nauzubillah..mintak dijauhkan,wlaupun kekadang terpkir jugak.. lepas jumpa artikel yang atas tu,aku renung,cuba rasakan pada diri sendiri, rasanya, masalah aku adlah termasuk dalam sakit PSIKOLOGI.. huhuhu... sebab??
benda ni akan menyerang bermusim..dan pada ketika yang tertentu.. time tgk citer,baca novel ke, sembang2 dengan kawan dan time aku buat sesuatu yang mengembirakan,rasa macam ok je..bila xde nak buat apa2,time nk tidur tu, otak kosong, so datang pkir mcm2.. asaiment banyak,esok dalam kelas ada kena buat apa,esok kelas full,sempat tak nak study...dan len2... bila je pkir benda2 mcm ni,terus rasa semput dah...xdapat kontrol... sebab aku xde masalah batuk2, bengkak kat mana2 ke..loya,mual, demam.... tp dalam masalah psikologi tu,semua tanda aku alami..

• Psikologi (tekanan diri)
-sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul  (ya,bla pkir sesuatu yang menyesakkan,akan rasa tekanan tu)
-denyutan jantung menjadi kencang (yang ni xselalu la...)
-nafas menjadi pendek (selalu sangattt....)
-berpeluh berlebihan tanpa sebab (xselalu jugak...hehe)

rasanya ya la kot...aku ni,masalah psikologi kuat jugak...bukan masalah mental erk.. contoh,pasal kucing..ya,aku alah dengan kucing..time lepak2 kafe ke,dalam keadann biasa..tiba2 lalu kucing..lalu je pun...terus rasa mcm geli2 tekak,hidung, sesak nafas dah rasa..padahal,aku xrasa pun, bulu2 kucing tu boleh terbang dengan hanya beliau lalu je... dan,situasi ke2, aku duduk jelah kat mana2 pun.. ada kucing sebelah aku..dekat je..tp aku xperasan..duduk dalam berjam2..tp xde masalah pun.. yang jadi masalah,bila tengok...dats why,aku rasa ni just masalah pskologi.. 
apa2 pun, semua kuasa DIA.. harap2 dijauhkan dari masalah2 yang serius.. amin~
jagalah kesihatan sebaik mungkin... ^^


**latest update (4/7/2015)
ya Allah..rupanya ramai yang mengalami masalah ni.
Entry ni aku tulis dulu saje2 nak share masalah diri dan aku rasakan ni masalah pelik lah bagi aku kan.
Tapi tengok komen, ramai yang ada masalah sama.
kena menguap dulu baru boleh tarik oksigen masuk semua.
dan ramai yang google pasal masalah ni.
aku sekarang ni...lepas 3 tahun artikel ni ditulis.
Rasa macam dah ok sikit dah masalah ni.
Rasa sesak tu dah jarang2 berlaku. ada lagi... kadang2 dia datang.
mungkin sebab tekanan, macam aku citer atas tu..psikologi problem,
dan mungkin sebab pencernaan jugak.
sebab...selalu bila lepas makan, nak sendawa dia kuar sekali dengan makanan.
ini masalah baru yang aku alami. susah.
rasa macam stress je, makan kuar balik.
penyelesaian dia, makan sikit2..kunyah lumat2. minu air suam,
aritu aku minum Ephyra.. just share ni,bukan jual..
aku minum sebab untuk kulit muka, nak hilangkan parut jerawat n konon nak flawless lah kan.
Tapi...Alhamdulillah, rupanya berkesan tu pada sistem pencernaan aku and masalah sesak nafas ni.
dah mudah nak sendawa tanpa muntah balik. Kira cam angin mudah lah nak kuar.
Nafas pun ok... not totally ok...tapi semakin baik.
mungkin boleh juga kalau nak cuba Ephyra tu. ikhtiar.

Then...pasal masalah sesak nafas ni ramai bimbangkan sebab jantung kan.
Macam yang artikel atas tu, boleh jadi jantung, boleh jadi bukan.
Kalau rasa simpton tu x ada bawah sakit jantung, alhamdulillah.
tapi tetap kena berhati2.
yang UTAMA sekarang ialah jaga pemakanan!!! seriously, aku banyak belajar pasal pemakanan sekarang.
Bila nak tidur, aku x boleh tidur telantang, dada jadi sempit, macam kena hempap. Kena mengiring, which is sunnah kan.. tak apalah.
tapi pemakanan kena jaga sangat. Cuba elakkan yang berlemak.
Risau benda tu sebenarnya yang boleh block sistem pernafasan kita,jantung kita.
yang mana mengalami masalah ni, boleh cuba jaga pemakanan tu and bersenam jugak,

1- sujud lama2 dalam solat atau buat senaman.

2-Minum air banyak2... sehari sekurangnya 2 liter. (aku belajar minum air masak 3,4 liter sehari. Best!!)

3-jangan tertekan. cuba elakkan tekanan. Sebab bila tertekan tu yang jadi masalah ni. Cuba buat benda2 yang menggembirakan.

we try... aku still fight lagi dengan masalah ni. Pelan2 juga nak cuba ubah lifestyle kepada yang lebih sihat. tapi kalau masalah korang teruk, baik jumpa doktor.
wallahualam. moga ada manfaat dari perkongsian entry ni.


Update 16/7/2016
Makin ramai yang share pengalaman sakit ni. hmm, hope bukan sakit lah. Tapi simpton.
Aku sekarang? Sekarang rasa macam kerap jugak kena nafas pendek2 ni. Tapi xlah teruk sampai tak tidur. Sebab dia just ganggu kejap2 je. No doubt, i think y utama sebab TEKANAN. kalau tengah stress, fikir banyak memang akan jadi sesak. And aku juga ni, kalau terlampau fokus buat sesuatu xingat nak bernafas. Boleh??haha.. Sedar2 macam rasa sesak, baru bernafas balik, itu pun kena tarik panjang2, and menguap. Now pun ada tengah alami masalah ni sebab fokus menulis kan. Tapi belum mengnggu kehidupan harian aku terlampau la. Still blh control.
Second, sebab kesihatan. Aku makin gemuk weyyy..haha. Penyebab jugak tu sesak nafas, rasa pendek2 nafas. Korang gemuk gak ke? Kalau tak, mungkin jugak sebab pemakanan macam aku citer atas tu.

Kesimpulanya, pada yang tanya aku samada masih alami benda ni. my answer is YES. masih ada. Tapi tak risau sebab aku tahu sebabnya. sebab stress and tak jaga kesihatan, tak jaga makan. Kejap jaga, kejap tak. bila nak insaf ntah.

tq y sudi share pengalaman tu, sudi kome. Maaf tak dapat reply sorang2, yang drop no phone pun aku tak dapat nak whatsapp sembang2 nga korang gak. Busy sikit and terlepas pandang jugak komen2 dalam entry ni. Moga kita diberikan kesihatan yang baik, sembuh dari segala kesakitan. Moga Allah permudahkan segalanya. Aminn.


Update 29/9/2017

Okey....topik ni nampaknya memang ramai yang singgah. Dan alami simptom2 tu. And aku pun sekarangmasih lagi ada simpton tu, cuma kita pandai2 control lah. And, dalam sebulan dua ni, aku baru tahu apa yang aku alami tu, kebanyakkan tanda tu sebenarnya mendekat, hampir sama dengan tanda2 Anxiety Disorder., anxienty ni satu penyakit(not sure istilah dia penyakit ke, gejala ke apa), yang berkait dengan psikologi. Iaitu KERISAUAN yang melampau. Kau akan pikir sesuaty benda tu melebihi. Kebanyakkan tak boleh tidur sebab terlalu fikir pasal mati, fobia pada sesuatu, suka mereka2(imagine) sesuatu secara berlebihan...contoh duk fikir takut naik kapal terbang, nanti kena hujack,..pastu kena bunuh...kapal trrhempas ke. Banyaakk lagi sebenarnya.. dalam semua tanda2 tu, aku rasa 90% aku ada. Nanti aku blog tulis entry khas pasal anxiety disorder tu.

22 comments:

Rabia Sensei said...

salam, singgah blog cute awak^^
Info menarik

Anonymous said...

Salam..saya google2 penyakit sesak nafas ni, jumpa blog awak..and apa yg awak rasa, awak kongsikan sebijik macam yg saya alami dan sedang alami sejak 5-6tahun yg lalu..penyakit nafas pendek, tak puas sedut oksigen, seksanya..memang nak kena menguap baru rasa mcm lepas bebanan kan..sy skg dah smpai satu tahap batuk2 dah..baru lagu beberapa bulan..cuba cari penawar tak jumpa2..awak mcm mana ?

faizatul izuan said...

Sy ade gastrik n myebabkn sesak nafas...tp kdng2 bl gastrik dh hilng tiba2 sy boleh rase sesak nafas krn perasaan terlalu tkut pnyakit dtg kembali.mungkin tekanan n perasaan terlalu takut mmbuatkn sy sesak nafas..

hafizal mohd said...

Semua tu blh dikatakan panic attack... Di bawah penyakit anxiety disorder. Jumpa psy.. Sy ni dah berapa hari pendek nafas ni..

hafizal mohd said...

Semua tu blh dikatakan panic attack... Di bawah penyakit anxiety disorder. Jumpa psy.. Sy ni dah berapa hari pendek nafas ni..

ashieta ashley said...

Saya x taulah kalau saya ade panik attack ke x..saya mudah nervous, jantung mudah berdegup laju, peluh sana sini kalau dh nervous, cepat letih lesu, cepat mengah kalau buat keje berat, nafas pendek2 je ase
(salu x puas bernafas).saya ade asma gak.maybe ni kesan inhaler yg saya salu pakai ke?x tau nak ckp ape dh.saya buntu.help.

Hilmi Masrur Musa said...

Aku alami sesak nafas dan nafas tak puas, terpaksa menguap.... Baru puas, selagi tak menguap selagi tuh terasa terseksa.. Mula mula akh ingat aku sorang jek alami masalah ni, syukurlah aku jumpa blog ni.. Rupanya baru aku tahu ramai lagi yg sama nasib ngn aku, memang betol alu nafas tak puas dan kdang kla terpaksa menguap baru boleh puas dan semua oksigen boleh masuk.... Nak tido pon seksa, rasa mcm nak nangis pon ada gak kdang2. Oklah admin, aku akan cuba buat apa yg ko suruh... Thanks...

mohd sufian said...

baru kena palpilation 2 hari lepas.jantung kencang tiba2.106 perminute.nasib baik kerja hospital.so cpt2 g emergency.dktr kata jantung xda masalah.cuma kena stop rokok n bersenam.aku heavy smoker sejak 17 tahun.sekarang dh 33 tahun umur

naomey omey said...

Sy pon sdg alami sesak nafas,, kene mnguap,, lau menguap tp xdpt trik oksigen and bernafas lega,, sy jd makin teruk,, penah satu tahap smpai nk telan air liur pon xley,, kdg smpai lidah kering and hmpir pitam sbb oksigen xsmpai,, tq ade entry ni, sy pon rs sy under psikologi ,, sebelum ni xpenah rs mcm ni,, bru bape buln ni,, aritu da ok,, ni dtg balek,, doc kate gastric,, sofar x penah lg wat ecg & cek drh,, ingt ke nk cek semua la,, takot jugak,, mintak dijauhkn dr skit serius,, sbb sy rs sy xnormal mcm owg lain,, xtau la nape,, tq blog awk ni,, sedikit sbyk ad info utk yg alami,,

naomey omey said...

Sy pon sdg alami sesak nafas,, kene mnguap,, lau menguap tp xdpt trik oksigen and bernafas lega,, sy jd makin teruk,, penah satu tahap smpai nk telan air liur pon xley,, kdg smpai lidah kering and hmpir pitam sbb oksigen xsmpai,, tq ade entry ni, sy pon rs sy under psikologi ,, sebelum ni xpenah rs mcm ni,, bru bape buln ni,, aritu da ok,, ni dtg balek,, doc kate gastric,, sofar x penah lg wat ecg & cek drh,, ingt ke nk cek semua la,, takot jugak,, mintak dijauhkn dr skit serius,, sbb sy rs sy xnormal mcm owg lain,, xtau la nape,, tq blog awk ni,, sedikit sbyk ad info utk yg alami,,

Sya Yusuff said...

Wa..sama la masalah kita.sy siap buat ECG..blood test.result ok.

sy rasa betul kot panic attack atau kaitan masalah anxiety disorder. Sb sy mula rasa cmni bila start mkn ubat..stlh di diagnosed mengidap penyakit SLE.

Mungkin rasa ni dtg disebabkn rasa takut melampau/stress.syukur terbaca info kt cni. Ingatkn sy je yg alami benda ni.Terima kasih sb share..

Yusnizar Yussof said...

salam.. now tgh rase x puas nak nafas.. mmg betul panik attack ..semua pon da bt cek darah, ok..,cume nadi ade miss beat,doc kate bole jadik sebb stress..mmg i ade gastrick..tapi disebab kan byk pikir bukan2 jadik pendek nafas..tq sebb share.. :)

Nurul Nazwa said...

sgt3 risau..sy dh 4hari loya tekak,brnafas mcm x ckup oksigen je rsa,x boleh trkejut ..sakit dada .. brhrap tiada apa yg serius .. sy psakit asthma&brhrap hnya effect dri inhaller ..esok lusa wajib jumpa doc..tq info ye awk..

Salahudin Abd aziz said...

Saya pun nafas xpuas mengikut masa tertntu!! Tp bila sy pantau blik dri sndri sy mula sedar semuanya bermula apabila sy gastrik! Gastrik sy bkn pedih tp dia hentam nafas dan perut sy kembung. Sebu sgt. So bila kena mcm ni perasaan sy mula xmenentu sehingga sy mengarut fikir nk mati. Dr gastrik sy kena panic attck. Sy shaking dan rasa ringan badan. Tp sy akan cpt2 cari mak sy atau tunang sy utk berbual atau kuar umah.. Dan sy mkn ubat gatstrik.. Nnt tanpa sedar sy akan ok sndri.. Mlm ni jg sy kena lg.. Arggg stress sgt!! Skit belakang sy tarik nfs sedalam nya tau!!! Rasa nk nagis pun ada😭😭 tp sy da biasa. Permakanan jg kena jaga. Tp kdg2 sy bantai jg apa yg sy xleh sbb nafsu.. Hehe.. Sy mmg keturunan gastrik🙆🏻 so pada kwn2 yg alami mcm sy.. Jgn risau.. Sy jg alami bnda yg sama. Ssh bnafas.. Nafas yg xpernah puas... Tp sy bkn all the time. Sy kena masa gastrik je

Mohammad Farid said...

Ya Allah . Rupanya ada jugak pengalaman yang sama disini . Sy juga mengalami masalah yang sama . Nafas terasa pendek . Tp kalau sorg mula lah gelisah tu dtg smpai seram sejuk . Nak tido jgn cerita . Mmg seksa . Sampai nk kerja pun yak komfiden . Dah buat da semua ecg test cek paru2 tekanan darah semua xrayy tp keputusan nya normal . Sy masih keliru apa kah masalah sy ni ada kne mengene dgn penyakit kronik atau masalah panic attack . Dokter hanya ckp mungkin sy terkena gastrik atau GERD . MASALAHNYA sy langsung tak sakit perut . Malah nafsu makan xpernah berkurang . Cuma yang sy alami sekarang ialah nafas pendek . Tarik nafas tak puas . Mungkin ini dugaan Allah . sy redha . Dan harap masalah ini akan selesai . Inshallah .

Faqrul Mohamad said...

simtom saudari semua sama cam saya...admin add wassup sy 0148292889

Amirah Hisyam said...

saya mengalami perkara yg sama juga , first time dtg rasa susah nak bernafas pada 29/12/15 lps 3bln boleh bernafas seperti biasa and now kembali balik susah bernafas tu T.T susah nak concentrate belajar n terpksa menguap balikx2 dlm class , now awak masih mengalami susah nak bernafs ke?

precilla fookmin said...

Salam semua, sy pun ada masalah yg sama, ada masa tu sy akan rasa pening hanyut, bdn berpeluh dan nafas pendek..sekali-sekali tu rasa mcm dada tengah atas perut mcm dicucuk-cucuk..bru2 ni sy dengar susu nespray jga bagus sekiranya masalah gastrik..sy cuba minum dan beransur pulih...
Pernah jga ditahan di emergency pasal kes yg sama lepas drip dan di suruh rehat..sy dibenarkan plg..
ECG sda buat dan Dr cakap normal, kemarin ada pg jmpa Dr pakar gastrik..Dr ckp mmg ada gastrik tp lebih kpd angin di usus besar..mmg cirit birit jga..sekarang Dr bg antibiotik utk usus dan ubat gastrik..rasa lega sikit tp masi rasa pening2 dtg sekali sekala dan perut rasa senak..
Harap-harap tiada la yg serius..

Anonymous said...

Byknya pesakit seangkatan sy rupanya.. sy alami anxiety.. seksa melalui hari2, smoga Allah sembuhkan penyakit ini dan smua yg mgalami..

Faqrul Mohamad said...

YUP..Mudahan2 ALLAH cepat sembuhkan penyakit kita ini..

Anonymous said...

Saya pn mengalami simptom yg sama..bika g check doc ckp panic disorder..dpt ubat penenang (alprazolam)..but sy xpernah mkn ubat tu coz sy ad baca pasal kesan ubat penenang ni..lg satu selruh bdan sy ad rasa mcm kurang deria rasa..mcm ad sikit kekebasan..sdh 6 bulan, alhamdulillah panic attack xd dtg lg..but numbness tu still lg smpi skrg..walaupun sikit..terutama bahagian tangan dan kaki (kebiasaannya bila anggota bergeseran akan rasa mcm x tersentuh)..sy bnyk muhasabah, lifestyle sy sblm ni..aggap sbagai kifarah Allah untuk hapus dosa..
Kalau ad yg berkongsi pendapat blh wssp sy 0177453982... Semoga bermanfaat utk semua..

fairuz othaman said...

Baru lepas kena...tak boleh telan air liur ms tu dtg sesak nafas..biasa sy boh minyak angin kat perot n blakang

Hati Kita

Ikhlas tu payah nak sembang. Macam mana ikhlas? Betul ke ikhlas? Tahap mana ikhlas tu?  Entah lah. Selalu...aku takut dengan setiap kata2, n...