Saturday, August 7, 2010

LIVE MUST GO ON..

p/s-rommate aku tngah pasang lagu raya..hu3..gile semangat wok..tp best la gak tangkap leleh malm2 buta nie..ha3..


HADAPILAH HIDUP INI DENGAN PENUH KECERIAAN.. WALAU APAPUN YANG BERLAKU PADA HARI2 LEPAS..HARI INI, ESOK DAN SETERUSNYA BUKANLAH HARI KELMARIN,HARI LEPAS YANG TELAH BERLALU..JIKA SEMALAM KITA LALUI DENGAN GEMBIRA, JADIKAN MEMORY YANG TERINDAH..JIKA HARI SEMALAM  KITA LALUI DENGAN DERITA, USAH ULANGI DETIK ITU, HANYA TOLEH UNTUK MENGAMBIL PENGAJARAN..JANGAN SEKALI2 ,MELANGKAH KE BELAKANG UNTUK MENGULANGI HARI YANG SURAM ITU KEMBALI..KERANA ITU AKAN MENAMBAHKAN LAGI PENDERITAAN DIRI..

HIDUP PERLU DITERUSKAN..MULAKAN HARI INI DENGAN LEBIH BAIK DAN GEMBIRA..HADAPI DENGAN TENANG DAN TABAH.. BERSIH DAN SUCIKAN HATI, MOHON PADA ALLAH, DEKATKAN DIRI PADA NYA, MAAFKAN SEMUA, BERIKANKAN SENYUMAN, JAUHI HASAD DENGKI, BERBUAT BAIK PADA SEMUA MAKHLUK..INSYA-ALLAH, HARI YANG DILALUI AKAN LEBIH BERMAKNA DAN CERIA..

Friday, August 6, 2010

RINDU..!!!

SALAM 1 MALAYSIA..

bila kita rindukan sesuatu or seseorang, mesti semua benda xmenjadi..segalanya bercampur aduk.. semuanya jadi tertekan..silap sikit, kita akan sensitif, cuba bandingkan orang lain dengan orang yang kita rindu n ingat..seolah2 kita nak biar orang yang berada di samping kita ni memahami n boleh kadi seperti orang yang kita rindui itu..same gak dengan suasana..bila dh ingat2 ni, mulalah banding2 kan.. kenapa la boleh jadi macam tu.. sedangkan keadaan kita sekarang dah Alhamdulilah okey.. teman disamping kita pun alhamdulilah okey..tapi disebabkan kerinduan itulah, maka terjadilah perasaan sedih yang terlampau dan mengharapkan orang n keadaan disekiling kita berubah menjadi seperti apa yang kita mahukan.. hu3..



Apa sebenarnya yang aku rindu?? yang pasti bukan insan lelaki yang bergelar kekasih.. tidak sama sekali.. aku rindu mak ayah, family,kg,rumah, n member2 gila2 aku masa kat sekolah.. sangat2 rindu..ditambah dengan tekanan sebab schedul yang full, assgment, aktvt x bhenti2.. bila kat hostel, hrapkan seperti kat umah..rindu femily mak,ayah,akak2 n adik2..walaupun mggu lepas dah balik,tp tetap rindu jugak, mgkin bercampur dengan stress kot.. dengan kwan2 kat cnie lak , harapkan seperti kawan2 dalam geng aku.. wlaupun berpisah jauh2,tapi hubungan kitaorg still rapat n pantang cuti wajib jumpa.. skang pun bila ada masalah, kitaorg akan saling mencurahkan perasaan..kebanyakan masalah yang dialami lebih kurang sama je..



Tapi.. xboleh cam gnie..sekarang aku berada di bumi unisza, perlu menerima kwan2 disini seadanya.. semuanya baik, just x memahami betul2 diri kita n xsama dengan member2 ku.. sama gak cam suasana kat umah, macam mana nak sama kan..kat cnie aku perlu blaja, bukan macam kat umah, boleh rehat n buat apa saje.. inilah perngorbanan yang perlu dilakukan.. 

Jadi, inilah pentingnya setiap hari kita perlu memohon pada Allah.. ini semua adalah ujian.. aku selalu ingtkan diri sendiri yang Allah hanya menguji hambanya mengikut kemampuan hamba itu.. jadi aku yakin, Allah turunkan segala kesulitan, kesedihan dan kehibaab aku ini untuk lebih menguatkan aku dan aku boleh mengatasi segalanya..insyaAllah..  
Ya Allah, berikanlah kekuatan pada hambaMu yang kerdil dan hina ini..berikanlah kekuatan serta ketabahan hati,jiwa ku untuk terus menghadapi dan mengharungi kehidupan dan perjuanganku ini.. aku harapkan segala dugaan yang Kau berikan padaku ini adalah satu rahmat buatku.. amin..



Wednesday, August 4, 2010

XSUKE!! XSUKE!! XSUKE!!



aku xsuke perasaan aku skang..
aku xsuke keadaan aku skang..
aku xsuke diri aku skang..

ade masa aku suke..ada masa xsuke..kdang2 aku suke2..what happend 2 me??
malas blaja?? malas masuk kelas?? assgment banyak??
hmmm...tapi...bukan tu je.........erkkk... ntah lah........

malas nak pikir dah...biar jelah..

citer doraemom ntv7 kul7.30


layan komik kalu tngah stress best gak kan,,hu3..

???

zzzzzzzzzzzzzzzzzzz     
tido lagi bestz...

p/s- gmbar2 ini tiada kena mengena secara langsung mahupun tidak langsung.. hiburan semata2..

Monday, August 2, 2010

TAHNIAH IMAM MUDA!!!..



ASSALAMUALAIKUM...
rasanye blom terlmbat lagi nk update entry pasal imam muda..3hari yang lepas baru kan..
bukan ape, xsempat nak menulis2 nie..just klau copy paste apa yang aku bace,ok la.. tp pagi ni insyaAllah nk menulis sikit.. menaip..ha3..esok kelas kul2 kan.. so..ok lah tido lambat sikit, kalau x cari nahas la tersengguk2 lam kelas.. wlaupun assgment berlambak2..tp still steady je aku nie.. insyaAllah nanti akan selesai jugak tugasan2 tersebut, asalkan kite gigih n xputus ase.. lari tajuk la plok..ok berbalik pada program imam muda..

 30hb/07/2010,malam final program imam mada musim pertama.. alhamdulilah dah tamat n berlangsung dengan jayanya.. kebetulan masa tu khamis, jumaat n sabtu aku balik umah..emergency case..he3.. so bleh layan malam final imam muda la jumaat malam ari tu.. mmg best..terharu n seronok je tengok.. berlainan benor dari tengok konsert af or rncangan hiburan yang lain.. bila kita tengok rancangan2 cam gnie..hati kita xlalai, still ingtkan Allah.. setiap apa yang diaorg katakan n persembahan para peserta, mngajak kita untuk mendekati diri pada Allah..

Jadi seperti yang sedia maklum, juara imam muda pertama adalah imam muda asyraf atau sebenarnya Muhammad Asyraf bin Mohd. Ridzuan, yang mana beliau telah mnerima ganjaran iatu, trofi, sijil penyertaan serta kad tauliah daripada Jawi,tawaran kontrak Imam Ratib di salah sebuah masjid di ibu kota, biasiswa pakej ‘berlian’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000,pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G..

Manakala naib juara, imam muda hizbur,dan membawa pulang pakej ‘emas’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Saudi Arabia, pakej umrah, wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam dan pakej perabot jati bernilai RM7,000.Hadiah lain termasuklah sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, iPhone, pakej spa Maghribi di samping trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah daripada Jawi. Dan imam muda yang lain2, yang telah tersingkir, mendapat tajaan n tawaran belajar ke luar negara.. itulah hikmah n bestnye..



Alhamdulilah, rezeki mereka..wlaupun imam muda asyraf yang menjadi juara, bukan bererti imam muda hizbur tidak bagus, semuanya sama bagus dan hebat, cuma rezeki berpihak pada imam muda asyraf... begitu juga dengan 8 imam muda yang lain, yang mana telah tersingkir, iatu imam muda abe syara, imam muda syakir, imam muda adib, imam muda miril, imam muda nuri, imam muda taufiq, iamam muda azhar dan imam muda aran.. mereka semua ini adalah terbaik.. dalam soal menuntut ilmu Allah, semuanya adalah terbaik.. asalkan mereka ihklas untuk belajar dan menambahkan ilmu Allah, bukan untuk mengejar populariti.. insyaAllah..

Cuma harapan aku, para imam muda ni mampu menarik para pemuda untuk lebih menekati Allah.. hapuskan golongan mat rempit, kaki lepak, kaki disko dan yang lain2, yang mana telah terlalai dan tersasar jauh dari landasan islam. Bukanlah satu tugas yang mudah, ini aku rasakan amat berat bagi mereka, tapi kita boleh berusaha.. namun bukan hanya untuk para imam muda ini, tetapi untuk semua masyarakat..sama2 lah kita membantu.. dimanakah para pemuda kita sekarang?? pemuda islam?? pemuda yang mampu mempertahan maruah dan memelihara agama islam.. sudah tentu islam akan lebih maju dan kukuh.. insyaAllah..





Sunday, August 1, 2010

DOA SEORANG KEKASIH

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala..


Friday, July 30, 2010

home sweet home



salam..
Akahirnya dapat gak balik minggu nie..selepas mengalami pelbagai kesulitan..
walaupun still ada masalah n perkara yang belom di selesaikan, tp hati tetap tenang..
bleh tgk muka mak ayah..sokongan n kata2 semangat.. insyaAllah, nanti balik kampus aku akan buat yang terbaik lagi.. wlaupun just 2 hari, tp akan dimanfaatkan dengan baik.. lepas ni dah xde peluang nak balik..maybe sampai raye la plak..

moralnya..kite nie wlaupun sejauh mana n berjaya hngga bergelar datuk,pm pun, tp pleas la jangan lupa ibu bapa.. ibu bapa adalah segalanya.. serius la aku cakap, masalah sebesar gunung, bila tgk n dengar nasihat mak ayah, hti akan tenang.. wlaupun  masalah tu still xselesai.. lagi 1 doa ibu bapa.. biasanya lah, bila kita dilanda masalah n then bgtau mak ayah, pas2 mak ayah akan doa 4 kita sebenarnya, tanpa disedari masalah yg kita alami tu akan selesai ataupn sekurangnya, kita akan lega n tenang.kadang2 aku pelik gak la, mak ayah sebulan sekali telepon, tpi klau member or buayafriendsm gelifriends, 1 jam sekali.. nauzubillah, harap2 benda ni xterjadi pada aku seblum tiba masanya.. takut juga nak bercakap lebih2.. Allah ni maha berkuasa, Maha Adil..aku bukanlah baiks sangat, jahil lagi rsenya, tmbah2 dalam bab agama, masih banyak y kena blaja.. moga aku mendapat rahmatNya n keredhaan Allah.. tp just nk cakap, keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa.. fikir2 n renugkan lah..

Saturday, July 24, 2010

COME BACK!!!

Assalamualaikum..
nak menangis rase tgk blog ku.. sudah lama x berupdate..mmg pelik, time free kat umah, malas giler nak mngupdate blog,tp bila dah kat kampus,start kuliah, start ada assigmant, mula lah teringat nak menulis blog.. bermacam2 cerita.. ni dah masuk minggu ke3 aku kat bumi unisza nie.. unisza ekk.. bukan udm.. ha3..ada suka,ada duka, gembira,tension..aku rasakan sem ni lebih baik dari sem2 ya lepas.. Alhamdulilah..tp still ada jugak masalah2 yang datang,.. insyaAllah aku ku tempuhi juga.. satu je prinsip hidup aku yang aku pegang sampai skang n boleh bertahan smpai skang, "setiap apa yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya,samaada lambat atau cepat kita mengetahui apa hikmahnya tu. sesungguhnya Allah mngetahui apa yang terbaik buat kita..percaya pada qodho n qadar.. tp bukan bermksud hanya berserah,kita boleh merancang,berusaha,tp Allah yang tentukan.. begitulah juga dengan kitaran(betul ke pnggunaan kitaran ni..hik2) hidup kita.. kita xtahu apa yang akan ditentukan Allah..jadi sentiasalah berdoa padaNya untuk memberikan yang terbaik untuk kita.. insyaAllah.. aku percaya apa jua ketentuan yang Allah tentukan untukku adalah yang terbaik.. amin.. nak wat assgment.. nnti aku nk menulis lbh byk  lagi.. byk citer2.. bye..

Write

 Assalamualaikum. It's not comeback i think. Hanya mencuba untuk menulis kembali. Aku start blogging since 2009/2010 rasanya. Lepas SPM,...