Monday, March 25, 2019

Ghost Pepper Noodle pedas nak mati??

Ok..siapa dah cuba mee segera Ghost Pepper?? Sebagai spicy lover yang sangat setia..takkan aku ketinggalan untuk cari noodle ni. Bagitahu je apa makanan yang pedas, memang aku akan cuba.

Ghost Pepper noodle ni hanya dijual di seven eleven. Harga 5ringgit lebih. Katanya hanya dijual dalam tempoh tertentu which is sampai Mei je kot kalau tak silap. Jadinya bukan ada sentiasa di pasaran macam maggi kari, mamee ayam, indomie goreng tu ya. Kalau nak cuba kena dapatkan sekarang. Sila cari di 7-11. Ghost pepper noodle ni by Daebak noodle. Aku tak pasti samada ianya  keluaran Mamee ke tak. Macam ya, sebab haritu ada mamee daebak spicy ke ape benda. Mee segera kimchi tu. Samada daebak noodle ni bawah Mamee or sub brand under Mamee atau satu syarikat lain. Malas pulak aku nak buat kajian pasal tu.

Ok,back to ghost pepper noodle. Aku baca review di FB dan tengok challenge di Youtube. Perghh tengok youtubers buat review sampai menangis meleleh meraung semuanya. Yang Hazeman Huzir paling kelakar.. sila tengok. Haha. Jadinya aku pun tercabar nak cuba. Adakah sepedas Samyang 2x spicy?? Ramai kata lebih pedas. Sebab 7/10 yang aku tengok dan baca bagitahu lebih pedas dan tak dapat habiskan. Lagi lah tercabar nak cuba. So dengan gigihnya pergi cari kat seven eleven. Mula2 tu aku keluar g beli hadiah kawen untuk kawan jap. Balik singgah seven eleven yang sehaluan dengan rumah, masa ni dah nak maghrib. Pukul7.05 lebih kurang. Tapi cari2 tak ada!!! Frust gilaa..ada satu lagi seven eleven area kawasan aku.tu tapi kena pergi jauh sikit dan menyimpang jauh la haluan untuk balik rumah. Tapi tetap nekad pergi jugak. Walaupun tahu ni mesti.nanti azan maghrib atas jalan.(takut drive time azan maghrib). Tapi nak rasa ghost.pepper ni lebih kuat dari takut tu. Huhu. Jadinya pergi lah. 7 11 sana. Nasib baik ada. Kalau tak double triple frust.

Malam tu terus cuba. Begini ya keadaan ghost noodle itu.



Segalanya warna hitam. Dari kulit cup hitam. Mee dia hitam. Sos pun hitam. Nampak tak nak warning kepedasan itu. Sebenarnya yang pedas warna hitam. Bukan merah. (Api neraka pun dikatakan warna hitam..huhu).




Tu dia lepas direbus. Hitam macam celup dakwat sotong. Aku cuba juga mee tu kot rasa pedas ada jugak. Tapi tak ada. Rasa macam mee biasa je. Saja je dia buat hitam bagi effect seram disitu.


Lepas digaul dengan sos hitamanya. Aku bau sos tu lebih kurang macam bau sos samyang yang 2x spicy tu. Maybe penggunaan bahan yang lebih kurang. Ntah2 samyang guna ghost pepper jugak kot.


Standby goreng telur. Telur+susu segar. Scrambled kan. Lagipun memang makan mee segera kena ada telur baru lengkap. Tapi aku tak gaul sekali. Asingkan..as lauk la kot.



Bismillahirahmanirahim. Berdebar jugak nak makan ni. Macam mana lah rasanya. Pedas tahap mana.

Makan je..suapan pertama tu. Dalan 3 saat dalam mulut. Dah rasa dah panas pedas tu datang. Wow!! Hebat ni. Nak describe macam mana eh. Kalau bagi aku lah rasa pedas dia tu macam cili padi campur lada hitam. Sebab rasa macam panas lada hitam pun ada. Tapi sedap jugak. Rasa manis2 sos tu. Manis pedas lah. Tapi aku boleh bertahan lagi. Rasa macam pedas yang aku biasa makan tu. Pedas samyang, cili padi. Pedas sedap. Teruskan makann.. dalam suapan ke 5,6 gitulah. Dalam tak sedar meleleh peluh. Hahaha.. berpeluh weh. Cuba rasa kepala, basah rambut beb. Haha.. dalam keadaan tak sedar tu. Peluh keluar. Tapi aku rasa aku boleh makan lagi. Macam taklah nak menggelupar dengan kepedasan tu. 

Masuk separuh cup or 3/4 makin rasa dah bahang dia. Mulut macam api dah rasa. Pedas panas. Tapi masih mampu tak minum air. Mungkin sebab aku makan telur scramble tu sekali. Mulut tu memang rasa pijar dah. Berbeza bila aku makan samyang 2x spicy..memang pedas jugak. Tapi bibir mulut xpijar. Just pedas lidah tu je. Ni pijar macam kau kena geyeh dengan cili padi nga mak kau sebab mulut celupar. Air mata air hidung automatik je keluar. Tips buat korang tu, sila Standby tisu banyak2 ya. Macam nak giveup dah. Tapi teruskan je sebab sedap weh rasa dia. Ada yang kata rasa pedas semata. Tapi bagi aku tetap ada rasa manis masin tu. Sedap. Akhirnya habis jugak lah 1 cup tu dengan berpeluh macam mandi. Terus g duduk dalam aircond jap nak sejukkan diri. Berjaya habis tanpa minum air!!! Hahaha.. tapi sebab sambil makan telur kot. Ataupun memang aku dah biasa dengan benda pedas ni. Lidah numb dari orang lain.



Bagi aku. Yes memang pedasss gila. Dan lebih pedas dari samyang 2x tu. (Or mungkin rasa pedas tu pedas yan lg berbeza). Yang suka pedas boleh try.. aku recommend. Tapi kalau yang tak tahan pedas sila jangan nak makan ok..1 suap pun kau belum.tentu lepas. Nak2 kalau yang sambal belacan pun tak boleh tahan. Ni yang geng2 gigit cili padi makan dengan nasi boleh try. 

Nak cuba lagi?? Masa lepas makan tu akan rasa tak nak dah. Tapo hari setelah 2hari aku rasa nak makan lagi. Hahaha. Mungkin g beli lagi buat stock. Sebulan lagi ke makan. Pasal pedas satu, tapi yang lebih kita kena concern ialah pasal kesihatan. Memang selama ni makan pedas tak ada kena penyakit lagi. Tapi kalau buat amalan berterusan, memang mendapat lah nanti. Nauzubillah. Tapi lidah dah biasa dengan pedas, makan xsedap kalau tak pedas. Nak lupakan terus tak dapat. Mungkin boleh kurangkan. Cuma untuk ramen, noodle macam.gini..hadkan jelah. Jangan makan selalu. Pesanan untuk diri sendiri.




No comments:

Pathetic

Our pathetic life.  or its just my pathetic life. Sadness. Embarassment. Its a repeated feeling. The same feeling. Same Ending. Without the ...