Wednesday, November 11, 2020

PKPB fasa 2

 9/11/2020: Start PKPB seluruh Malaysia kecuali Kelantan, Perlis dan Pahang.


PKPB ni umum hari sabatu (7/11/2020). Hari sabtu, biasalah aku duk landing bermalas malasan. Makan, layan movie, tidur, baca novel. Tahu PKPB tu pun dah lewat sebab melayan crite apa pun xingat. Buka whatsapp, tengok status dulu. Penuhhh, tengok gambar status yang sama. Aku tengok nama2 tu, ni universal punya story ni sebab dari pelbagai member, tempat kerja dan negeri. Status sama je. Sesuatu sangattt.. punyalah neves buka, rupanya PKPB.  Start 9/11 hingga 6/12 - 2020.

gambar ni lah berjujuk kat status WA

Blur kejap. Benda pertama yang aku fikir. Habis, tak sekolah pulak ke budak2 ni? Tapi still dalam pengharapan sekolah buka kot. Pastu baca2 kata memang sekolah tutup semua. Still berharap, budak SPM sekolah kot... hahaha.. Tak adaa, tutup semuanya.


Redha jela. Tapi tak berapa boleh fikir juga, macam mana budak2 SPM tu. Nasib baik dah lepas trial. Group sekolah pun dah kecoh, budak2 minta nak balik. Yelah, sebulan kot (kalau tak sambung), takkan diaorang nak duduk asrama tu. Yang dalam negeri ok lah, risau yang luar negeri ni. Ada dari Selangor, Johor, Pahang. Paling jauh dan hotspot dari Sabah. Alhamdulillah, sekolah bagi balik lepas fikirkan pelbagai kemungkinan. Mungkin PKP sambung, risau makan minum diaorang. Kantin sampai petang je, Malam biasa dorang keluar atau masak. Dah PKPB ni nak keluar pun susah. So, balik jelah. Lebih selamat.

Nasib baik ada sehari 7/11 (Ahad) tu untuk settle urusan balik ni. Aku malam tu, siapkan tanda kertas trial haritu, ada satu kelas lagi tak siap. Nasib kelas tu tak ramai sangat. Tapi pukul2 juga habis tanda. Sambung pagi esok tu pula untuk total mark. Pergi sekolah pagi tu semuanya dalam suasana kekalutan. Ada mak ayah yang dah ready nak ambil anak-anak. Yang pelajar luar pergi balai polis untuk minta surat kebenaran rentas daerah ni, sebab ada yang dari Selangor tu, sebab Selangor dah PKPB lama. Petang tu pergi hantar pelajar naik bas, geng2 Pahang. Segalanya berlaku dengan pantas. Sedih pun ada. Nak2 dalam kekalutan tu, dan2 tu juga Menteri Pendidikan umum yang sekolah ditutup terus tahun ni, buka tahun depan 20/1. SPM tunda 22/2/2021. Nasib baik bagi pelajar balik. Kalau tak mereput budak2 tu sampai tahun depan. 






Tak sempat nak goodbye semua. Walaupun tahun depan jumpa lagi, selagi tak SPM ni.. tapi dalam keadaan macam ni, kita tak boleh jangka. Harap2 everthing will be ok. dan segalanya kembali pada asal. covid19 makin berkurang dan terhapus. Aamiin.


Stay strong semua. Ujian Allah. Semua dariNya. Adalah tu asbab dan hikmah dalam setiap kejadian. Asalkan kita sentiasa bersabar, bersyukur dan muhasabah diri.


No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...