Assalamualaikum...
Sesak nafas? nafas pendek2? rasa macam bernafas tu xlepas,xpuas?
sakt atau tekanan bahagian dada??
sape yang pernah,sedang melalui simptom2 ni??
yes i did... sebelum tu.. baca artikel dibawah ni dulu :
---------
Di sini saya
sertakan beberapa sebab sakit dada dan karakter spesifik yang berkaitan :
1. Masalah Jantung
• Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure),
sesak (fullness), ketat (tightness)
• Terasa panas ( searing pain) di bahagian
dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih
spesifiknya ; tangan kiri)
• Nafas pendek dan penat setelah melakukan
aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
• Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari
tidur
• Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan
meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur
• Sakit yang mengambil masa beberapa minit,
kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih
kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
• Nafas menjadi pendek, berpeluh secara
tiba-tiba, pening dan loya
• Sakit pada mana-mana bahagian badan
• Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
• Kulit kebiru-biruan
• Bengkak kaki
1. Bukan masalah jantung
• Masalah system pencernaan :
-Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian
belakang di tengah-tengah dada
-Rasa masam atau rasa makanan keluar semula
kedalam mulut
-Mempunyai masalah menelan makanan
-penghasilan air liur yang berlebihan
-rasa mual, pening, dan muntah
• Masalah system pernafasan :
-sakit dada secara tiba-tiba
-nafas pendek ketika melakukan aktiviti
mahupun ketika rehat
-batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah)
-sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian
dada (sharp pain)
-denyutan jantung menjadi kencang
-Sakit dada yang bertambah baik atau buruk
dengan perubahan posisi badan
-Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda
batuk atau menarik nafas dalam
• Masalah otot dan tulang :
-Sakit pada bahagian dada sewaktu anda
menekannya dengan tangan
-sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam
-nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada
jika bernafas dalam-dalam)
-mengalami jangkitan kuman atau demam pada
masa-masa sebelum sakit dada
• Psikologi (tekanan diri)
-sakit dada menyusul selepas perasaan takut
muncul
-denyutan jantung menjadi kencang
-nafas menjadi pendek
-berpeluh berlebihan tanpa sebab
• Kanser
• Organ dalam badan pecah
-sakit pada bahagian badan atau dada secara
tiba-tiba dan merebak kebelakang
-bahagian depan badan menjadi keras (abdominal
rigidity)
Bila anda perlu berjumpa dengan pengamal
perubatan?
BILA-BILA MASA ANDA BERASA SAKIT PADA BAHAGIAN
DADA.
Anda tidak perlu membuang masa memikirkan
sebab sakit dada anda. Anda juga tidak perlu risau jika anda tidak
didiagnosikan dengan apa-apa penyakit setelah melalui pemeriksaan.
TERUS KE HOSPITAL dan NYATAKAN ADUAN ANDA!
Rawatan di rumah sementara dalam perjalanan ke
hospital
1. Jika anda mengesyaki ianya serangan jantung
berdasarkan karakter-karakter symptom yang spesifik, terus mengunyah pil
aspirin 160mg (maksima). Anda perlu mengunyahnya sebelum menelan untuk penyerapan
dan tindak balas ubat yang cepat
2. Jika anda mengesyaki ianya seranganpada
salur pencernaan ; acid di bahagian perut yang menyebabkan inflamasi pada
esophagus, sila mengambil antacid.
Secara konklusinya, anda perlu terus
mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doctor, samada rawatan di rumah member
kesan ataupun tidak
Bagaimana untuk mendapatkan penjelasan yang
optimum dan rawatan yang berkesan sementelah anda melaporkan diri ke hospital?
Sila LAPORKAN kepada doctor:
1. Symptom-simptom yang anda alami. Jika
boleh, nyatakan rentetan symptom yang anda alami secara kronologi sehinggalah
symptom yang paling terbaru yang menyebabkan anda mengambil keputusan untuk
mendapatkan terus rawatan dari hospital
2. Nyatakan latar belakang kesihatan anda dan
keluarga seperti apa- apa penyakit, ubat yang diambil.
3. Nyatakan jika anda mengalami apa-apa
kecederaan pada bahagian dada
4. Nyatakan kehidupan peribadi anda juga
seperti apa-apa perubahan yang berlaku dalamm hidup seperti masalah keluarga,
peperiksaan, dan lain-lain
Sila BERTANYAKAN kepada doctor :
1. Apakah kemungkinan- kemungkinan yang
menyebabkan saya sakit dada?
2. Apakah ujian kesihatan yang perlu saya
lakukan?
3. Perlukah saya tinggal di hospital untuk
pemeriksaan lanjut?
4. Apa rawatan yang saya perlu jalani buat
masa ini?
5. Apa rawatan dan ujian lanjutan yang saya
perlu jalani pada masa akan datang?
6. Apa yang perlu saya lakukan dan elakkan
apabila saya pulang ke rumah?
7. Perlukah saya berjumpa doctor pakar?
Ujian yang perlu anda laksanakan apabila mendapat
pemeriksaan di hospital
1. ECG (paling basic dan perlu)
2. Ujian darah
Apabila keputusan ujian menunjukkan
tanda-tanda yang mengkhuatirkan, doctor akan menyarankan beberapa ujian
lanjutan ;
1. X-ray
2. Ujian tekanan (stress test)
3. CT scan
4. MRI
Rawatan
Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai
berpandukan sebab sakit dada. Rawatan hendaklah dilaksanakan sekaligus dengan
pencegahan untuk mengelakkan serangan sakit dada untuk kesekian kalinya.
Cadangan penulis
Di sini, saya ingin menyatakan bahawa
keterangan pemeriksaan kesihatan yang saudari susulkan tidak terlalu
terperinci.
Adakah saudari menjalani ujan ECG dan apakah
keputusannya? Adakah saudari menyatakan dengan jelas simptom-simptom yang
dialami kepada doktor? Saudari juga ada menyatakan bahawa doktor mendiagnosikan
saudari mengalami jangkitan kuman pada tulang rusuk sebagai punca sakit dada,
namun, sudahkan doktor tersebut membuat beberapa ujian untuk menyatakan TIDAK
pada PUNCA UTAMA KEMATIAN iaitu SAKIT JANTUNG?
Di sini, saya mencadangkan agar jika saudari
atau mana-mana kenalan mengalami sakit dada untuk kesekian kalinya, dan untuk
mengelakkan saudari berjumpa doktor berulang-ulang kali di pusat rawatan yang
berlainan untuk mendapatkan pemeriksaan yang berkesan demi mengenal pasti sebab
sakit dada saudari, saya berharap, agar keterangan dan panduan ini sedikit
sebanyak dapat membantu saudari mendapatkan rawatan yang optimum pada setiap
pemeriksaan yang pertama. Wallahualam
p/s:mohon share and copy ya untuk tuan punya blog tu.. tak ada
ruangan untuk komen atau tnggalkan pesan dekat blog tu.. tq.. ^^
okey..berbalik pada masalah aku tu...rasanya,mmg selalu kot jadi
mcm ni..tp lama2 hilang.. kalau siang hari blh tahan lagi la.. tp time malam,
nk tidur,mmg waktu yang mendebarkan..lepak atas katil pukul12... pukul 3,4 baru
tido..tu pun lepas buat sedikit "treatment".. bila tidur..rasa mcm
tekanan kat dada.. tarik nafas,mcm xlepas.. kena bernafas pendek2... 1 je cara
nk bagi biar lega sikit tekanan kat dada n oksigen masuk,iaitu dengan
menguap...paksa menguap..tp y seksa bila xdapat menguap...mcm xjadi..benda ni
terjadi ikut masa jugak la.. terpaksa bangun kejap..minum air.. dan
"treatment" special y aku buat... bukak laptop,pasang something yang
boleh tenangkan diri..zikir Syamil, alunan2 y tenang, muzik y ulit tidur, and
meditasi..rasanya,cara ni berkesan..
selalu jugak google pasal benda ni..nak tahu sakit
apa..biasa,kalau kalau sakit dada atau masalah pernafasan orang kaitkan dengan
jantung kan.. nauzubillah..mintak dijauhkan,wlaupun kekadang terpkir jugak..
lepas jumpa artikel yang atas tu,aku renung,cuba rasakan pada diri sendiri,
rasanya, masalah aku adlah termasuk dalam sakit PSIKOLOGI.. huhuhu... sebab??
benda ni akan menyerang bermusim..dan pada ketika yang tertentu..
time tgk citer,baca novel ke, sembang2 dengan kawan dan time aku buat sesuatu
yang mengembirakan,rasa macam ok je..bila xde nak buat apa2,time nk tidur tu,
otak kosong, so datang pkir mcm2.. asaiment banyak,esok dalam kelas ada kena
buat apa,esok kelas full,sempat tak nak study...dan len2... bila je pkir benda2
mcm ni,terus rasa semput dah...xdapat kontrol... sebab aku xde masalah batuk2,
bengkak kat mana2 ke..loya,mual, demam.... tp dalam masalah psikologi tu,semua
tanda aku alami..
• Psikologi
(tekanan diri)
-sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul (ya,bla pkir sesuatu
yang menyesakkan,akan rasa tekanan tu)
-denyutan jantung menjadi kencang (yang ni xselalu la...)
-nafas menjadi pendek (selalu sangattt....)
-berpeluh berlebihan tanpa sebab (xselalu jugak...hehe)
rasanya ya la kot...aku ni,masalah psikologi kuat jugak...bukan
masalah mental erk.. contoh,pasal kucing..ya,aku alah dengan kucing..time
lepak2 kafe ke,dalam keadann biasa..tiba2 lalu kucing..lalu je pun...terus rasa
mcm geli2 tekak,hidung, sesak nafas dah rasa..padahal,aku xrasa pun, bulu2
kucing tu boleh terbang dengan hanya beliau lalu je... dan,situasi ke2, aku
duduk jelah kat mana2 pun.. ada kucing sebelah aku..dekat je..tp aku
xperasan..duduk dalam berjam2..tp xde masalah pun.. yang jadi masalah,bila
tengok...dats why,aku rasa ni just masalah pskologi..
apa2 pun, semua kuasa DIA.. harap2 dijauhkan dari masalah2 yang
serius.. amin~
jagalah kesihatan sebaik mungkin... ^^
**latest update (4/7/2015)
ya Allah..rupanya ramai yang mengalami masalah ni.
Entry ni aku tulis dulu saje2 nak share masalah diri dan aku rasakan ni masalah pelik lah bagi aku kan.
Tapi tengok komen, ramai yang ada masalah sama.
kena menguap dulu baru boleh tarik oksigen masuk semua.
dan ramai yang google pasal masalah ni.
aku sekarang ni...lepas 3 tahun artikel ni ditulis.
Rasa macam dah ok sikit dah masalah ni.
Rasa sesak tu dah jarang2 berlaku. ada lagi... kadang2 dia datang.
mungkin sebab tekanan, macam aku citer atas tu..psikologi problem,
dan mungkin sebab pencernaan jugak.
sebab...selalu bila lepas makan, nak sendawa dia kuar sekali dengan makanan.
ini masalah baru yang aku alami. susah.
rasa macam stress je, makan kuar balik.
penyelesaian dia, makan sikit2..kunyah lumat2. minu air suam,
aritu aku minum Ephyra.. just share ni,bukan jual..
aku minum sebab untuk kulit muka, nak hilangkan parut jerawat n konon nak flawless lah kan.
Tapi...Alhamdulillah, rupanya berkesan tu pada sistem pencernaan aku and masalah sesak nafas ni.
dah mudah nak sendawa tanpa muntah balik. Kira cam angin mudah lah nak kuar.
Nafas pun ok... not totally ok...tapi semakin baik.
mungkin boleh juga kalau nak cuba Ephyra tu. ikhtiar.
Then...pasal masalah sesak nafas ni ramai bimbangkan sebab jantung kan.
Macam yang artikel atas tu, boleh jadi jantung, boleh jadi bukan.
Kalau rasa simpton tu x ada bawah sakit jantung, alhamdulillah.
tapi tetap kena berhati2.
yang UTAMA sekarang ialah jaga pemakanan!!! seriously, aku banyak belajar pasal pemakanan sekarang.
Bila nak tidur, aku x boleh tidur telantang, dada jadi sempit, macam kena hempap. Kena mengiring, which is sunnah kan.. tak apalah.
tapi pemakanan kena jaga sangat. Cuba elakkan yang berlemak.
Risau benda tu sebenarnya yang boleh block sistem pernafasan kita,jantung kita.
yang mana mengalami masalah ni, boleh cuba jaga pemakanan tu and bersenam jugak,
1- sujud lama2 dalam solat atau buat senaman.
2-Minum air banyak2... sehari sekurangnya 2 liter. (aku belajar minum air masak 3,4 liter sehari. Best!!)
3-jangan tertekan. cuba elakkan tekanan. Sebab bila tertekan tu yang jadi masalah ni. Cuba buat benda2 yang menggembirakan.
we try... aku still fight lagi dengan masalah ni. Pelan2 juga nak cuba ubah lifestyle kepada yang lebih sihat. tapi kalau masalah korang teruk, baik jumpa doktor.
wallahualam. moga ada manfaat dari perkongsian entry ni.
Update 16/7/2016
Makin ramai yang share pengalaman sakit ni. hmm, hope bukan sakit lah. Tapi simpton.
Aku sekarang? Sekarang rasa macam kerap jugak kena nafas pendek2 ni. Tapi xlah teruk sampai tak tidur. Sebab dia just ganggu kejap2 je. No doubt, i think y utama sebab TEKANAN. kalau tengah stress, fikir banyak memang akan jadi sesak. And aku juga ni, kalau terlampau fokus buat sesuatu xingat nak bernafas. Boleh??haha.. Sedar2 macam rasa sesak, baru bernafas balik, itu pun kena tarik panjang2, and menguap. Now pun ada tengah alami masalah ni sebab fokus menulis kan. Tapi belum mengnggu kehidupan harian aku terlampau la. Still blh control.
Second, sebab kesihatan. Aku makin gemuk weyyy..haha. Penyebab jugak tu sesak nafas, rasa pendek2 nafas. Korang gemuk gak ke? Kalau tak, mungkin jugak sebab pemakanan macam aku citer atas tu.
Kesimpulanya, pada yang tanya aku samada masih alami benda ni. my answer is YES. masih ada. Tapi tak risau sebab aku tahu sebabnya. sebab stress and tak jaga kesihatan, tak jaga makan. Kejap jaga, kejap tak. bila nak insaf ntah.
tq y sudi share pengalaman tu, sudi kome. Maaf tak dapat reply sorang2, yang drop no phone pun aku tak dapat nak whatsapp sembang2 nga korang gak. Busy sikit and terlepas pandang jugak komen2 dalam entry ni. Moga kita diberikan kesihatan yang baik, sembuh dari segala kesakitan. Moga Allah permudahkan segalanya. Aminn.
Update 29/9/2017
Okey....topik ni nampaknya memang ramai yang singgah. Dan alami simptom2 tu. And aku pun sekarangmasih lagi ada simpton tu, cuma kita pandai2 control lah. And, dalam sebulan dua ni, aku baru tahu apa yang aku alami tu, kebanyakkan tanda tu sebenarnya mendekat, hampir sama dengan tanda2 Anxiety Disorder., anxienty ni satu penyakit(not sure istilah dia penyakit ke, gejala ke apa), yang berkait dengan psikologi. Iaitu KERISAUAN yang melampau. Kau akan pikir sesuaty benda tu melebihi. Kebanyakkan tak boleh tidur sebab terlalu fikir pasal mati, fobia pada sesuatu, suka mereka2(imagine) sesuatu secara berlebihan...contoh duk fikir takut naik kapal terbang, nanti kena hujack,..pastu kena bunuh...kapal trrhempas ke. Banyaakk lagi sebenarnya.. dalam semua tanda2 tu, aku rasa 90% aku ada. Nanti aku blog tulis entry khas pasal anxiety disorder tu.
update 22.11.22
masih lagi hadapi masalah ini. tapi aku dah tahu dan boleh control. rasanya betul kot anxienty. Dulu tak tahu kan, sekarang disorder ni makin diberi pendedahan dan simptom aku pun lebih kepada anxienty ni. Cuma bila dah tahu, belajar kontrol otak untuk bertenang,untuk tidak berfikir bukan2. kadang menjadi, kadang tak. Tapi cuba... lawan yang terdaya. InsyaAllah,moga Allah bantu semua.